BTC USD 76,358.3 Gold USD 4,327.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Boeing mendarat cemas, enjin terbakar di udara

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,163
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,163
Reaction score
346
Points
141
Boeing-cemas-scaled.jpg

PESAWAT Boeing milik Condor Airlines terbakar di udara. - Foto Viral Press

ATHENS –  Sebuah pesawat Boeing terpaksa melakukan pendaratan cemas selepas enjinnya terbakar ketika berada di udara, lapor laman berita Metro UK semalam.

Penerbangan Condor Airlines itu menuju Dusseldorf, Jerman setelah berlepas dari Corfu, Greece pada pukul 8.29 malam (waktu tempatan), Sabtu lalu.

Namun, sebahagian daripada 273 penumpang dalam Penerbangan DE 3665 tersebut menyedari terdapat api pada enjin pesawat dengan percikannya keluar dari sayap kanan.

Seorang penumpang memberitahu akhbar Bild: “Tiba-tiba, kuasa elektrik terputus selama beberapa saat dan kami sedar pesawat tidak lagi naik ke atas.”

Pesawat itu kemudian membelok menuju Brindisi, selatan Itali untuk membuat pendaratan cemas selepas berada di udara selama 40 minit, demikian laman penjejakan pesawat, FlightRadar24.

Penumpang bersama lapan anak kapal ditempatkan di hotel dan bermalam di terminal lapangan terbang sebelum pesawat pengganti membawa mereka ke Jerman pada keesokan harinya. – AGENSI

 
Back
Top
Log in Register