BTC USD 75,884.4 Gold USD 4,347.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bersalin dalam pesawat di ruang udara

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,142
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,142
Reaction score
346
Points
141
3504922.webp

Wanita itu bersama bayinya yang selamat dilahirkan di dalam pesawat, kira-kira 30 minit sebelum mendarat. Foto Agensi

NEW YORK - Delta Air Lines menerima 'penumpang' mengejut selepas seorang wanita melahirkan bayinya sebelum pesawat tiba di destinasi.

Penerbangan selama lima jam dari bandar Atlanta, Georgia ke Portland, Oregon itu yang dijadualkan tiba pada jam 10 malam (waktu tempatan).

"Bayi itu nampaknya sudah tidak sabar untuk melihat dunia dan menunggu sehingga pesawat mendarat. Kami mahu mengucapkan terima kasih kepada kru dan sukarelawan yang membantu proses kelahiran tersebut. Kami mendoakan yang terbaik untuk keluarga itu bersama bayi mereka," kata jurucakap syarikat penerbangan itu.

Wanita itu bernasib baik selepas dua jururawat dan seorang doktor merupakan antara 153 penumpang yang berada dalam pesawat tersebut.

Kru juga banyak membantu termasuk menghubungi pusat trafik kawalan udara untuk pendaratan cemas.

Sementara itu, jurucakap pasukan perubatan yang menunggu di landasan mengesahkan ibu dan bayi berada dalam keadaan sihat. - Agensi

 
Back
Top
Log in Register