BTC USD 63,759.0 Gold USD 4,329.96
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bihun sup daging & air sirap RM2.50

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Laksa dan bihun sup menjadi tumpuan utama pengunjung Warung Simpor Utara kerana harga yang dikenakan cukup murah.
SUNGAI PETANI - Harga semangkuk bihun sup daging dan sirap hanya RM2.50, manakala semangkuk laksa dan ais kacang hanya RM4 di Warung Simpor Utara, Tikam Batu.

Nampak seakan tidak percaya tetapi ironinya masih ada peniaga mengenakan kadar bayaran lebih murah lebih-lebih lagi apabila lokasinya berdekatan pusat bandar pesat membangun, Sungai Petani, Kedah.

Ia diakui pemilik Warung Simpor Utara di F122, Kampung Simpor Besar Tikam Batu kerana lebih mementingkan kepuasan pelanggan dari mengaut keuntungan semata-mata.

Dibuka bermula 2.30 petang hingga 7 malam setiap hari kecuali Sabtu, warung yang dibina di hadapan rumah pemilik itu menjanjikan suasana kampung yang cukup mendamaikan.

Pemiliknya, Duriah Hassan, 52, atau lebih dikenali dengan panggilan Mak Ngah berkata, warung berkenaan telah diusahakan sejak 2002 bersama suami.

Bagaimanapun, setelah suaminya meninggal dunia beberapa tahun lalu, anaknya, Nor Shuhaida Subri, 32, mengambil keputusan berhenti kerja bagi membantunya menguruskan warung terbabit.

Selain itu, mereka turut menyediakan bihun sup perut/ gearbox, mi goreng, kuetiau goreng dan laksa telur sebiji yang semuanya dengan harga berpatutan.

Pada peringkat permulaan, warung ini menjadi tumpuan pelajar sekolah yang sering berulang alik menggunakan laluan tersebut, namun disebabkan harga makanan yang jauh lebih murah, ia menjadi bualan penduduk sehingga menjadi tumpuan pengunjung luar.

Menurut Mak Ngah, pada peringkat permulaan warung dibuka 14 tahun lalu, dia dan arwah suami hanya mengenakan bayaran 50 sen bagi semua jenis hidangan.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/makan-di-mana/bihun-sup-daging-air-sirap-rm2-50-1.497123
 
wow....nanti pegi sana nak cari la kedai ni.
 
kedai makan kalau buat air free (air sirap & air kosong) inshaa Allah ramai regular. order air lain baru bayar.. tp harga mkanan lain kena murah jgk la..
 
byk gerai guna taktik mcm nie skrg maklum zaman gawat skrg semua berjimat
 
Stendet la area utara..penang ni pun melambak lagi nasi campur makan 3 orang tak sampai rm15 skali ayaq
 
best ni, bleh makan murah & sodap hari2:D

klu kawin anak mokcik tu, bleh mkn freeeeeeeeee EKEKKEEEK:))

oh macik aku nak belajag cakap utara, satni aku mai naaa:D
 
Back
Top
Log in Register