BTC USD 62,941.6 Gold USD 4,460.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Others Kerap korek hidung, salur darah pecah

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,254
Joined
Dec 6, 2010
Messages
26,254
Reaction score
1,661
Points
201
6226755419108393638_121.jpg


Kerap korek hidung, salur darah pecah

BEIJING - Gara-gara kerap menggorek hidung, seorang lelaki terpaksa dikejarkan ke hospital dan menjalani pembedahan kecemasan selepas mendapati salur darah hidungnya pecah.

Memetik laporan berita Oddity Central, lelaki yang tidak didedahkan namanya itu gemar melakukan tabiat tersebut pada setiap masa.

Bagaimanapun, dia menyedari hidungnya mengeluarkan darah yang banyak secara tiba-tiba ketika melakukan perbuatan berkenaan.

Panik dengan keadaan tersebut, dia memutuskan pergi ke hospital berhampiran bersama isterinya selepas gagal menghentikan pendarahan berkenaan.

Selepas melakukan pemeriksaan, doktor mengesahkan arteri pada hidungnya didapati pecah dan perlu menjalani pembedahan segera.

Pesakit dilaporkan semakin pulih selepas menjalani pembedahan kecemasan.

Kejadian tersebut berlaku di bandar Xianyang, wilayah Shaanxi.

Kredit ➡️ Sinar Harian
 
Back
Top
Log in Register