BTC USD 63,955.6 Gold USD 4,467.91
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Besi tembus kereta

Viere

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,579
Joined
Aug 8, 2008
Messages
26,579
Reaction score
179
Points
123
ne_08.1.jpg

ROZIANA menenangkan suaminya, Mohd. Ali selepas kereta mereka ditembusi besi penghadang lebuh raya di Kilometer 214.9, Lebuh Raya Utara-Selatan berdekatan susur keluar Changkat Jering di Taiping semalam.

TAIPING - Berpantang maut sebelum ajal. Itulah yang berlaku kepada tiga beranak yang terselamat walaupun kereta Proton Saga yang dinaiki mereka ditembusi besi penghadang lebuh raya sepanjang 15 meter selepas kenderaan itu terbabas ke tepi lebuh raya.

Semasa kejadian pada pukul 2.30 petang di Kilometer 214.9, Lebuh Raya Utara-Selatan berdekatan susur keluar Changkat Jering itu, pemandu kereta, Mohd. Ali Mohd. Hussin, 33, isterinya, Roziana Abu Samah, 29, dan anak lelaki pasangan itu, Mohd. Haziq, 3, dalam perjalanan ke Petaling Jaya, Selangor.

Bagaimanapun, sebaik tiba di lokasi kejadian, Mohd. Ali yang memandu kereta dipercayai mengantuk menyebabkan kenderaan itu merempuh penghadang lebuh raya.

Kejadian itu menyebabkan, Mohd. Ali tersepit dalam kereta dipandunya dan terpaksa dikeluarkan dengan bantuan orang ramai.

Difahamkan keluarga itu berasal dari Kulim, Kedah dan mahu ke Petaling Jaya untuk menziarahi kakak Roziana di Petaling Jaya.

Roziana yang sedang memangku anaknya ketika kejadian berkata, sebelum terbabas kereta dipandu suaminya bergerak terhuyung-hayang.

"Suami ketika itu juga memberitahu dia mahu berhenti rehat di kawasan Rehat dan Rawat Changkat Jering yang terletak 10 kilometer dari tempat kejadian.

"Bagaimanapun, sebelum sempat berhenti rehat, kereta kami terlebih dulu terlibat dalam kemalangan," katanya yang hanya cedera ringan.
 
belum sampai ajal....
 
dah byk kes tercucuk besi...kawan aku sendiri mati pasal ni..

kena tukar style besi ni
 
bukan kain/kertas je boleh rabak,kereta pn blh
 
Tak kira siapa pun yg memandu, kalau mengantuk, atau mabuk, berhentilah sebentar di mana2 RnR berdekatan, atau tepi jalan. Jangan sesekali paksa diri utk memandu kalau tak mampu. Kalau tak, macam ni la jadinya. Nasib baik sekeluarga selamat.
 
Tak kira siapa pun yg memandu, kalau mengantuk, atau mabuk, berhentilah sebentar di mana2 RnR berdekatan, atau tepi jalan. Jangan sesekali paksa diri utk memandu kalau tak mampu. Kalau tak, macam ni la jadinya. Nasib baik sekeluarga selamat.

Bini dia kata mmg nak rehat dan nak sampai RnR tu 10 km lagi...aku dulupun gitu gak...nak sampai kwsan rehat jauh lg...tp mata dah berat sgt...last2 park kat tepi jalan yg berumput...baru nak lelap...peronda sampai...last2 diorg polo sampai RnR...
 
Back
Top
Log in Register