BTC USD 65,617.5 Gold USD 4,434.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Berbuka, sahur ubi kayu

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
SIMPANG RENGGAM: “Ramadan, Aidilfitri atau hari biasa, bagi kami semuanya sama kerana sudah biasa hidup susah tiada makanan,” kata Jumak Sinari, 54, menceritakan kedaifan keluarganya sejak empat tahun lalu.

Saban hari, dia bersama isteri, Salbiah Md Jamil, 49, dan tiga anak yang kini menumpang di sebidang tanah berhampiran Taman Rekamas di sini, hanya mampu makan nasi dicampur ubi kayu termasuk untuk berbuka puasa dan menyambut Aidilfitri.

Menu mereka hanya berubah jika ada insan prihatin memberikan beras dan lauk.

Jumak berkata, kedaifannya bukan saja menyebabkan dia tidak mampu menyediakan bekalan elektrik dan air, malah tiga anaknya kini tidak bersekolah.

“Sebelum ini, saya bekerja sebagai pengawal keselamatan, tapi secara tiba-tiba kaki kanan sakit hingga akhirnya tidak boleh memakai kasut sejak empat tahun lalu.

“Apabila hanya memakai selipar, majikan mengenakan pelbagai tindakan hingga saya dibuang kerja dan sejak itu hidup kami sekeluarga terumbang-ambing,” katanya.

Menurutnya, selepas dibuang kerja, tiga anaknya, Hanisa, 16, Mohamad Arif, 15 dan Mohamad Arshad, 12, terpaksa berhenti sekolah kerana dia tidak mampu menampung perbelanjaan mereka.

Keluarganya pula terpaksa menumpang tanah orang dengan membina pondok buruk dan menanam ubi kayu.

“Tuan tanah membenarkan kami menumpang dan mengusahakan sedikit tanah untuk menanam ubi kayu dan hasilnya akan dibahagi dua.

“Sehingga kini, itu saja sumber pendapatan kami kerana isteri dan tiga anak tidak bekerja. Tiga anak yang lain sudah berkahwin dan ada menghulurkan bantuan, namun kami faham mereka sendiri menghadapi masalah untuk menyara keluarga masing-masing,” katanya.

Setakat ini, katanya, dia belum pernah meminta bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Baitulmal kerana tidak tahu caranya.

Salbiah pula berkata, dia pernah ke beberapa agensi kerajaan lain untuk mendapatkan bantuan, namun permohonannya tidak dilayan.

“Saya tak sekolah tinggi, jadi saya tidak tahu macam mana cara nak dapatkan bantuan.

“Hanya baru-baru ini, saya diberitahu boleh mohon bantuan Baitulmal atau JKM tapi tak tahu caranya.

“Sebelum ini saya pernah ke pejabat pihak berkuasa tempatan untuk mohon bantuan tapi saya bukan dibantu tetapi dimarah.

“Berikutan itu, saya berharap sangat pihak yang mempunyai peruntukan dapat membantu kami. Berilah peluang kepada kami meraikan Aidilfitri kali ini seperti orang lain,” katanya.

Tinjauan Harian Metro mendapati keluarga itu menghuni rumah yang tidak sempurna, malah sebahagian kediaman itu tidak mempunyai atap dan dinding, manakala lantai masih berlubang.
 
Orang kaya pun terpaksa juga..terpaksa buka posa kat hotel2 bayar puluh2 RM sebab teringin nak makan ubi rebus ~X(~X(~X(
 
MANA DUIT ZAKAT DARI JABATAN AGAMA ISLAM JOHOR YG KHABARNYA BERJUMLAH JUTAAN RINGGIT DI SALURKAN...!
alamak tuan2 duit zakat pun nak telan ke..
 
MANA DUIT ZAKAT DARI JABATAN AGAMA ISLAM JOHOR YG KHABARNYA BERJUMLAH JUTAAN RINGGIT DI SALURKAN...!
alamak tuan2 duit zakat pun nak telan ke..

depa tak tahu kot psl ni....kan isteri dia cakap tu, dia tak pernah mohon bantuan kat mana2 sbb dia tatau saluran dan tatau cara nak apply.

sblm salahkan JAIJ tu, baik salahkan jiran2 yg tak membantu melaporkan keadaan dhaif depa tu...kepada JAIJ atau JKM...
 
mana pegi duit zakat
minta tolong pun kena marah? hurmm
 
kat johor tak silap nie menteri besar kena buat keje pecat ahli adun yang tak buat dan tak reti buat kerja sampai ada manusia yang susah tahap nie zaman jepun makan ubi kayu dah merdeka makan lagi ubi kayu
 
jgnla terus terjah kata makan duit zakat...sia2 je puasa tu......anway..ini kesilapan makhluk yg bernama manusia..seharusnya ini tidak berlaku sekiranya jkkk,kemudian ketua kampung, kemudian penghulu, kemudian pegawai daerah bersama2 pegawai kebajikan masyarakat daerah seterusnya ADUN memainkan peranan masing2...

semoga kesilapan mereka ini segera diperbetulkan ...ingatlah kemiskinan boleh membawa kepada kekufuran...moga ini tidak terjadik kepada umat islam di Malaysia..Amin
 
duit zakat tu klu ade yg mohon pun bkn senang nak dapat..sbb dah tingal sikit pasai diorg renovate bangunan baru..pandai membazir jek diorg nie..
 
Back
Top
Log in Register