BTC USD 83,378.7 Gold USD 4,118.44
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Info Bilik Bicara Mahkamah Bergerak

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,839
Top Poster #6
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,839
Reaction score
7,755
Points
916
04/01/2017 - Tambunan, Mahkamah Bergerak Sabah melangkah setapak lagi apabila ia memulakan perkhidmatan Bilik Bicara Mahkamah Bergerak di kawasan tamu mingguan di sini hari ini.

Majistret Mohd. Hafizi Abdul Halim berkata, Program Mahkamah Bergerak menggunakan bas menunjukkan komitmen pihak mahkamah untuk membawa keadilan dan perkhidmatan mahkamah ke kawasan pedalaman di seluruh Sabah.

Katanya, dengan menggunakan bas bergerak ini, masyarakat umum, terutamanya yang tinggal di kawasan pedalaman tidak perlu untuk berbelanja mengeluarkan kos yang tinggi.

"Ia sekali gus dapat meringankan beban perbelanjaan kerana majoriti mereka terlibat ini bekerja sebagai petani kecil-kecilan dan kerja kampung dengan pendapatan yang rendah," katanya kepada pemberita selepas menjalankan prosiding perbicaraan Bilik Bicara Mahkamah Bergerak itu.

Mohd. Hafizi memberitahu, selain mendengar dan membicarakan kes-kes jenayah, khidmat program bas bergerak ini juga menumpukan kepada pendengaran kes daftar lewat kelahiran.

Sementara itu, Pendaftar Mahkamah Keningau, Resta Hilda Lepos berkata, Bilik Bicara Mahkamah Bergerak menggunakan bas ini adalah kesinambungan daripada program mahkamah bergerak yang dilancarkan di Kota Kinabalu sebelum ini.

"Tujuan utama program ini adalah untuk memberi perkhidmatan kepada penduduk-penduduk di pedalaman yang mempunyai masalah daripada segi kewangan dan pengangkutan untuk datang pejabat mahkamah di bandar," katanya.

Jelasnya, untuk Daerah Tambunan dan Keningau, perkhidmatan seperti ini adalah pertama kali diadakan tetapi bagi daerah-daerah lain di Sabah ia sudah beroperasi beberapa kali.

Katanya, sebanyak 40 kes yang didaftar untuk dibicarakan pada hari pertama ia diadakan di sini membabitkan kes-kes saman JPJ, polis dan pengesahan daftar lewat surat beranak.

"Buat permulaan, kami adakan di kawasan pekan tetapi pada masa- masa akan datang kami akan memasuki kampung-kampung terpencil," katanya.

2b04358ade80a30ac45da02e6051881a.jpg


a704956a090d00e6c45ea06c2387a86d.jpg


81f7527a05cadbd4337042bcaac61b0a.jpg


06d8f9ac250115bc11d2db066d1d6460.jpg


b4f9d15b8dcf0999c3a6aeb29248e078.jpg


a845ae4a828e81ab3c8c555ea4dd1ebf.jpg


48d851ee2f8005a0918fc8787eb86220.jpg


e634923eb3d0b42667db8ea2c37abec2.jpg


e7609b75fab708f8b84635e7752732e8.jpg


ef4da0cfc6bc85939542c4e6e15edc02.jpg


132d89f8e35e114f88e980eefabc44e7.jpg


e3c6257310308f11a335d28e98b60884.jpg
 
mcm senang nk lari je penjenayah pasni..hehe
 
in future nanti akan ada mahkamah online jer, polis xperlu lg bersusah payah bawak okt ke mahkamah, just dok depan pc je,caj court online je, kan sempoi tu
 
sy pernah naik ni, tahun 2015 dulu lg,

You don't come to us, We come to you ..


sampai kampung2 masuk ni..
setup dia mmg mahkamah,
 
in future nanti akan ada mahkamah online jer, polis xperlu lg bersusah payah bawak okt ke mahkamah, just dok depan pc je,caj court online je, kan sempoi tu

susah bos, kalau contoh jatuh hukuman denda. kalau okt tak bayar macam mana ?

ikut prosedur kalau tak bayar denda kena masuk penjara.
kalau online je siapa nak masukkan okt dalam penjara kan.
 
susah bos, kalau contoh jatuh hukuman denda. kalau okt tak bayar macam mana ?

ikut prosedur kalau tak bayar denda kena masuk penjara.
kalau online je siapa nak masukkan okt dalam penjara kan.

tak bayar jail jgk, nak bayar denda atau jamin boleh maybank2u je, kalau ada paypall atau bitcoin pon diterima, neteller juga boleh.
 
lebih fokuskan kepada pendengaran kes daftar lewat kelahiran.

kira ok la ni untuk penduduk pendalaman.
 
Back
Top
Log in Register