BTC USD 61,926.1 Gold USD 4,453.08
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Berhati-hati dgn pakej Umrah

parents aku sepatutnya pg umrah esok pagi 27/6..tp kena postpone ke ahad depan,,so let's see,,

kena tunda ni perkara biasa dalam pakej umrah. saya dulu pun 2 kali kena tunda, tapi alhamdulillah akhirnya dapat juga menjejakkan kaki ke sana. sebab utama adalah visa yang dikeluarkan adalah terhad. maksudnya ada limit untuk setiap hari. bayangkan berapa banyak travel agensi yang memohon. visa umrah ni bukan boleh kita minta reserve awal 1 tahun pun. nak selamat & kurangkan risiko, ambil pakej umrah dengan travel agensi yang besar & terkenal. walaupun mahal sedikit tetapi tenteram sedikit jiwa.
 
rasanya bukan isu 'jual agama' kerana tamakkan wang ringgit. tapi mungking kerana pihak agensi yg 'mulut manis' dan menabur janji yg tak pasti. kesannya, konflik dari pihak atasan menyebabkan kita yg kat bawah menjadi mangsa... Contoh mcm isu visa tak dapat, tapi 2-3bulan sebelum tu agensi dah janji manis2 yg visa takkan ada masalah utk didapatkan...
 
jangan kita menuduh tanpa usul periksa. orang yang cerdik dan bijak akan selidik sendiri tanpa menerima bulat-bulat apa yang dikhabarkan oleh pihak lain. saya bukan agen travel agensi, cuma saya pernah menunaikan umrah & pernah mengalami situasi yang sama. setelah saya sendiri selidik memang ada masalah-masalah seperti yang telah saya nyatakan tadi terutamanya tentang visa umrah.
 
Pengeluaran Visa Umrah mcm kontrol item hak Saudi. Dalam mudah tapi ada susahnya. Yang mohon satu dunia bukan kita je. Pakej tipu memang ada tapi kes terpencil.
 
kalo boleh tt tolong jangan dedahkan dulu nama travel agensi tu.. maybe benar mereka memang ada maaalah dengan visa etc..

xde kompeni berdaftar yg sengaja ingin mengkondemkan kompeni sendiri.. bukan senang nak mohon lesen segala tu
.

lain la kalo kompeni tu tiba2 hilang, atau xde lesen, baru la sah scam..
 
Mmg Visa Umrah menjadi faktor utama. Tp sebenarnya bergantung kepada diri sendiri juga. Selagi tidak dijemput oleh Allah SWT utk mengunjungi Baitullah, selagi itu kita perlu muhasabah diri.
Travel agensi syarikat besar biasanya sudah charter tempat penginapan selama setahun utk jemaah dia. Jadi tak de masalah. Agensi yg kecik2 baru nak naik nie kadang2 sukar nak confirm penginapan. Pak-pak Arab nie business Cash money.
 
Mmg Visa Umrah menjadi faktor utama. Tp sebenarnya bergantung kepada diri sendiri juga. Selagi tidak dijemput oleh Allah SWT utk mengunjungi Baitullah, selagi itu kita perlu muhasabah diri.
Travel agensi syarikat besar biasanya sudah charter tempat penginapan selama setahun utk jemaah dia. Jadi tak de masalah. Agensi yg kecik2 baru nak naik nie kadang2 sukar nak confirm penginapan. Pak-pak Arab nie business Cash money.

Yes...this is true bro... pak arab sume nk cash money je... bayangkan klu hotel untuk jemaah bulan depan nk kene settle full payment dis month... parah la bg agen2 baru..pak arab lg satu habit suke wat last minit decision..
Aku mmg sakit ati betol klu deal ngan dorang... datang embassy die nk.collect pasport mcm hamba plak.:mad:
 
agensi umrah kat malaysia ini buat untung giler giler.. kebajikan jemaah tidak dijaga.. mahal tak setimpal dgn service
 
Back
Top
Log in Register