BTC USD 63,043.1 Gold USD 4,448.62
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bingka ubi tetap popular

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


MARANG – Jika peniaga lain lebih berminat menjual juadah berat di bazar Ramadan bagi mendapatkan rezeki lebih, lain pula bagi dua sahabat, Tuan Mala Husin, 55, dan Sadiah Ismail, 52, yang lebih selesa menjual kuih tradisional iaitu kuih bingka ubi.

Menurut Tuan Mala, mereka hanya menjual kuih tersebut kerana berpengalaman dalam pembuatan kuih tradisional Terengganu sejak lebih 10 tahun lalu.

“Kuih bingka ubi ini amat popular dan menjadi pilihan kebanyakan pengunjung yang datang ke Pasar Besar Kedai Buluh ini. Bukan sahaja pada bulan Ramadan tetapi pada hari-hari biasa kerana kami menjalankan perniagaan di sini setiap hari.

“Rasanya enak dan agak manis, justeru mungkin ia menjadi pilihan pengunjung untuk dijadikan juadah berbuka puasa," katanya.

Menurutnya, mereka mampu menjual kira-kira 30 talam bingka ubi dalam tempoh sehari sepanjang Ramadan.

Setiap bingka ubi dibungkus dengan daun pisang dijual pada harga RM1 dan kira-kira 30 bungkus disiapkan untuk setiap satu talam.
 
hahaha... pebret aku nie... kalo nak bebuke mesti ade... hehhehe
 
sedap sesekali pekena bingka ubi ni.
 
wahhhh nk carikk lahh petang ni... hampeh tull.. :P
 
Back
Top
Log in Register