BTC USD 62,571.7 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bina penempatan berkelompok

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

ZULKURNAIN KAMISAN (kanan) bertanyakan keadaan seorang warga emas ketika mengadakan lawatan di Kampung Jalan Kolam Air, Batu Pahat, baru-baru ini.​

BATU PAHAT 29 Julai - Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sri Medan bercadang membina sebuah penempatan khas bagi golongan kurang berkemampuan di kawasan Kampung Kangkar Merlimau dan Jalan Kolam Air, di sini.

Cadangan itu bagi menangani masalah kediaman penduduk, kebanyakannya golongan ibu tunggal dan warga emas yang didirikan di tanah rizab sungai berhampiran sering terdedah dengan risiko banjir.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Medan, Datuk Zulkurnain Kamisan berkata, penempatan berkenaan akan dilaksanakan oleh sebuah yayasan yang dijangka ditubuhkan selewat-lewatnya penghujung tahun ini.

“Penempatan baharu berkenaan dilaksanakan untuk menjaga kebajikan golongan tersebut kerana terletak di lokasi lebih selamat dan memberi peluang kepada mereka untuk hidup dengan lebih selesa.

“Dalam tinjauan yang dilakukan, ada sebahagian warga emas tinggal bersendirian dan adalah lebih selamat jika mereka ini dipindahkan ke kawasan yang lebih baik selain mempunyai jiran yang mungkin dapat membantu,” katanya ketika mengadakan lawatan dan memberikan bantuan sempena Aidilfitri di Kampung Kangkar Merlimau, di sini baru-baru ini.

Zulkurnain yang juga Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Kebudayaan dan Warisan negeri berkata, pihaknya juga telah mengenal pasti beberapa kawasan untuk dibangunkan sebagai perumahan berkelompok tersebut dan kini usaha pengambilan tanah sedang giat dilakukan.

“Saya berharap cadangan untuk membina perumahan secara berkelompok ini akan mendapat kerjasama daripada pihak yang berkaitan, terutamanya pemimpin masyarakat, iaitu ketua kampung dan penghulu,” katanya.

Menurutnya, warga emas yang tinggal bersendirian dan tidak mempunyai waris akan dibenar tinggal di perumahan berkenaan sehingga akhir hayat mereka.
 
Back
Top
Log in Register