BTC USD 82,690.3 Gold USD 4,136.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Berhati-hatilah Dengan Solatmu

kancil biru

Legendary Member
gem
Messages
11,642
Joined
Apr 4, 2008
Messages
11,642
Reaction score
1,100
Points
191
“Wahai yang empunya diri, sudahkah selesai mendirikan solat?”

* “Sudah, Alhamdulillah.

.

* Apakah kamu telah berniat dan mengangkat takbir ketika memulakan solatmu?”
* “Ya.”

.

* Apakah ketika kamu memasang niat dan mengangkat takbir itu, kamu rasakan itu mungkin solatmu yang terakhir, kerana mati boleh menjemputmu bila-bila masa?”
* “Tidak..”

.

* “Adakah ketika lidahmu menyebut ‘Allahu akbar’, hatimu turut membesarkan Allah?”
* “Tidak..”

.

* “Kalau begitu, kamu tidak benar-benar berniat dan mengangkat takbir.”
* “….”

.

* “Ketika lidahmu melafazkan doa iftitah, adakah kamu mengiyakannya bahawa hidupmu dan matimu hanya untuk Allah yang Esa?”
* “Tidak..”

.

* “Ketika surah al-Fatihah kamu baca, adakah hatimu bersyukur kepada Allah, Tuhan yang kamu sembah dan tempat meminta pertolongan, lantas kamu memohon diberi petunjuk ke jalan yang diredahi-NYA dan dijauhkan dari jalan yang sesat lagi dimurkai-NYA?”

* “Tidak..”


* “Kalau begitu, kamu sebenarnya tidak membaca apa-apa dalam solatmu.”
* “….”

.

* “Adakah kamu telah menyempurnakan rukuk dan sujud serta menjaga pergerakanmu agar tidak mendahului iman?”

* “Ya.”

.

* “Dan ketika rukuk dan sujud itu, adakah hatimu tunduk dengan penuh rasa hina diri ke hadrat Allah dan benar-benar merasakan kebesaran-NYA dan kamu merasakan Allah melihatmu dan menilai solat yang sedang kamu kerjakan?”


* “Tidak..”

.

* “Kalai begitu, kamu sebenarnya tidak rukuk dan sujud.”
* “…”

.

* “Dalam solatmu, adakah kamu berniat mendekatkan diri kepada Allah dengan mengerjakan sesuatu amalan juga kebaikan yang paling utama?”

* “Tidak..”


.

* “Dan ketika kamu akhiri solatmu dengan ucapan salam, adakah hatimu berasa takut kalau-kalau solat yang baru kamu kerjakan tidak diterima Allah lalu amalan itu dilemparkan kembali ke mukamu, di samping menaruh harapan agar Dia mahu menilai solatmu sebagai pengabadian darimu?”

* “Tidak..”


.

* “Kalau begitu, kamu sebenarnya tidak mendirikan solat keranaNYA dan tidak pula mengingati dan mendekatkan dirimu dengan Allah melalui solatmu”. Berhati-hatilah kerana Allah telah berfirman:

* ‘Neraka Wail bagi orang yang solat, yang mereka itu lalai dalam solatnya.’ (Al-Ma’un”: Ayat 4-5)

* “Astaghfirullahal azim…Ya Allah, berilah aku kekuatan untuk memperbaiki solatku dan menjadikannya wadah untuk tambah dekat dan hampir dengan-Mu.”​
 
Last edited:
sama2 la kita muhasabah diri..(termasuk sy skali)..semoga setiap amalan kita diterima Allah s.w.t..Aminn..
 
fahami lah pergertian solat yg sebenarnya..
rujuk lah pada AlQuran Kalamullah..
Adakah kite melaksanakan solat ataupu mengerjakan solat?
renung2 kan lah..

~~kembali pd Al-Quran & Sunnah~~
 
fahami lah pergertian solat yg sebenarnya..
rujuk lah pada AlQuran Kalamullah..
Adakah kite melaksanakan solat ataupu mengerjakan solat?
renung2 kan lah..

~~kembali pd Al-Quran & Sunnah~~

Yang saya paham..Solat itu adalah untuk mengingati Allah..Sebagaimana dalam firman Allah..

"Sesungguhnya Akulah Allah; tiada tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku, dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku. (Taha 20:14)

Tolong betul kan yer..

dan apakah bezanya laksanakan atau kerjakan??

laksanakan = tanggungjawab
kerjakan = untuk dapatkan upah

atau macam mana..

mohon pencerahan..
 
rukun sembahyang 13 perkara,tak lupa juga sunat ab'ad dan sunat haiat...
 
masa semayang yg penting kena kusyuk
 
Terima kasih TT atas ingatan yang baik untuk diri aku sendiri yang juga selalu alpa dalam hal ini.Di masa dan zaman kita kini,cabaran sangat banyak dan besar.

Sedang kita bersolat,masa tu lah kita teringat bil ASTRO belum bayar,perut memulas,teringat kekasih lama dan macam-macam lagi perkara.

Aku berdoa agar aku dan sahabat-sahabat di CG dapat diterima solat seharian kita oleh Allah SWT kerana mahu tak mahu inilah ibadat utama serta yang akan pertama dihisab.

Insya Allah
 
Terima kasih TT atas ingatan yang baik untuk diri aku sendiri yang juga selalu alpa dalam hal ini.Di masa dan zaman kita kini,cabaran sangat banyak dan besar.

Sedang kita bersolat,masa tu lah kita teringat bil ASTRO belum bayar,perut memulas,teringat kekasih lama dan macam-macam lagi perkara.

Aku berdoa agar aku dan sahabat-sahabat di CG dapat diterima solat seharian kita oleh Allah SWT kerana mahu tak mahu inilah ibadat utama serta yang akan pertama dihisab.

Insya Allah




serius ,,mmg selalu mcm nie la yg akan terjadi.....semoga kita semua tidak leka lagi dalam mengamalkan ibadat
 
Back
Top
Log in Register