BTC USD 62,380.7 Gold USD 4,462.91
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Berhati-hati dgn pakej Umrah

lg satu jgnla percaya iklan kt tiang letrik tepi jalan upah haji rm1500 tu

ada tu ak jumpa rm800 lagi..mmg jual agama la..ak tgk tv9 aritu nak upah haji ni kos die mesti sama dgn kos klo kita pg sendiri

pada akula..kat tepi jalan gantung2 bukan cara yg betul..mmg xkena cara die..properla sikit..ni mcm iklan along je main tampal kt pokok la

Upah haji buat di tabung haji rm2500. Tapi tempat terhad.
 
jangan kita menuduh tanpa usul periksa. orang yang cerdik dan bijak akan selidik sendiri tanpa menerima bulat-bulat apa yang dikhabarkan oleh pihak lain. saya bukan agen travel agensi, cuma saya pernah menunaikan umrah & pernah mengalami situasi yang sama. setelah saya sendiri selidik memang ada masalah-masalah seperti yang telah saya nyatakan tadi terutamanya tentang visa umrah.

Setuju.

Rasanya tak de company yang nak busukkan nama untuk bertahan lama

Saya alhamdulillah pergi dengan travel agency yang abang ipar handle

So far, perkhidmatan agency ini memang memuaskan (bukan nak angkat sebab abang ipar) tapi memang kenytaan

Ramai yang dah guna perkhidmatan ini, refer pula sanak saudara :)
 
Yes...this is true bro... pak arab sume nk cash money je... bayangkan klu hotel untuk jemaah bulan depan nk kene settle full payment dis month... parah la bg agen2 baru..pak arab lg satu habit suke wat last minit decision..
Aku mmg sakit ati betol klu deal ngan dorang... datang embassy die nk.collect pasport mcm hamba plak.:mad:

belum lagi termasuk kes pak arab minta "dihulurkan" wang. hanya yang bekerja dalam bidang ini & telah melalui situasi ini akan faham apa yang berlaku. kena muhasabah diri, jika masih belum dapat pergi mungkin allah swt belum izinkan aku ke sana lagi.
 
Last edited:
Badal haji jadi Bedal Haji


Waspada penipuan khidmat badal haji
KUALA LUMPUR: Tawaran perkhidmatan badal haji pada tahun ini oleh pihak tertentu bukan sahaja meragukan, bahkan disifatkan sebagai cubaan menipu.

Sehubungan itu, umat Islam di negara ini diingatkan agar berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan tawaran sedemikian.

Penularan pandemik COVID-19 menyebabkan pihak berkuasa Arab Saudi begitu berhati-hati dan dilaporkan mungkin hanya akan membenarkan antara 1,000 hingga 10,000 jemaah, berbanding 2.5 juta jemaah pada tahun lalu.

Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji Malaysia (PAPUH), Datuk Seri Razali Mohd Sham, berkata keputusan kerajaan tidak menghantar jemaah haji tahun ini akibat COVID-19 juga antara faktor khidmat badal haji ditawarkan pihak tertentu meragukan.

razali_sham_1593925494.jpg
Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji Malaysia (PAPUH), Datuk Seri Razali Mohd Sham. - NSTP/Mohd Asri Saifuddin Mamat
"Agensi pelancongan umrah dan haji berdaftar di negara ini juga tidak menganjur atau menawarkan khidmat badal haji tahun ini susulan keputusan kerajaan menangguhkan penghantaran jemaah.

"Malah, kami difahamkan Kerajaan Arab Saudi hanya membenarkan kira-kira 1,000 jemaah sedia ada di negara itu untuk menunaikan haji, itu pun hanya dalam kalangan mereka yang kali pertama menunaikan ibadat terbabit," katanya ketika dihubungi BH.

Mengikut Islam, badal haji atau upah haji diharuskan oleh syarak, iaitu seseorang Islam yang terhalang kerana penyakit, usia tua dan kematian atau waris mereka memberi upah kepada orang lain untuk melaksanakan ibadat berkenaan.

Antara syaratnya, badal haji dilakukan oleh seseorang yang telah mengerjakan haji untuk dirinya sendiri.

Razali berkata, syarat badal haji ialah ia mesti dilakukan oleh mereka yang sudah pernah menunaikan ibadat berkenaan, bukan oleh individu yang kali pertama mengerjakan haji.

"Buat masa ini, memang tiada perkhidmatan badal haji ditawarkan mana-mana agensi pelancongan umrah dan haji berdaftar. Jika ada, ia memang meragukan dan mereka yang menerima tawaran sedemikian, segera lapor kepada pihak berkuasa," katanya.

Agensi pengendali umrah dan haji berdaftar dengan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (MOTAC) biasanya mengenakan upah sekitar 2,000 riyal atau kira-kira RM2,250 untuk untuk menguruskan ibadat itu hingga selesai.

Semakan BH mendapati ada syarikat mengiklankan khidmat berkenaan secara dalam talian bersama pakej tertentu pada harga antara RM1,900 hingga RM2,700, malah turut menawarkan diskaun sehingga RM200 setiap pakej.

iklanupahhaji_1593925491.jpg
Antara iklan upah haji yang dipasang penganjur pakej.
Tinjauan di sekitar Lembah Klang pula mendapati ada kain rentang mengiklankan tawaran sama dipasang di beberapa tempat.

Sementara itu, Konsul Jeneral Malaysia ke Jeddah, Alauddin Mohd Nor ketika dihubungi BH semalam, berkata Arab Saudi belum mengumumkan senarai mereka yang dibenar menunaikan haji dan bagaimana proses mengerjakan ibadat itu pada tahun ini dalam suasana pandemik COVID-19.

"Pengumuman awal sudah dibuat beberapa minggu lalu bahawa hanya sekitar 1,000 atau tidak lebih 10,000 orang akan dapat melaksanakan haji tahun ini. Namun, belum ada pengumuman lanjut atau terperinci.

"Bagaimana cara memohon atau siapa yang ditawar mengerjakan haji pun belum diumumkan. Sekiranya ada tawaran khidmat badal haji kepada rakyat kita (di Malaysia), saranan saya adalah supaya mereka berhati-hati dan jangan tertipu," katanya

Ditanya sama ada terdapat pihak di Arab Saudi menawarkan khidmat berkenaan kepada rakyat Malaysia, Alauddin berkata, pihaknya ada mendengar perkara demikian.

"Saya pun ada mendengar mengenai pihak di sini (Arab Saudi) yang menawarkan khidmat badal haji. Pihak terbabit didakwa menawarkan khidmat berkenaan kepada rakyat kita di Malaysia," katanya.

Katanya, pihak konsulat menasihatkan jika kerajaan Arab Saudi memberi kebenaran untuk melaksanakan ibadat haji sekali pun, pastikan khidmat badal haji yang ditawarkan adalah daripada mereka yang berdaftar dan mempunyai cawangan di Arab Saudi.

"Ini bagi memudahkan mereka merujuk sebarang keraguan dan persoalan terus kepada pihak berkenaan," katanya.

Dapatkan pengesahan pihak berkuasa, elak kerugian

"Jika ada pihak di negara ini tawarkan khidmat badal haji, itu tidak benar kerana Malaysia sudah membuat keputusan menangguhkan penghantaran jemaah haji tahun ini".

Itu peringatan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Ahmad Marzuk Shaary yang menasihatkan umat Islam di negara ini supaya berhati-hati dan tidak berurusan dengan pihak tertentu di Malaysia yang menawarkan khidmat badal haji.

HQ090320KW801a_1593925500.jpg
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Ahmad Marzuk Shaary. - NSTP/Syamsi Suhaimi
"Jika ada yang mendakwa menggunakan khidmat orang perseorangan yang sudah berada di Makkah dan diberi kebenaran untuk menunaikan haji oleh Kerajaan Arab Saudi, sila dapatkan pengesahan pihak berkuasa terlebih dahulu," katanya lagi.

Beliau juga mengingatkan umat Islam di negara ini supaya berhati-hati dengan pihak tertentu yang mendakwa boleh menguruskan ibadah haji menggunakan visa diuruskan sendiri atau visa furada.

"Susulan penangguhan penghantaran jemaah Malaysia tahun ini, tiada sebarang penerbangan ke Makkah. Malah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri sudah umum penangguhan itu membabitkan semua bakal jemaah haji.

"Ia termasuk mereka yang bercadang menggunakan visa diuruskan sendiri atau visa furada," katanya ketika dihubungi BH.

Sementara itu, Zulkifli ketika ditemui BH selepas merasmikan Projek Infaq Daging Kolaborasi Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) dan Mitron Group Sdb Bhd semalam, turut memberi peringatan sama.

infaqdaging_1593925497.jpg
Zulkifli bersama penerima sumbangan daging pada majlis Projek Infaq Daging Kolaborasi PPZ-MAIWP dan Mitron Group Sdb Bhd di PPR Kerinchi, Kuala Lumpur semalam. - NSTP/Eizairi Shamsudin
"Bagi mengelak kekeliruan dan kerugian, orang ramai tidak seharusnya teruja menerima tawaran itu secara bulat-bulat. Periksa dahulu dengan TH (Lembaga Tabung Haji) sebagai institusi yang lebih arif bagaimana prosedur sepatutnya kerana ia perlu mengambil kira pelbagai aspek.

"Badal haji ini adalah upah haji. Boleh jadi individu berkenaan (yang menawar perkhidmatan badal haji) ada kenalan di Arab Saudi yang boleh melaksanakannya di mana kita sendiri tidak tahu bagaimana mereka menguruskannya.

"Bagaimanapun, tidak semestinya orang ramai boleh terus terima tawaran itu, kena teliti dan cermat (jika terima) sebarang tawaran bagi mengelakkan kerugian. Kepercayaan bagaimana badal haji dilaksanakan juga perlu diambil kira," katanya.

Projek dilancarkan beliau semalam di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi, adalah program agihan daging korban untuk 3,000 penerima dari kalangan golongan memerlukan di lapan lokasi.

Yang hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Ahmad Shukri Yusoff dan Pengarah Urusan Mitron Group Sdn Bhd, Dr Ahmad Rusydi Mohamad.

Sumber:https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/07/707561/waspada-penipuan-khidmat-badal-haji
 
Badal haji yang bedal haji...

Abis takkan yg ambil badal haji tahun ini b3b@l plak bos...:LOL:
 
Back
Top
Log in Register