BTC USD 76,493.1 Gold USD 4,346.08
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bil Data Roaming Cecah Puluhan Ribu Ringgit

a2zextra

Legendary Member
gem
Messages
16,408
Joined
Sep 7, 2013
Messages
16,408
Reaction score
274
Points
141
image.jpg

howtosaveonyourdata0408.ashx


KUALA LUMPUR - SEORANG pengguna telefon pintar telah berada di Timur Tengah selama 12 hari dilaporkan telah menerima satu ‘kejutan’ bil telefon berjumlah RM122,703 untuk khidmat ‘data roaming’.

Satu lagi kes berlaku untuk perjalanan selama empat hari ke Singapura dan pengguna dikenakan caj sebanyak RM23,000 kerana memeriksa e-mel dalam tempoh tersebut.

Melayari internet di telefon bimbit semasa di luar negara boleh menjadikan bil anda melambung tinggi. Jika tidak berhati-hati, ia boleh berakhir dengan caj data yang dikenakan melebihi harga sebuah kereta. Nama-nama besar juga tidak terkecuali berdepan situasi ini.

Seorang 'mangsa' yang dikenakan caj yang tinggi adalah Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, yang menerima ‘bil kejutan’ selepas perjalanan yang singkat ke Indonesia pada 2013.

“Saya hanya menggunakan ‘data roaming’ selama beberapa minit sehingga akhir penginapan saya tetapi saya telah dikenakan bil sejumlah RM4,500 untuk itu,” katanya dipetik dari The Star.

Dalam kes lain, Sara Kamal (bukan nama sebenar), 45, mengadu bahawa dia telah dihantar bil berjumlah RM23,000 selepas menggunakan servis ‘data roaming’ selama empat hari semasa perjalanan urusan perniagaan ke Singapura pada tahun 2011.

“Saya terkejut apabila saya mendapat bil seperti itu kerana saya hanya memeriksa e-mel saya semasa makan tengah hari dan makan malam ketika berada di sana.

Syarikat telekomunikasi berkata ia disebabkan data roaming saya sentiasa diaktifkan. Walaupun bil saya telah diselesaikan oleh syarikat, saya rasa ia sangat tidak patut,” katanya.
 
Jika ingin menggunakan data diluar negara, dinasihatkan untuk membeli simkad dari provider negara itu sendiri, lebih jimat..Cnth nya jika berada di Singapura buleh la membeli prepaid Singtel..

Dan jika ingin lebih selamat lagi marilah bertukar kepada prepaid jimat ONEXOX..hubungi saya @ 016 718 6034 untuk maklumat lanjut
 
sape2 yg guna Umobile, mmg kene hati2 laa..
mmg kene on roaming utk guna line Maxis kat Malaysia ni..telco MNVO plak x pasti..nasib aku guna Celcom..xyah laa roaming..
 
sape2 yg guna Umobile, mmg kene hati2 laa..
mmg kene on roaming utk guna line Maxis kat Malaysia ni..telco MNVO plak x pasti..nasib aku guna Celcom..xyah laa roaming..

Bila disebut perayauan domestik (domestic roaming), memang percuma tidak perlu pengguna telefon itu bayar. Syarikat telko itu sudah bayarkan melalui perjanjian perayauan domestik yang ditandatangani kedua-dua belah MNO dan MVNO.
 
Bila disebut perayauan domestik (domestic roaming), memang percuma tidak perlu pengguna telefon itu bayar. Syarikat telko itu sudah bayarkan melalui perjanjian perayauan domestik yang ditandatangani kedua-dua belah MNO dan MVNO.

maksud aku telefon tu mmg tgh on roaming..
klu terlupa, masa gi obersea, masak laa sbb telefon tu akan carik partner Umobile..
 
Blh ke cecah smpai banyak tu....bkn klu dah sampai limit potong ke...ada ke limit sampai byk tu
 
Back
Top
Log in Register