BTC USD 82,712.4 Gold USD 4,114.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

BN boleh kalah

andai PR menang, siapa yg akan jd PM?
aku x kisah parti mane yg menang, asalkan pemimpin aku nanti seorang muslim yg berlandaskan ajaran Islam...

insyallah .. org islam .. jgn risau :)cgrock
 
andai PR menang, siapa yg akan jd PM?
aku x kisah parti mane yg menang, asalkan pemimpin aku nanti seorang muslim yg berlandaskan ajaran Islam...

bukak thread baru then buat poll pilih bakal2 PM baru pr versi pilihan warga cg :D..
 
WSJ: Polemik hudud ‘rahmat’ buat Najib pulih populariti, tumpu PRU


KUALA LUMPUR, 6 Okt — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak seharusnya mengucapkan terima kasih kepada pesaing-pesaing politiknya kerana membantu menaikkan imej beliau yang merudum sejak pertengahan tahun lalu, demikian menurut satu laporan Wall Street Journal (WSJ) Online hari ini.

“Usaha pemimpin rakyat Malaysia Najib Razak yang mahu memulihkan (imejnya) sebagai pemimpin yang mudah diterima (rakyat) kini mendapat anjakan daripada isu dalam barisan pembangkang (sendiri) berkaitan hukum hudud Islam.” kata laman itu hari ini.

Kajian Merdeka Center baru-baru ini menunjukkan populariti Najib (gambar) merosot teruk, antara lain disebabkan cara polis menangani perhimpunan Bersih 2.0 awal Julai lalu.

Artikel itu mendakwa perikatan DAP-PAS-PKR masih terikat dalam debat lama mengenai penguatkuasaan undang-undang Islam dalam masyarakat pelbagai agama di Malaysia dan diseret dalam polemik sehingga membolehkan Barisan Nasional (BN) menggunakannya sebagai isu menjelang pilihan raya umum ke-13, yang disebut-sebut akan diadakan dalam waktu terdekat.

Isu hukum hudud yang cuba dibawa PAS sejak awal dekad 1990-an muncul semula dua minggu lalu.

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Mursyidul Am PAS sebelum ini menegaskan untuk menegakkan hukum hudud walaupun mendapat tentangan hebat daripada DAP.

Beliau turut meletakkan harapan hukum hudud dapat dilaksanakan di negara ini sekiranya Pakatan Rakyat memenangi pilihan raya umum ke-13.

Selain itu Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata PAS serius dalam melaksanakan undang-undang hudud dan mengakui orang bukan Islam termasuk DAP mempunyai hak untuk bersuara menyatakan pendirian masing-masing dalam perkara itu.

Pada 24 September lalu, Najib menegaskan kerajaan pusat akan tetap menyekat sebarang usaha mahu melaksanakan hukum hudud — penegasan kedua oleh seorang perdana menteri Malaysia ke atas usaha kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS.

Penegasan sedemikian telah diberikan secara hitam putih oleh Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS pada 1994.

“Hasil daripada pertengkaran ini ialah, menurut penganalisis politik, memberi kelebihan kepada Najib pada masa beliau sedang berusaha untuk memperoleh (balik tanggapan) pegangan politik sederhana,” tulis James Hookway.

“Ia membolehkan Najib dengan selesa memfokus ke atas kerja-kerja menyediakan ucapan belanjawan, yang akan disampaikan Jumaat (esok), yang ramai penganalisis menjangkakan akan membawa pemberian tunai seperti rebat cukai, bonus kakitangan awam dan penurunan cukai peribadi, menjelang pilihan raya umum yang perlu diadakan dalam tempoh 18 bulan,” katanya.

Perdana Menteri dijangka mengumumkan bajet “bermurah hati” untuk menangani kos hidup yang semakin meningkat sebelum pilihan raya umum ke-13.

Mandat semasa hanya akan berakhir Mei 2013.

Bagaimanapun Hookway berhujah isu hudud juga boleh bertindak sebagai “pedang bermata dua” bagi Najib kerana Pengerusi BN itu juga seorang Muslim dan parti terasnya Umno sejak kebelakangan ini kelihatan lantang dalam memperjuangkan hak-hak agama orang Melayu.

“Mungkin ada orang akan bertanya di mana pendirian beliau (Najib) dalam hukum hudud,” katanya lagi.

Semalam, ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Khalid Samad mendakwa sikap Umno berdolak-dalik dalam isu hukum hudud menunjukkan parti itu menggunakan sentimen agama dan bangsa demi kepentingan dan kelangsungan politiknya.

Beliau yang juga Yang Dipertua PAS Shah Alam turut menyelar parti terbesar orang Melayu itu sebagai pengadu domba antara PAS dan DAP ekoran dakwaan kononnya ada konflik antara parti komponen Pakatan Rakyat itu dalam isu semasa.

“Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pernah berkata negara kita boleh laksanakan hudud, tapi bila MCA dan Gerakan ugut keluar parti (BN), Perdana Menteri terus tolak hudud,” ujar Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor ini.

“Umno dan DAP ini sama taraf, masing-masing tak faham Hudud, tapi DAP kita boleh terimalah, mereka bukan Islam, masuk akal, tapi Umno ini Melayu Islam, pun tak faham juga,” kata beliau.

“DAP walaupun menentang, mereka tidak menghalang, sekadar menolak cadangan PAS kerana tidak mendapat kefahaman yang betul.

“Umno bukan sahaja menentang, malah terus halang Pakatan Rakyat melaksanakan undang-undang Islam itu,” kata Ahli Parlimen Shah Alam ini.

sumber
 
jlau x mnipu, da lama bungkuss
 
takper2..pemain import sedia turun padang...:)) :))
 
Back
Top
Log in Register