BTC USD 62,941.6 Gold USD 4,460.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

BN sudah ada calon

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
DICKSON: “Kita sudah mempunyai gambaran siapa yang akan bertanding. Siapa dia dan berapa bilangannya (calon), itu rahsia,” kata Ketua Umno bahagian Telok Kemang, Tan Sri Mohd Isa Samad, mengulas mengenai calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding pada pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang.

Menurutnya, senarai itu akan dikemukakan kepada Badan Perhubungan Umno negeri dan Presiden parti (Datuk Seri Najib Razak) apabila diminta berbuat demikian nanti.

“Calon yang dipilih itu mendapat sokongan sebulat suara dari Umno bahagian yang bermesyuarat petang semalam,” katanya ketika ditemui selepas mesyuarat Umno bahagian itu di Port Dickson Golf Club, di sini, petang semalam. Turut hadir Timbalannya, Datuk Ismail Taib.

Mohd Isa bagaimanapun enggan mendedahkan nama dan bilangan calon yang akan dikemukakan untuk menghadapi pilihan raya berkenaan.

Ketika ditanya sama ada calon itu membabitkan dirinya sendiri, beliau berkata, sedang menunggu hidayah untuk itu.

Apabila ditanya sama ada beliau bersedia untuk berdepan isu penggantungan kerana kesalahan terbabit dalam politik wang akan digunakan pihak pembangkang sekiranya dicalonkan, Mohd Isa berkata, beliau bukan membuat kesalahan yang membabitkan jenayah.

“Kita yakin kawasan DUN yang dimenangi BN pada pilihan raya umum lalu akan dapat dipertahankan dalam pilihan raya kecil nanti,” katanya.

Kerusi DUN Bagan Pinang kosong berikutan kematian wakilnya dari BN, Azman Mohammad Noor pada 4 September lalu.
 
sape la agknye calon depa tu
 
Back
Top
Log in Register