BTC USD 61,702.5 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Berbirat dipukul paip getah

oldtbone

Legendary Member
gem
Messages
17,323
Joined
May 25, 2012
Messages
17,323
Reaction score
3,695
Points
191
paip12a_1562917973.jpg

Belakang badan remaja lelaki yang dipukul dengan paip getah Rabu lalu. FOTO Ihsan PDRM






REMAJA berusia 13 tahun dibelasah tiga lelaki selepas dia dicekup ketika menceroboh masuk kedai runcit di Simpang Empat, Balik Pulau, Rabu lalu.

Remaja itu kemudiannya diserahkan kepada polis sebelum dibawa ke Hospital Balik Pulau dalam keadaan tangan bergari untuk mendapatkan rawatan selepas belakang badannya berbirat akibat dipukul dengan paip getah.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan A A Anbalagan berkata, dalam kejadian 4.15 pagi itu, pemilik kedai runcit itu terdengar bunyi bising di luar premis sebelum melihat remaja lelaki terbabit cuba masuk melalui bumbung kedainya.

“Pemilik kedai berjaya menahan remaja itu yang kemudian memberitahu beberapa lagi rakannya turut bersama menceroboh premis itu namun mereka sempat melarikan diri.

“Remaja itu kemudian diserahkan kepada polis dan terpaksa dibawa ke hospital kerana mengalami kecederaan badan dipercayai akibat dipukul ketika dicekup sebelum itu,” katanya.

Anbalagan berkata, siasatan lanjut mendapati remaja itu sudah dibuang sekolah dan dia bersama lima lagi rakannya yang masih bebas cuba menceroboh kedai runcit berkenaan.

“Beberapa hari sebelum itu, seorang daripada rakan remaja terbabit berjaya menceroboh kedai runcit itu dan mengambil rokok serta kad tambah nilai prabayar.

“Bagaimanapun, cubaan mereka untuk sekali lagi menceroboh premis terbabit gagal apabila pemiliknya menyedari perbuatan itu,” katanya.

Menurutnya, ibu kepada remaja terbabit turut membuat laporan polis selepas tidak berpuas hati apabila melihat keadaan anaknya yang dipukul selepas dicekup pemilik kedai.

“Setakat ini, siasatan mendapati remaja itu dipukul tiga lelaki dipercayai menggunakan paip getah di luar kedai runcit.

“Kita masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan (KK) dan Seksyen 324 KK,” katanya.








sumber: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/07/474767/berbirat-dipukul-paip-getah







.
 
nasib x kena bunuh..bo.do mak dia ni..anak merompak kat kedai org masih nk backup...nate anjirr
 
ibu kepada remaja terbabit turut membuat laporan polis selepas tidak berpuas hati apabila melihat keadaan anaknya yang dipukul selepas dicekup pemilik kedai
geram si mak ni tengok anak dia kena bedal sebegitu rupa dengan paip getah

kes ni disiasat ikut seksyen:-
1.Seksyen 447 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda maksimum RM3,000 atau kedua-duanya.
atas sebab menceroboh

2.Seksyen 324: dengan sengaja, menyebabkan cedera dengan jalan menggunakan senjata atau lain-lain benda yang membahaya.
memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan
 
geram si mak ni tengok anak dia kena bedal sebegitu rupa dengan paip getah

kes ni disiasat ikut seksyen:-
1.Seksyen 447 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda maksimum RM3,000 atau kedua-duanya.
atas sebab menceroboh

2.Seksyen 324: dengan sengaja, menyebabkan cedera dengan jalan menggunakan senjata atau lain-lain benda yang membahaya.
memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan

alamak..hukuman org yg menyebat tu lg tinggi dr yg menceroboh kedai..huhuhu..nasib laa
 
Mangkuk punya wartawan, tak payah masuk paper la kalau berita macam ni.
Boleh jadi inspirasi pada mak bapak budak2 jahat lain.
 
hehe tn kopirait, baru je nak sebut pasal slow talk tu :D
agaknya mak dia nak owner premis yg anak dia ceroboh dan nak mencuri tu slow talk bebanyak pujuk memujuk dulu anak dia tu, dari menyebat dengan paip tu

tak pun owner kedai boleh datang rumah budak ni curi barang kat rumah dia pulak.
hahaha kartun betul.
 
Back
Top
Log in Register