BTC USD 85,846.4 Gold USD 4,348.68
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Info Jaga-jaga kutu penghisap darah

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,537
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,537
Reaction score
1,681
Points
201
6084376776504623643_121.jpg


Jaga-jaga kutu penghisap darah

SERANGAN kutu bukanlah asing dalam kalangan masyarakat dan saiznya yang kecil sehingga sukar dilihat pada pandangan kasar membuatkan ramai tidak endah kehadirannya.

Sedangkan serangga bersaiz 'mikro' (terlalu kecil) itu berperanan sebagai parasit yang boleh menjangkiti bahagian luar badan haiwan termasuklah manusia.

Terdapat pelbagai spesies kutu yang wujud dalam persekitaran dan sebahagiannya boleh bertindak sebagai pembawa kuman dan penyakit.

Ciri-ciri hidup ektoparasit yang memakan darah dan tisu dijangkiti kuman boleh memindahkan kuman dalam darah. Terutamanya bakteria dan virus dari satu haiwan kepada haiwan lain atau dari haiwan kepada manusia dan seterusnya menjangkiti manusia lain.

Pensyarah Kanan Vektor Entomologi dan Penyakit Berjangkit Bawaan Vektor, Pusat Penyelidikan dan Pendidikan Penyakit Berjangkit Tropika (TIDREC), Universiti Malaya (UM), Dr Zubaidah Ya'cob berkata, terdapat beberapa jenis serangga dan kutu wujud dalam persekitaran.

"Secara biologinya kutu terdiri daripada beberapa jenis serangga dan antaranya kutu kepala atau 'head lice' yang hidup dan menghisap darah daripada kulit kepala manusia.

"Pinjal atau 'fleas,' sejenis serangga berbadan pipih dari kumpulan Ctenophelides yang sering terdapat pada kucing (Ctenophelides felis) dan anjing (Ctenophelides canis).

"Manakala pada tikus pula kebiasaannya dari kumpulan Xenophslylla. Kutu babi atau kutu sengkenit pula merujuk kutu dari kumpulan Ixodidae iaitu kutu memiliki struktur badan keras (hard ticks).

"Terdapat lebih 40 spesies berlainan antara yang dominan termasuk Dermacentor, Ixodes, Amblyomma dan Haemaphysallis. Semua kutu dari kumpulan ini secara biologinya memerlukan darah haiwan dan manusia untuk terus hidup dan membiak," katanya.

Tambahnya lagi, tungau pula merujuk kepada kutu hama atau 'chigger mites' dari kumpulam Trombiculidae, yang secara biologinya memakan tisu atau kulit manusia dan haiwan yang dilepas bebas termasuk anjing, kucing, tikus, tupai, burung, ayam hutan dan ayam peliharaan atau ternakan.

Kutu boleh bertindak sebagai vektor seperti nyamuk yang menghisap darah dan berpotensi menyebarkan kuman dan penyakit.Senario itu mencerminkan kutu berpotensi membawa penyakit yang boleh mengancam kesihatan manusia.

"Antara kuman bawaan kutu yang biasa dilaporkan di Malaysia termasuk dari kutu hama (chigger mites) ialah bakteria Orentia tsutsugamushi.

"Bakteria terbabit penyebab penyakit scrub typhus atau demam tifus. Individu yang digigit kutu yang membawa kuman akan mengalami demam. Demam itu hanya muncul dalam tempoh tujuh hingga 21 hari selepas gigitan.

"Pada masa sama, demam itu turut disusuli rasa menggigil, sakit kepala, sakit badan dan kehadiran eskar (kawasan kulit menjadi berkuping atau melepuh) gelap seperti kudis pada lokasi gigitan.

"Gejala lain turut hadir pada pesakit ialah ruam, pembengkakan kelenjar limfa dan dalam beberapa kes, perubahan mental seperti kekeliruan atau koma," katanya.

Selain demam tifus, terdapat juga demam berpunca daripada bawaan kutu, hama atau pinjal yang dijangkiti bakteria Riketsia.

"Mirip seperti demam Tifus, gejala dialami pesakit serangan bakteria itu ialah demam, sakit kepala dan ruam.

"Satu eskar gelap seakan-akan kudis juga mungkin muncul di tempat gigitan. Pesakit turut mengalami rasa lemah badan, loya, muntah, pembengkakan kelenjar limfa dan dalam kes yang teruk, kekeliruan, kelemahan dan juga ketidakstabilan kardiovaskular," katanya.

Tambah pakar itu, sukar untuk penghidap penyakit bawaan kutu mengenal pasti punca penyakit berpunca daripada serangga terbabit.

"Kutu berpotensi membawa kuman bakteria atau virus penyebab penyakit kepada manusia ini berasal dari haiwan atau persekitaran.

"Haiwan yang dijangkiti kuman ini tidak menunjukkan sebarang gejala penyakit seperti dialami manusia," katanya.

Justeru Dr Zubaidah menekankan golongan berisiko untuk mengambil langkah berjaga-jaga supaya tidak menghidap penyakit bawaan kutu.
 
Back
Top
Log in Register