kasturi
Legendary Member

- Messages
- 13,525
- Joined
- Jul 22, 2006
- Messages
- 13,525
- Reaction score
- 3,282
- Points
- 196
Definisi
Air mustakmal adalah air yang telah digunakan untuk bersuci. Sayyid Sabiq dalam Fiqhus Sunnah menyatakan: “Air mustakmal adalah air yang jatuh dari anggota badan orang yang berwuduk atau mandi” (Fiqhus Sunnah, 1/18).
Hukum
Terdapat khilaf di kalangan fuqaha’. Ada yang menyatakan, air musta’mal ini suci tetapi tidak menyucikan. Ada yang mengemukakan bahawa air musta’mal ini makruh. Manakala sebahagian lagi mengemukakan air musta’mal ini suci lagi menyucikan atau tidak ada beza diantara air mustakmal dana air mutlak . (lihat: al-qurthubi, bidayatul mujtahid wa nihayatul muqtasid, 3/58-59)
Setelah meneliti beberapa pandangan, saya lebih tenang mengambil pandangan bahawa hukum air mustakmal ini adalah suci lagi menyucikan selagi mana sifat air tersebut tidak berubah warna, bau atau rasa dan padanya tidak bercampur dengan najis.
Dalil
Abu Juhaifah radhiyallahu ‘anhu berkata: “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pernah keluar bersama-sama kami ketika waktu tengah hari, lalu dibawakan air kepada beliau untuk berwudhu’, dan beliau pun berwudhu’ dengannya. Kemudian para sahabat mengambil sisa-sisa air wudhu’ beliau, lalu mengusapkan (berwudhu’) dengannya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 1/319, no. 181)
Imam bukhari telah meletakkan hadis ini dalam bab “ Menggunakan sisa wudu’ orang lain.
Dalam hadis yang lain:
“‘Abdullah B. Zaid pernah ditanya tentang wudhu’nya Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Lalu beliau minta diambilkan satu gayung air, beliau pun memperlihatkan kepada mereka cara wudhu’ Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Beliau menuangkan air dari gayung ke telapak tangannya lalu mencucinya tiga kali, kemudian memasukkan tangannya ke dalam bekas mengambil air, beliau berkumur-kumur serta memasukkan air ke dalam hidung dengan air yang sama sebanyak tiga kali, kemudian memasukkan tangannya ke dalam bekas mengambil air lalu membasuh mukanya tiga kali dengan air yang sama… (sehingga selesai).” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 1/317, no. 180)
Hadis-hadis ini menerangkan nabi menggunakan air yang telah di gunakan pada anggota badan untuk bersuci. Banyak lagi hadis yang menceritakan perihal yang sama.
Kedua, Allah tidak menetapkan kuantiti air yang sepatutnya untuk bersuci. Dalam pengamatan saya tidak ada dalil meneceritakan akan perihal ini.
Ketiga, sifat air mutlak itu tidak akan berubah dengan terkenanya salah satu anggota badan anak Adam.
Al-qurthubi menyatakan bahawa air mustakmal adalah seperti air mutlak. Kerana secara kebiasaanya tidak akan berubaha sifat suatu air itu dengan terkena salah satu anggota tubuh manusia.
(lihat: al-qurthubi, bidayatul mujtahid wa nihayatul muqtasid, 3/58-59)
Ini bertepatan dengan hadis, Dari Abu Hurairah RA: “Maha suci Allah, orang mu’min tidak najis.” [Sahih, muttafaq alaih, alBukhari, kitab alGhusl,# 274]
Kesimpulan
Oleh yang demikian, berdasarkan kepada hujah2 diatas hukum menggunakan air dalam baldi untuk mandi wajib adalah harus selagi mana sifatnya tidak berubah warna, bau dan rasa serta tidak terkena najis. Tambahan menggunakan air mustakmal ini haruslah di teliti agar tidak membawa kemudharatan kepada penggunanya.
Menurut Dr Yusuf Al-Qhardhawi : “Kesucian air musta’amal bukanlah semuanya mutlak, ia hendaklah dilihat sejauh mana cara air itu menjadi musta’mal dan mengambil kira keadaan kesihatan semasa. Jika ada penyakit menular, maka hendaklah dihindarkan. Zaman dulu, seseorang menggunakan air dengan menyelam mukanya dalam besen, berkumur dan mencuci hidung dalam bekas itu, maka air musta’mal dari jenis ini hendaklah dijauhi” (Fiqh Thaharah, 41)
Wallahua’lam
Ust Ihsan Shamsuddin
Ahli Majlis Ulama ISMA (MUIS)
http://muis.org.my/2015/01/bersuci-dengan-air-mustamal/