Lama-kelamaan makhluk-makhluk tersebut terus mendekati lalu mohon duduk di sebelah S.
"Maaf bang, kami ada maksud datang ni untuk mohon bantuan abang" kata mahkluk itu pada S.
"Apa yang kamu mahu?" tanya S.
"Kami hendak belajar dua kalimah syahadah" jawab makhluk berkenaan.
"Baiklah" S setuju.
Sambil diperhatikan oleh A, S terus mengajar dua makhluk itu mengucap.
لَا إِلٰهَ إِلَّا الله مُحَمَّدٌ رَسُولُ الله
Tiada Tuhan Melainkan Allah; Muhammad Itu Pesuruh Allah.
Dengan nada terputus-putus makhluk itu mengucapkannya. Dan setiap kali mereka mengucapkan kalimah tersebut, mereka menjerit-jerit kepanasan dan kulit mereka terbakar lalu berasap. S terus memberikan kata-kata semangat.
"Teruskan, teruskan. Anda boleh melakukannya" kata S kepada makhluk tersebut.
Jadi makhluk itu dengan tidak putus asa terus mengucapkannya walaupun berhadapan dengan kepayahan dan keseksaan. Begitulah setiap kali mereka berbuat, setiap kali mereka menjerit seolah-olah badan mereka kepanasan.
S terus menyatakan "Sambungkan ucapan kalimah itu sekaligus"
Makhluk itu mencubanya dan akhirnya berjaya mengucapkan dua kalimah syahadah itu sekaligus. Alangkah terkejutnya S dan A. Tiba-tiba sahaja wajah dan kulit makhluk itu berubah menjadi putih bersih daripada hujung kuku kaki tangan hinggalah ke hujung rambut.
Akhirnya terjadilah sepasang tubuh yang sangat cantik dihadapan S dan A. Ya Allah, kuasa Allah, makhluk yang buruk itu menjadi sepasang wanita yang cantik setelah mengucap dua kalimah syahadah tersebut.
Lalu A berkata kepada mereka. "Sekarang kamu telah masuk Islam, dan kamu akan mendalami ilmu agama di Universiti Al Munawarah di tanah Mekah."
Dengan sekelip mata makhluk itu pergi dan hilang dari pandangan S dan A. Lalu S dan A berdoa lalu bersyukur atas kejadian ini.
Bersambung...