BTC USD 63,070.2 Gold USD 4,302.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Beri BR1M secara bulanan lebih baik

redwed

Banned
Messages
498
Joined
Jul 13, 2013
Messages
498
Reaction score
98
Points
20
SHAH ALAM - Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) secara tunai perlu ditukar kepada pemberian bulanan bagi mencapai matlamat kerajaan membantu mengurangkan beban rakyat.

Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Mohd Yusof Abdul Rahman berkata, pemberian BR1M adalah inisiatif kerajaan membantu rakyat dan berikutan itu kaedah salurannya perlu tepat agar matlamat itu berjaya dicapai.

"Sebagai contoh daripada jumlah RM950 yang diterima menerusi BR1M, kerajaan menyalurkan secara bulanan kepada RM80 selama 12 bulan. Saya rasa itu lebih baik.

"Dengan cara itu, pengguna dapat membeli barang keperluan asas dan bukannya barang lain di kedai yang terlibat dalam program berkenaan," katanya, semalam.

Bagaimanapun katanya, bagi memastikan pengguna dapat menggunakan wang pemberian BR1M itu dengan cara sepatutnya, kerajaan dicadangkan menukar pemberian tunai kepada bentuk kupon, baucar mahupun melalui MyKad.

Menurutnya, penggunaan MyKad bukanlah baharu di negara ini bagi membantu pengguna membuat pembelian barang asas di kedai yang terlibat kerana telah digunakan Yayasan MyKasih.

"Ia satu kaedah bagus kerana pengguna boleh membuat pembelian barang keperluan asas dengan wang maksimum RM80 (contohnya) setiap bulan dengan menggunakan MyKad di kedai yang terlibat. Ia cara yang lebih baik berbanding memberikan wang tunai," katanya.

Beliau berkata, penggunaan kupon, baucar dan MyKad bertujuan mengawal penggunaan wang pemberian BR1M dengan cara betul.

Sementara itu, mengulas bantuan kerajaan mengurangkan beban rakyat selepas kenaikan harga barang berikutan GST, Mohd Yusof berkata, kerajaan perlu memainkan peranan mengurangkan impak seperti kempen penurunan harga mahupun galakan syarikat menyerap GST.
 
haha mykad dah canggih..tapi xpernah nak gunakan 100%...

dulu ckp ada mykad xyah dah usung lesen, dan detail2 lain..semua dah di computer.tapi kena tahan roadblock tetap kena tunjuk lesen :eek:

ada logiknya tapi pikir kalau kampung2 bukan semua system leh support mykad.. payah juga perlaksanaan tu
 
dengan ada gst serupa tiada brim,...duit aku hangus dekat gst dah lebih rm80 dalam tempoh sebulan...patut brim naikkan terus rm500 sebulan, duit kutipan gst dah lebih 1 billion sebulan...
 
bagilah cash, senang diaorg nal belanja di mana2 kedai, kalau guna baucar, mau ada pihak2 tertentu akan ada diskaun dari muka value baucar tu
 
Ini macam nak perkenalkan BR1M baucer untuk berbelanja di KR1M sahaja.
 
takut t org kata tak reti nk bersyukur plak...tpi 80rm...adoiyaii...fomca pong sama gak...xde fungsi pn...
 
xrasa la bg bulan2. ciput beno
 
Baik xpyh trus kn pemberian BRIm ni ....semua wayang je lebih
 
Back
Top
Log in Register