aku ada post this topic to another forom,
ada beberapa user mempertikaikan hubungan aku dengan bisu..
ye.. aku sorang islam..
begitu juga makcik aku.. dia pun islam..
ada sebab mengapa dia bela anjing..
aku berasal dari sebuah perkampungan.. sebenarnya sebuah pekan kecil.
(kalau aku sebut nama pekan nie, maybe 0.01% user je yg tahu)
didalam daerah pekan ini, terdapat beberapa kampung..
salah satunya adalah kampung mak aku..
mak cik aku adalah adik kepada mak aku..
mak aku adalah kakaknya.
mungkin korang patut tahu, aku berdarah cina..
tapi, aku melayu.. sebab ayah aku melayu.
kehidupan seseorang dari keluarga campur seperti mak dan makcik aku,
bukan lah sesuatu yang indah ..
lagi2 di zaman 80an..
di mana bekerja sepanjang masa untuk dapatkan duit..
mereka tidak punya pendidikan tinggi..
tapi bukanlah buta huruf dan mampu bercakap english sedikit2..
why my auntie have a dog ???
aku tak pernah tanya.. tapi aku dapat jawapan dari pemikiran aku sendiri..
segala jawapan terdapat pada seekor haiwan........
iaitu.... KERBAU (buffalo)
sebenarnya bukan pada seekor kerbau,
tapi berpuluh-puluh kerbau.
pada zaman 80an,
kebanyakan di kampung bekerja di sektor "sayur, Koko, tebu, ternak"
tak ramai yg menjadi executive admin or marketing head.
pengunaan binatang bernama kerbau agak meluas..
mungkin korang rasa kerbau tak merbahaya..
tapi, pernah ke korang kena kejar dengan kerbau...
aku pernah.... ia bukan la pengalaman yg manis..
beberapa kali aku tidor sehingga jatuh kati kerana terbawa2 dlm mimpi.
Bayangkan lah,
Seorang budak kecil yg bertubuh kurus ,
Berusia 6 tahun…. Dan baru sahaja mendapat adik perempuan ….
Di kejar seekor kerbau,
Mungkin bagi orang dewasa tidak menakutkan,
Tapi bagi sorang kanak2 yg kecil seperti aku..
Kerbau tersebut kelihatan seperti raksasa..
Dengan mata yg bengis, tanduk yg besar… semuanya amat menakutkan,
Tiada ultraman utk membantu..
Hanya jeritan bagaikan hysteria yg buatkan kerbau tue meghilangkan diri..
Di belakang Rumah makcik ku,
Terdapat sebuah hutan.. sebenarnya ladang getah,
Tapi aku cakap ia adalah hutan sebab lebih menakutkan dalam cerita nie..
Makcik aku juga bela ayam hutan dan merpati.
Semakin aku membesar,
Apabila aku masuk ke sekolah agama…
Aku agak malu bila terkenang kisah aku & bisu..
Tapi, semakin aku membesar dengan sihat dan kuat..
Makin aku sedar..
BISU bukan haram.. BISU bukan dosa..
BISU adalah seekor anjing yg taat ..
Bukan senang seekor anjing yg buas dan ganas menjadi taat
Pada seorang kanak2 seperti aku..
Seolah2 aku lah tuannya.. .
Pernah aku rasa JIJIK apabila teringat bagaimana
Makcik aku mandikan BISU denagan ubat kutu..
Akhirnya aku sedar, tanggungjawab membela sesuatu yg hidop bukan
Sesuatu yg remeh..
Makcik aku yg kekampungan telah membuktikan..
Rasa hormatnya pada haiwan seperti anjing bukan sesuatu yg lawak..
Di jaganya bisu dengan baik.. walaupun ia hanyalah anjing,
Makcik aku telah buktikan kemanusiaannya ..
Mungkin makcik aku akan di balas dengan kebaikan suatu hari nanti.
Aku tgh kerja OT nie..
Tak leh pikir sangat nie.. sejuknya aircond.. kt luar ujan.