BTC USD 65,617.5 Gold USD 4,434.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Besarnya......Ular sawa 120kg ditangkap

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg

Majeran (kanan) bersama anggota JPAM bersama ular sawa yang berjaya ditangkap.
< 1 / 1 >
KUALA PILAH – Dua anggota Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Kuala Pilah mengalami detik cemas sehingga terpaksa terjun dari kenderaan JPAM apabila seekor ular sawa yang berjaya ditangkap bertindak agresif, kelmarin.

Ular sawa rendam sepanjang 6.5 meter ditemui seorang pekebun, Leman Jamal, 64, ketika sedang membersihkan ladang tanaman kelapa sawit di Felda Kepis, dekat sini kira-kira 12 tengah hari.

Ketua Operasi JPAM, Sarjan Majeran Lop, 52, berkata, seramai empat anggota JPAM ke lokasi sebaik menerima panggilan.

“Kami terpaksa menarik ular tersebut menggunakan tali dengan bantuan beberapa peneroka Felda Kepis untuk dibawa ke kenderaan JPAM kerana ular berkenaan berat dan panjang. Oleh itu, sukar bagi kita memikul atau membawa menggunakan motosikal," katanya.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/ular-sawa-120kg-ditangkap-1.216322
 
ada apa dalam perut dia tu? mcm baru lepas makan ssuatu aja
 
baru lps mkn lembu sekoq nie..tu pasai berat..

ntah betul ker idak..
 
makan apa agaknya sampai perut besar cam tu.
 
Fuhhhh....besarnya. Baru lepas makan apa la tu...
 
sedang kekenyangan .... xsempat nak lari ...
 
Back
Top
Log in Register