BTC USD 61,926.1 Gold USD 4,453.08
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bersanding Atau Tidak?

Siapa Yang Ada (Merancang) Mengadakan Majlis Persandingan?


  • Total voters
    0
  • Poll closed .

AMICO66

Super Active Member
Messages
9,664
Joined
May 5, 2008
Messages
9,664
Reaction score
273
Points
91
Cuma sekadar nak bertanya...:)

semasa korang berkahwin dulu, korang memang bersanding atau tidak? :D
 
Last edited:
taknak pun kena bersanding gak :D
 
aku tak kawin lagi..

tapi bg aku tak perlu kot..
 
xyah bersanding
wat kenduri je:D

ulangtahun ke-10 br nk ajak bersanding:))
 
Currently Active Users Viewing This Thread: 4 (4 members and 0 guests)
UCHOP66, badrush, qreemall, king_diamond

KING MESTI ADA CITER TU.....:-?

SECARA PERIBADINYA AKU DULU DEPA NAK BUAT JUGA TAPI AKU CAKAP BAIK2 AKU TAK MAU...SO TAK ADALAH GAMBAR SEMASA BERSANDING TU :D
 
aku blom kawen lg...
tp kalo aku mampu mmg aku xnk wat bersanding tuh....
kalo xsilap aku mufti2 bgtau bhw bersanding itu haram....
#:-S#:-S#:-S#:-S#:-S

dan ni aku sertakan petikan ttg hukum bersanding:

Hukum Bersanding Mengikut Perspektif Islam



1. Definisi Persandingan: meletakkan suami-isteri yang baru dinikahkan di atas penganjangan (pelamin) dengan berhias indah, berpakaian lengkap, dikipas oleh dua jurukipas dan ditonton oleh orang ramai atau orang tertentu sahaja.

2. Tujuan: antara tujuan utama persandingan ialah untuk ditonton, menjadi kenangan bersejarah, meraikan peluang seumur hidup dan menghayati adat dan budaya nenek moyang.

3. Sejarah: ada dua teori dalam menjelaskan dari mana asalnya persandingan dalam adat Melayu. Pertama: bahawa persandingan adalah adat resam Melayu tulen. Ini kerana istilah raja sehari itu persis kepada adat istiadat Melayu yang berpaksikan raja (HM Sidin, Adat Resam Melayu, PAP, 1964)

Kedua: Persandingan adalah adat yang diimport dari India. De Jong (Religions in the Malay Archipelago, Oxford Univ. press, 1965) dan Joginder Singh (Tata Rakyat, Longman, 1978) berpendapat ia adalah pengaruh Hindu.

4. Unsur-unsur khurafat dalam persandingan:

(a) Penggunaan beras kunyit pada upacara persandingan ialah bertujuan memberi semangat kepada pengantin berdasarkan kekuningan semangat padi.

(b) Penggunaan jampi mentera untuk menghalau hantu syaitan yang mungkin mengganggu majlis itu.

Hukum Islam Terhadap Persandingan

1. Menabur Beras Kunyit: Jika ia ditabur dengan tujuan menambah semangat dan menghalau roh jahat, maka ia adalah syirik--bercanggah dengan surah al-Fatihah: ayat 5: Thee do we worship, and Thine aid we seek., dan Yunus: 107: If Allah do touch thee with hurt, there is none can remove it but He: if He do design some benefit for thee, there is none can keep back His favour: He causeth it to reach whomsoever of His servants He pleaseth. And He is the Oft-Forgiving, Most Merciful.

2. Membaca Jampi Mentera: Jika beriktikad bomoh atau pawang itu membaca jampi-mentera dengan tujuan dapat memelihara majlis itu daripada roh jahat, maka dia juga amalan syirik seperti yang dijelaskan di atas.

3. Berandam: Perbuatan andaman yang berbentuk "li tadlis" mengabui/merubah kecantikan yang sebenar adalah haram. Antaranya yang disebut oleh al-hadis: HR Muslim-Muslim dari Abdullah Ibn Mas'ud: "Allah melaknat wanita yang mencucuk tangan dan menaruh warna (tattoo) dan yang meminta berbuat demikian; wanita-wanita yang menghilangkan bulu kening di muka*, wanita yang mengikir gigi dan menjarangkannya supaya kelihatan cantik yang merubah kejadian Allah." (*pengecualian: membuang bulu yang berupa janggut atau misai atau side-burn.)

4. Berhias untuk dipamerkan (tabarruj): Berhias dengan tujuan untuk dipamerkan kepada orang ramai adalah dilarang. Firman Allah (maksudnya), "Janganlah kamu bertabarruj seperti kelakuan orang zaman jahiliah dahulu." (Al-Ahzab: 33)

5. Mengadakan kenduri walimah secara besar-besaran: Hukum sebenar kenduri kahwin ialah sunat sahaja sebagaimana sabda baginda: "Adakanlah kenduri kahwin walaupun hanya dengan seekor kambing."

Islam mencela amalan boros: "Janganlah kamu membazir secara melampau." (Maksud al-Isra': 26)

6. Menjadikan hadiah atau pemberian wang sebagai satu kemestian: Ini berlawanan dengan roh Islam Firman Allah," Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya." (2: 286)

7. Mas kahwin dan hantaran yang mahal: Inilah adalah sunah Rasul saw: "Wanita yang paling berkat ialah wanita yang paling murah hantarannya." (HR Ahmad, al-Hakim dan Baihaqi)

Demi meraikan adat: Islam membenarkan persandingan dengan meletakkan syarat:

1. Jika ia disandingkan secara tertutup (di hadapan muhrim atau keluarga terdekat) dan kanak-kanak yang belum mengerti tentang aurat.

2. Jika ingin melakukan secara terbuka diharuskan jika bertujuan iklan dan memperkenalkan mempelai kepada para jemputan dan kaum keluarga dengan syarat kesemua pihak baik pengantin dan para jemputan semua menutup aurat kecuali perhiasan yang biasa dilihat.

Rujukan
1. Prof Muhammad al-Ghazali, Laisa minal Islam.
2. Ibn Taymiyah, Hijab al Mar'ah wa Libasuha.
3. Prof Qardhawi, Fatwa Mu'asirat dan Halal & Haram fil Islam.

Sumber: Tuan Hassan Tuan Lah, "Bersanding dalam Pandangan Islam".
 
bersanding ini adalah adat istiadat org2 hindu, disebabkan tok moyang kita kat tanah melayu ni semua penganut hindu, maka kebanyakan adat resam hindu seperti berinai, bersanding dan acara merenjis masih lagi dikekalkan.

Yang jadi haram bersanding ialah bila orang ramai melihat pengantin pompuan yang tidak menutup aurat atau di arak ke sana ke mari. Kalau nak bersanding, buat tempat tertutup, hanya kaum keluarga dan saudara mara sahaja boleh tengok. Kalau nak buat khalayak ramai, pastikan pengantin pompuan menutup aurat.

Pembaziran yang terlampau juga ditegah semasa buat majlis kawin ni sebab membazir itu amalan syaitan.

Betulkan saya jikalau salah....
 
bersanding ini adalah adat istiadat org2 hindu, disebabkan tok moyang kita kat tanah melayu ni semua penganut hindu, maka kebanyakan adat resam hindu seperti berinai, bersanding dan acara merenjis masih lagi dikekalkan.

Yang jadi haram bersanding ialah bila orang ramai melihat pengantin pompuan yang tidak menutup aurat atau di arak ke sana ke mari. Kalau nak bersanding, buat tempat tertutup, hanya kaum keluarga dan saudara mara sahaja boleh tengok. Kalau nak buat khalayak ramai, pastikan pengantin pompuan menutup aurat.

Pembaziran yang terlampau juga ditegah semasa buat majlis kawin ni sebab membazir itu amalan syaitan.

Betulkan saya jikalau salah....

stakat ni sumenye sama mcm ape yg sy pnah
baca ttg hukum bersanding nih....
:):):):):):):)cgrock:)cgrock:)cgrock
 
aku dulu ada gak pelamin..just utk bergambar ngan family utk wat kenangan..
takde tepung tawar, renjis air mawar pun..cam sesetengah org bersanding tu..
memula xnak gak pelamin tu..
pastu family ckp habistu pengantin laki sampai nak lepak mana..hehe..
 
Back
Top
Log in Register