ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Hasan (tengah) bersama ahli Persatuan Pemandu dan Pemilik Kereta Sewa Muadzam Shah ketika Program Kempen Kibar Jalur Gemilang di Bandar Muadzam Shah.
MUADZAM SHAH - Perkhidmatan teksi atau kereta sewa perlu ditambah baik dengan memberi peluang kepada generasi muda untuk menceburi kerjaya berkenaan kerana permintaan di kalangan masyarakat masih ada dan di sesetengah kawasan masih tinggi.
Setiausaha Persatuan Pemandu dan Pemilik Kereta Sewa Muadzam Shah, Abdul Razif Yahaya berkata, pemilikan permit yang dicadangkan kepada golongan muda itu mampu menambah perkhidmatan kereta sewa atau teksi yang kawasan yang memerlukan.
"Jika dahulu perkhidmatan bas, kereta sewa dan teksi di kawasan luar bandar memang tinggi namun pada masa kini di sesetengah kawasan ia sudah berkurangan. Faktornya tidak pasti, jika dikatakan ia disebabkan ramai yang sudah memiliki kenderaan tidak tepat juga.
"Seperti di Muadzam Shah ini terdapatnya universiti dan pelajar yang ramai, jadi mereka memerlukan perkhidmatan kenderaan awam untuk ke mana-mana. Golongan muda juga ramai di sini dan jika dimudahkan urusan permohonan permit mungkin jumlah perkhidmatan boleh ditambah," katanya kepada Sinar Harian.
Beliau berkata demikian ketika ditemui di Program Kempen Kibar Jalur Gemilang di Bandar Muadzam Shah, di sini yang dihadiri oleh Ahli Parlimen Rompin, Datuk Hasan Arifin dan Adun Muadzam Shah, Datuk Seri Maznah Mazlan.
Razif berkata, menurut maklumat yang diperoleh kuota permit sudah penuh dan perlu dibuka semula jika mahu memberi peluang kepada generasi muda untuk mencuba kerjaya sebegini tetapi perlu sokongan persatuan.
Katanya, ia secara langsung dapat memperkasa peranan persatuan yang akhirnya dapat mencorak perkhidmatan kenderaan awam yang sesuatu kawasan yang boleh dipertingkatkan dari semasa ke semasa berdasarkan kepuasan pelanggan.
"Kita berharap mendapat perhatian daripada pihak yang berkenaan agar kerjaya pemandu kereta sewa atau teksi ini tidak dipelopori oleh golongan veteran atau individu-individu yang telah berpencen sebaliknya turut melibatkan golongan muda.
"Persatuan juga perlu diberi kepercayaan mengurus perkhidmatan dengan syarat beri kelonggaran untuk pemilikan permit seterusnya menolak persepsi bahawa permit dimonopoli oleh syarikat tertentu," katanya.
Source: http://www.sinarharian.com.my/edisi/pahang/beri-kelonggaran-pemilikan-permit-1.428471