BTC USD 86,019.9 Gold USD 4,155.57
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Berbekam.....Darah

Uish gile per nak toreh kat situ..takdenyee bekam kat belakang badan sudah...bahagian situ minta urut dan minta betulkan bahagian perut.Tenaga datang dari perut.
 
Uish gile per nak toreh kat situ..takdenyee bekam kat belakang badan sudah...bahagian situ minta urut dan minta betulkan bahagian perut.Tenaga datang dari perut.

:eek: sori2.. terlajak imaginasi tadi!!
baru smalam sembang ngan kawan pasal beckham2 nie..
ada orang kata.. biasanya, akan ketagih...
sebab memang sedap tul bekam2 nie...
 
imaginasi ko ni ganas..hahaha main ikat-ikat ke bang..hahah

ketagih memang ketagih ah,ketagih tu datang apabila badan mula rasa dah tak sedap sebab badan ko suatu ketika dahulu pernah rasa sedap (contoh selepas bekam)

alah asalkan bende sedap manusia akan jadi ketagihnya.,..hahahah
tapi ni ketagih yang baik utk badan,sunnah plak tuu

ada hari-hari takleh berbekam dikhuatiri mendatangkan penyakit pula,,ni aku baca kitab lama,tapi aku hilang maklumat tu

maybe ada yg tahu boleh kongsi disini


lagi satu,aku dinasihatkan supaya jangan hantar anak-anak kecil(jenis-jenis tak boleh berjalan) pergi berbekam seperti yang diiklankan.Ini nasihat dari pakcik yg selalu bekamkan aku.
 
Last edited:
memang dok cari gak nih,tapi sapa tau pusat bekam ni area PJ atau Shah Alam atau Klang....yang bertauliah laaa...:D
 
...dengar elok2nye..puasa dulu..

..baru g bekam...
 
Ada sapa2 yg hantu bekam tak kat sini??? setakat bekam angin tak yah story ye...bekam darah (sunnah tuh)

ceritakan pengalaman anda

1)tempat berbekam (lokasinya)
2)methodnya (jarum atau pisau blade) dan berapa cup
3)kos nya
4)dan kesanya terhadap anda

sama2 lah kita kongsi ya :D :D :D


1)cakra alam ampang
2)2 cup gune jarum utk cucuk bg lubang cket(tk saket)
3)rm 70 skrg ntah
4)rase ringan kepala migrain aku dh tade :D
5)bila berbekam?tahun 2002-2003 lupe..
 
mhl ek kat kl ni?

aku dulu penah bekam kat kg laa..tapi lupa nama apa kg tu..

bagi kat pak cik tu ikut ikhlas laa..

aku yang migrain tahap hantuk kepala ke dinding pun dah ok sket..:D :D :D

tapi bekam ni mmg elok..cuma kena hati2 tgk tmpat
:)cgrock :)cgrock :)cgrock :)cgrock :)cgrock :)cgrock :)cgrock
 
Masa-Masa Berbekam

Berbekam yang baik kena memilih masa kerana ada hubungan dengan
peredaran darah.
Tirmizi meriwayatkan hadis dari Ibnu Abbas:

Ertinya : "Sebaik-baik hari engkau berbekam, adalah pada hari
bulan 17, 19 atau 21 setiap bulan".
Sabda Rasulullah s.a.w.:

Ertinya : "Barang siapa yang berbekam pada hari bulan 17, 19 atau
21, dia akan terhindar dari segala penyakit".
(H.R Abu Daud menerusi Abu Hurairah)
Ibnu Majah meriwayatkan hadis menerusi Katsir bin Salim:
 
Ertinya : "Selama aku berjalan pada malam Isra bersama para malaikat,
mereka selalu berkata ;- Hai MUHAMMAD, suruhlah ummatmu berbekam".
Ringkasnya, masa berbekam yang baik adalah pada pertengahan bulan
antara haribulan 15 sampai 21 setiap bulan.
Ibnu Majah meriwayatkan hadis yang dipandang daif:
Rasullulah bersabda: "Berbekam memperkuat daya hafaz seseorang dan
menambah akal orang yang berakal. Maka berbekamlah kamu dengan menyebut
nama ALLAH, dan jangan berbekam pada hari khamis dan sabtu, tapi
berbekamlah pada hari Isnin".
Tujuan memilah masa, sama ada hari atau hari bulan adalah sebagai
langkah berjaga-jaga daripada dijangkiti penyakit. Ini semua bagi
orang mempunyai amalan berbekam. Sedangkan bagi pesakit yang akan
berubat dengan berbekam, boleh berbekam bila-bila masa diperlukan.
Abu Hurairah menceritakan hadis yang bermaksudnya:
"Barang siapa yang berbekam pada hari Rabu atau hari Sabtu dia akan
dijangkiti penyakit putih dan penyakit kusta. Maka dia tidak boleh
menyalahkan sesiapa kecuali dirinya sendiri". Suatu hari Iman Ahmad
di tanya tentang berbekam pada hari Sabtu dan hari Rabu, maka beliau
tidak menyukainya dan berkata: "Aku telah mendengar berita seseorang
yang berbekam pada hari Rabu, dia dijangkiti penyakit Kusta".
Kawannya berkata: Mungkin ia disebabkan kerana terlalu menganggap
remeh kepada hadis".
Beliau menjawab : "YA"
 
Back
Top
Log in Register