BTC USD 63,043.1 Gold USD 4,448.62
Time now: Jun 1, 12:00 AM

BlackBerry lancar lima model baru

Viere

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,579
Joined
Aug 8, 2008
Messages
26,579
Reaction score
179
Points
123
SYARIKAT pengeluar peranti mudah alih pintar BlackBerry, Research In Motion akan melancarkan lima model baru yang beroperasi di atas platform sistem operasi (OS) terkini, BlackBerry 7.

Ia termasuk dua model dari siri Bold dan tiga model siri Torch yang dijangka dibekalkan kepada 255 syarikat telekomunikasi dan pengedar di seluruh dunia.


Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Bersama RIM, Mike Lazaridis berkata, pengenalan lima produk sekali gus adalah pelancaran terbesar telefon pintar BlackBerry dalam sejarah syarikat terbabit.

“Kami menampilkan BlackBerry Bold menerusi model 9900 dan 9930 yang dikatakan telefon pintar paling nipis di dunia lengkap dengan papan kekunci dan paparan skrin sesentuh.


“BlackBerry Torch 9810 pada dihasilkan melalui kesinambungan BlackBerry Torch 9800 dan menggabungkan paparan skrin besar dan papan kekunci mudah lungsur,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan, baru- baru ini.


Tambahnya, BlackBerry Torch 9850 dan 9860 pula memperkenalkan reka bentuk baru yang beroperasi sepenuhnya pada skrin sesentuh memaparkan paparan terbesar di kalangan telefon pintar BlackBerry setakat ini.

“Penyelesaian BlackBerry menawarkan pengalaman terbaik dalam kelas komunikasi mudah alih yang disukai pelanggan dan kami fikir mereka akan teruja dengan prestasi lebih cepat, pengalaman pelayaran dipertingkatkan dan lebih kaya dengan fungsi multimedia berkuasa,” katanya.


Semua peranti BlackBerry dengan kuasa OS 7 itu akan mula dipasarkan pada penghujung Ogos ini.
 
Back
Top
Log in Register