BTC USD 63,672.2 Gold USD 4,504.16
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Santai Bila Dah Banyak Lemak....

johan_zafuan

Active Member
Messages
1,534
Joined
Aug 11, 2011
Messages
1,534
Reaction score
40
Points
30
Siri rencana akhir zaman...

Penyewa rumah, bila dah banyak lemak....

Harta orang dibuat melebih-lebih dari harta sendiri. pinda sana tambah sini sesuka hati, tapi bayar sewa bertunda-tunda hari. Sekali mintak sekali kasi. dua kali mintak tuan rumah merah pipi. tiga kali mintak ehh ehh.... dia sinsing lengan naik tangan kaki. Tuan rumah pulak yang ketar gigi...!

Peniaga Kaki Lima, bila dah naik lemak....

Tempat yang luas bertukar semak. Segala barangan dilonggok dilambak. Nak sorong kaki pun rasa dah tak nampak. Sekali tegur dia buat-buat pekak. Dua kali ditegur dia buat dakkk. Tiga kali ditegur ehh ehhhh... dia capai kapak. Yang menegur pulak berlari mencanak-canak..!

Peneroka, bila dah naik lemak....

Ladang dah jadi tempat gajah bertandang. kebun pulak dah berubah jadi tempat tapir berdendang. Dia dirumah kaki bergoyang-goyang. Sekali disuruh cuci dia tangguh sampai ke petang. Dua kali disuruh dia baru nak asah parang. Tiga kali suruh ehh ehhh.. ke kedai kopi pulak dituju dibukak sembang..!

Peminta sedekah, bila dah banyak lemak....

Tadah-tadah sini dapat, tadah-tadah sana dapat lagi banyak berlipat. Senangnya kerja tak guna kederat. Senangnya kerja tak guna otak berligat. Sekali-sekali ditunjuk kole berkarat. Dua kali ditarik-tarik kaki seluar mana yang lalu dekat. Tiga kali pulak ehh ehhh... semua orang dia pau dia sekat..!

Pendatang takdak izin, bila dah naik lemak....

Memula sampai lembik tengkuk tunduk kepala. Tumpang carik makan niat semata-mata. Pandai bawak diri reti jaga bahasa. Sekali tuan rumah mau dipijak-pijak kepala. Dua kali keras tengkuk mengepak dada. Tiga kali ehh ehhhh... tak berpasal tanahair orang, negara orang dia pulak jaja...!!

Penjual nasi lemak, bila dah naik lemak....

Nasik banyak lauk lebih jualan pun laku. Pelanggan berderet berbaris sanggup menunggu. Dia melayan pun manis senyum selalu. Sekali harga naik tak bernotis dulu. Dua kali dengan pelanggan dah pandai pilih bulu. Tiga kali ehh ehhhh.. dah la senyum pun tak mahu, pelanggan pulak dia buat seteru..!
 
kalau nak beli nasik lemak dan sarapan
boleh datang di hadapan balai bomba bandar baru selayang
menu biasa aku tapau
nasi lemak+paru+teh o=rm3
nasi lemak+paru+teh=rm3.50

murah dan sedap
kak nor nama akak yang jual tu
 
rakyat marhaen jgk yg slalu disebut.....pemerintah, sultan, menteri, ketua kampung x plk dihighlightkan.
 
kalau nak beli nasik lemak dan sarapan
boleh datang di hadapan balai bomba bandar baru selayang
menu biasa aku tapau
nasi lemak+paru+teh o=rm3
nasi lemak+paru+teh=rm3.50

murah dan sedap
kak nor nama akak yang jual tu

Akak tu nama kak nor..
Nama tuan plk mohd nor..

Adik beradik eeehhhhh....:p
 
Akak tu nama kak nor..
Nama tuan plk mohd nor..

Adik beradik eeehhhhh....:p

bukan la
orang panggil kak nor
aku pun panggil kak nor le
pastikan datang awal
biasa jam 9 pg dah habis
 
kalau nak beli nasik lemak dan sarapan
boleh datang di hadapan balai bomba bandar baru selayang
menu biasa aku tapau
nasi lemak+paru+teh o=rm3
nasi lemak+paru+teh=rm3.50

murah dan sedap
kak nor nama akak yang jual tu

memang murah.kedai mamak kurang2 ni pun rm6.00
 
kalau tt dapat masukkan sekali peminjam duit bila dah naik lemak..lagi menikam kalbu.
 
Back
Top
Log in Register