BTC USD 62,374.1 Gold USD 4,473.68
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bertumbuk Nak Tarik Kereta

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,458
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,458
Reaction score
7,735
Points
916
29.05.2020 - Serdang, Lapan lelaki dari dua kumpulan penunda kenderaan ditahan selepas terbabit dalam pergaduhan kerana salah faham dan berebut pelanggan di Seri Kembangan, Serdang, hari ini.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan berkata, kejadian berlaku jam 2 petang di Jalan Serdang Raya 1/7, Seri Kembangan apabila mereka bertindak ganas dengan bertumbuk dan menendang antara satu sama lain.

Menurutnya, tiada penggunaan senjata dikesan dan motif adalah berebut pelanggan menyebabkan seorang lelaki cedera di kepala serta dirawat sebagai pesakit luar.

"Sebuah kenderaan milik penunda kenderaan dipecahkan di cermin hadapan.

"Berikutan itu, pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang menjalankan ops khas mengesan kesemua suspek dan berjaya menahan lapan orang dalam kalangan kedua dua kumpulan itu," katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Ismadi berkata, mereka akan direman di Mahkamah Petaling Jaya esok dan tindakan sedang digiatkan lagi untuk mengesan baki suspek.

"Oleh itu pihak polis sekali lagi menegaskan supaya kesemua pihak agar bertenang dan jangan menimbulkan provokasi yang melampau sehingga mengakibatkan tindakan di luar batasan dan melangkaui undang-undang. Siasatan lanjut kini diteruskan.

"Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan," katanya.

Berita asal https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/05/583500/bertumbuk-nak-tarik-kereta
 
Bijak tindakan baju biru tu lari dl satgi lg teruk kena hahaha
 
berapa komisyen kalau dapat towing sebuah kereta?
Kawan saya pernah dapat RM100 kerana info towing adanya accident yang baru berlaku.
RM100 mungkin hadiah sebab towing tu orang pertama yang akan offer tarik kereta.
Pelik kawan saya tu, boleh pulak call towing dari call talian kecemasan yang lain 😛
 
kalau pemilik kereta yang nak ditarik tu ganas makin tinggi ke komisyen dapat?

hahaha .. pernah ikut abang sedara saya masa buat tarik, kebanyakkan kereta kita tow yang dah parking, kalo kete bergerak tu kita follow sampai dia berhenti, tak pernah kita bertelagah dengan driver, lebih2 lagi abang saya tu ada kad pendaftaran bank dan kebenaran Polis.. jika kete besar2 tu dia bagi la angpow $$$ buat pocket money .. kalo nilai RM500, kita nego2 RM300 ke camgitu sebab database bank ada dalam laptop, boleh tunjuk kat owner ..

owner datang balik kete dah "hilang" ..main repo ni kena safe both side .. owner repot Polis pun x guna sebab dah ada surat bank, ada runner semua tempat .. 10 minit surat kebenaran bank dah ada dalam tangan :D
 
Sekali kena sembur dgn ridsect padan muka :ROFLMAO:
 
Xde income masa pkp penarik kereta, masa skrg lah berebut.
 
Back
Top
Log in Register