eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
KLANG: Kehadiran Unit Berkuda Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengawasi sekitar Jalan Tengku Kelana atau lebih dikenali sebagai Little India di sini, dapat membendung kejadian jenayah di kawasan itu selain menjadi tarikan kepada orang ramai.
Unit berkuda itu memulakan rondaan di sekitar kawasan berkenaan bermula Ahad lalu dan dijangka berakhir Ahad ini bagi membolehkan pengunjung membeli-belah sempena Deepavali dengan aman tanpa wujud perasaan takut.
Pengunjung, P Roopavati, 33, berkata kehadiran Unit Berkuda mengawasi kawasan itu sangat dialu-alukan kerana ia dapat menangani kehadiran tidak diingini terutama kejadian ragut.
“Sekarang, kawasan ini menjadi tumpuan masyarakat India membeli-belah sempena Deepavali dan dengan kehadiran Unit Berkuda ini mampu mengekang masalah jenayah di sini.
“Saya menyokong penuh tindakan polis Klang mewujudkan rondaan berkuda dan berharap ia dibuat berterusan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Peniaga, K Mohan, 43, berkata dengan kehadiran Unit Berkuda di kawasan tumpuan masyarakat India, ia dapat membantu mencegah jenayah di kawasan itu terutama ketika orang ramai berpusu-pusu ke Jalan Tengku Kelana untuk membeli-belah.
“Kehadiran mereka sangat dialu-alukan, malah ia juga menjadi tarikan baru pengunjung untuk melihat kuda lebih dekat serta bergambar dengannya.
“Sejak saya berniaga peralatan sembahyang hampir 13 tahun, ini kali pertama polis Klang menghantar Unit Berkuda mengawasi kawasan ini dan ia sesuatu yang unik dan menarik,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop, berkata Unit Berkuda itu mempunyai sembilan anggota dan empat kuda serta mereka akan membuat rondaan bermula kira-kira jam 3 hingga 6 petang.