BTC USD 76,222.4 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Biasiswa GLIC, GLC Manfaat Purata 6,460 Pelajar Bumiputera Setahun

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,187
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,187
Reaction score
346
Points
141

Biasiswa GLIC, GLC Manfaat Purata 6,460 Pelajar Bumiputera Setahun​

246a6c636213944971f8bd0a99b6abff6583bef046457

8cfe353d666e943e6c9b703072c780cf5ec26dce1ef56


Syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) menaja purata 6,460 pelajar Bumiputera setiap tahun bagi melanjutkan pengajian di universiti tempatan dan luar negara dari 2020 hingga 2025.

Menurut Kementerian Kewangan dalam Laporan Kemajuan melalui Program Pengaktifan dan Reformasi Syarikat Berkaitan Kerajaan (GEAR-uP) yang dikeluarkan hari ini, jumlah itu mewakili 86 peratus daripada keseluruhan penerima biasiswa dengan purata RM170 juta setahun.

Antara GLIC yang menyokong usaha itu ialah Permodalan Nasional Bhd (PNB) yang melabur RM42 juta untuk biasiswa pendidikan tahun lepas kepada 1,222 pemegang biasiswa aktif menerusi pelbagai program termasuk 480 penuntut peringkat pengajian tinggi dan 87 lagi mengikuti program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Seorang daripada penerima biasiswa itu Rose Anita berkata penerimaan bantuan tersebut menjadi permulaan penting dalam hidupnya kerana membuka jalan kepada perkembangan pembelajaran dan kerjaya sehingga dilantik sebagai Ketua Pegawai Pelaburan, Pengurusan Dana di PNB.

“Saya amat terhutang budi kepada PNB kerana kepercayaan terhadap potensi saya dan menyediakan landasan untuk saya memberikan sumbangan kepada jutaan rakyat Malaysia,” katanya seperti dipetik dalam laporan itu.

Laporan itu memaklumkan bermula 1996, PNB telah menaja 6,467 penuntut seperti Rose Anita, dengan pada tahun lepas, PNB menganugerahkan biasiswa kepada 392 pelajar baharu, sekali gus meningkatkan jumlah pemegang biasiswa aktif kepada 1,222 orang menerusi Yayasan Tun Ismail dan program BUDI.

Selain pembangunan bakat, laporan itu turut mencatatkan kejayaan program pemerkasaan keusahawanan Bumiputera dalam meningkatkan taraf ekonomi peserta.

Antara inisiatif berimpak tinggi ialah Program Pemerkasaan Usahawan Wira kendalian Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) yang menyasarkan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) daripada kumpulan B40 yang mengusahakan atau baharu memulakan perniagaan.

Bagi kohort pertama 2024/2025 yang melibatkan 70 veteran, terdapat peserta merekodkan sebanyak 216 peratus peningkatan purata pendapatan bulanan manakala 100 peratus peserta menyaksikan peningkatan pendapatan.

 
Back
Top
Log in Register