BTC USD 82,471.6 Gold USD 4,120.29
Time now: Jun 1, 12:00 AM

BN boleh kalah

jimie lee

Permanently Banned - Multiple ID
gem
Messages
5,244
Joined
Jul 1, 2011
Messages
5,244
Reaction score
839
Points
111
PETALING JAYA – Barisan Nasional (BN) bukan sekuat yang disangka. Penganalisis politik, Dr Chandra Muzaffar yang berkata demikian menjelaskan, BN boleh dikalahkan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) jika pembangkang menggunakan strategi yang betul.

“Pada 2008, pembangkang sudah berjaya menafikan penguasaan dua pertiga BN dalam Dewan Rakyat. Ini kali pertama berlaku dalam sejarah negara, BN gagal mengekalkan majoriti dua pertiga.

“Pada saya, kekalahan BN di banyak kerusi pada masa itu bukan atas sebab pembangkang kuat tetapi kerana berlaku masalah dalam BN sendiri,” katanya.

Antara sebab itu, kata Chandra yang juga bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Nasional (sebelum ditukar kepada PKR) ialah kerana pemimpin BN sering menganggap mereka berada dalam zon selesa dan akan sentiasa mendapat sokongan rakyat.

“Mereka terlupa pada masa itu faktor ekonomi tidak berpihak kepada mereka. Kenaikan harga minyak menyebabkan hidup rakyat semakin terhimpit, menyebabkan mereka marah kepada kerajaan. Undi protes banyak membantu memenangkan calon pembangkang pada pilihan raya itu,” katanya.

Chandra berkata, pemimpin BN bagaimanapun kini dilihatnya sudah tersedar bahawa mereka perlu sentiasa mendekati rakyat untuk memastikan apa yang berlaku pada PRU-12 tidak lagi berulang.

“Kita dapat lihat keadaan semakin baik bagi BN yang dibuktikan menerusi kemenangan dalam beberapa pilihan raya kecil kebelakangan ini,” katanya.

Menurut Chandra, undi orang Melayu yang kembali semula kepada BN semakin meningkat, begitu juga orang India.

“Ini menunjukkan BN berada di landasan yang betul,” katanya.

Berbanding kerusi Parlimen yang menurutnya BN berpeluang untuk kembali menguasai majoriti dua pertiga, Chandra bagaimanapun mengakui sukar untuk meramal keupayaan BN merampas semula pemerintahan negeri yang kini di bawah PR.

Pada 2 Oktober lalu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu kenyataan meramalkan peluang BN untuk menang dan kekal berkuasa jika PRU-13 diadakan dalam masa terdekat, boleh dianggap tipis.

Katanya, ini berikutan masih wujud pelbagai gejala negatif dalam parti komponen utama BN, Umno seperti budaya cantas mencantas yang kini berada pada tahap kritikal.

sumber
 
Liat kot nk KALAH...

Mesti byk men cara kotor nih...

Tp aku harap sgt BN kalah truk..
 
dijangka ramai ahli parlimen/adun dr barisan nasional akan melompat masuk pakatan rakyat..
 
BN boleh kalah PR boleh menang PR boleh kalah BN boleh menang PR boleh kalah BN boleh kalah bebas boleh menang...apa nak pelik....jangan dah kalah tak boleh terima kenyataan dah.....
 
biar kalah skali..
aku nak mrase PR plak memerintah..

kalo PR pun sama :(scam :(scam, next PRU aku x nak mengundi lg..

duk umah je T_Tv
 
bn dah xleh harap..pemimpin dia semuanya kekenyangan mcm ular sawa yg baru lepas telan sekor kambing..dah xlarat nak buat kerja..dok melepak layan betina jer..
 
muak lama dah cara bn memerintah
 
budget esok memberi kesan yg amat besar kpd nasib bn dan pr dalam pru akan dtg,heheh..
 
andai PR menang, siapa yg akan jd PM?
aku x kisah parti mane yg menang, asalkan pemimpin aku nanti seorang muslim yg berlandaskan ajaran Islam...
 
Back
Top
Log in Register