BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

News Menteri Tegur Telco Lembab Selesai Aduan, Kutip Bil Laju

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,560
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,560
Reaction score
7,740
Points
916
13.04.2025 - Syarikat telekomunikasi diberi tempoh sehingga 5 petang ini mengemukakan pelan penyelesaian isu capaian internet lemah atau tidak mematuhi standard Mandatori Kualiti Perkhidmatan (MSQoS) seluruh negara. Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, berkata MSQoS menetapkan kelajuan minimum internet pada tahap 7.5 megabait sesaat (Mbps) yang akan meningkat kepada 10Mbps dalam tempoh setahun. Beliau berkata, syarikat telekomunikasi juga berdepan tindakan penguatkuasaan dengan kompaun bernilai jutaan ringgit boleh dikenakan, sekiranya organisasi berkenaan gagal.

“Bila bab kutip tunggakan bil bukan main cepat. Kalau kita lewat sehari dua, terus tutup talian, tetapi apabila kita (pengguna) mengadu pada dia, berbulan-bulan (nak selesaikan). ’I had enough’ dan saya minta sekiranya mereka tak dapat mengemukakan penyelesaian cergas dan tuntas menjelang jam 5 ini, esok SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia) akan ambil tindakan penguatkuasaan,” katanya semasa sidang media selepas menghadiri Hari Bersama Komuniti (HBK) di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (Nadi) Ayer Kuning.

Fahmi berkata, tempoh berkenaan diberikan selepas mengambil kira masalah sama berlaku di pelbagai lokasi lain seluruh negara, termasuk di beberapa kampung Orang Asli di Ayer Kuning yang capaiannya sangat teruk.

“SKMM sudah buat pandu uji ke seluruh negara Mac lalu, untuk menguji kelajuan internet dan saya dapati syarikat telekomunikasi sangat lembab menyelesaikan masalah serta aduan. Syarikat telekomunikasi maklum mengenai perkara ini.”
1744529695900.png
 
Back
Top
Log in Register