BTC USD 60,627.8 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Beri diskaun serta-merta lebih baik

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120

image.jpg



JIKA benar kad kesetiaan meringankan beban pengguna yang dihimpit kos sara hidup tinggi, pengendali dan penyedia perkhidmatan perlu memberikan diskaun serta-merta kepada pelanggan setianya setiap kali mereka membeli barang atau menggunakan perkhidmatan disediakan syarikat.

Ahli Lembaga Pemegang Amanah Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC), Muhammad Shaani Abdullah berkata, langkah itu akan memberikan kelegaan kepada pengguna dalam menghadapi peningkatan perbelanjaan harian ketika ini.

"Diskaun harga seperti mana yang diberikan di kedai-kedai buku contohnya diskaun 10 hingga 20 peratus akan memberikan penjimatan kepada pengguna berbanding dengan cara penebusan mata ganjaran. Apabila kita kumpul mata, ia perlu mencapai jumlah tertentu baru boleh menebusnya berbanding pemberian diskaun harga.

"Apabila dikira semula, kita sebenarnya sudah membelanjakan banyak wang untuk kumpul mata, tetapi tidak begitu banyak manfaat yang diterima hasil penggunaan kad itu berbanding pemberian diskaun serta-merta," katanya ketika diminta mengulas berhubung penggunaan kad kesetiaan.

Beliau berkata, dengan cara itu, peniaga akan bersaing dengan menawarkan harga lebih kompetitif kepada pengguna, sekali gus memperbanyakkan pilihan kepada pengguna sebelum membuat pembelian.

"Siapa yang beri diskaun lebih baik, dia akan dapat pelanggan lebih ramai," katanya.

Menurutnya, rata-rata kad kesetiaan yang diperkenalkan syarikat atau gedung terkemuka hanyalah sebagai gimik dan satu cara promosi untuk menarik pelanggan.

"Bila kita belajar mengenai pemasaran, kaedah ini adalah satu cara untuk menarik pengguna supaya mereka membeli barang daripada syarikat atau gedung tersebut dengan menawarkan keistimewaan hadiah, rebat atau penebusan mata ganjaran.

"Oleh itu, pengguna dinasihatkan supaya jangan terlalu terikut-ikut dengan tawaran dan gimik pasaran daripada membeli barangan yang bukan keperluan. Kalau harganya kita rasakan bagus dan memang barang itu sangat diperlukan, barulah kita beli barang tersebut," katanya.
 
Aku pakai kad Mesra nie gak. Bagi aku Rewads no.2 lah. Nak tak nak minyak memang wajib diisi. Tak rugi apa pun, minyak tu memang 100% guna untuk diri sendiri. Dari isi saje2 baik kumpul reward. Cukup mata bleh dapat cekedis free.
 
Aku pakai kad Mesra nie gak. Bagi aku Rewads no.2 lah. Nak tak nak minyak memang wajib diisi. Tak rugi apa pun, minyak tu memang 100% guna untuk diri sendiri. Dari isi saje2 baik kumpul reward. Cukup mata bleh dapat cekedis free.

baik pakai petron..cukup 3000 mata, blh minyak free rm45..lg bagus drp dpt cekedis tu.:))
 
utk ron95..rm1 1 mata. kena isi RM3000 baru dapat free rm45 petrol.:))

petron ok lagi bro.. mesra nk dapat 3000 pint kena isi 3000 liter..

3000 liter bersamaan rm6900.. baru dapat free minyak rm30..
 
Ni la caranya untuk tarik customer supaya setia dgn kita.
 
baik pakai petron..cukup 3000 mata, blh minyak free rm45..lg bagus drp dpt cekedis tu.:))

ha ah btul tu..

kawan dah beberape kali tebus point petron utk topup minyak.. :)paid

900 point - rm10..

1600 point - rm 20..
 
Back
Top
Log in Register