Cara dan kaedah utk mengingati mati
Baginda SAW telah mengajarkan kita bagaimana cara utk mengingati mati ;
1) Menziarahi kubur sambil baca2 quran
2) Menziarahi org yg sakit.
Apa sebab baginda suruh buat sedemikian rupa.. kita pergi kita tengok cth menziarahi org yg sakit.. kita duduk sebelahnya.. kita pegang dahinya.. bayangkan yg sedang sakit itu adalah diri kita.. lihat kelilingnya.. siapa disebelahnya, isteri, suami, anak, cucu saudara mara etc.. apa yg mereka buat, main2 gurau senda gelak ketawa..? atau membincangkan tgh harta dan lihat pula siapa yg membacakan yasin ketika itu.. (baca yasin utk org yg sakit ni bagus, tidak semestinya dikhaskan utk org yg nak mati jer, yg sakit kalau dgr sejuk hati.. kalau panas tak tau ler..” oii ingat aku dah nk mati ker..?” itu aku tak tau, kalau sesiapa sakit terlantar mintak2kan ler org yg melawat tu bacakan yasin sambil mendoakan kesihatan, jumpa perkataan “mubin” berhenti dan doakan). Ibarat kata “pandanglah dgn pandangan mengatakan yg sakit itu adalah kita”
Begitu juga dgn menziarahi kubur.. pilih satu kubur lihat sekeling siapakah yg menemani org dlm kubur tersebut.. dan bygkanlah dlm kubur itu adalah diri kita, agak2 apakah yg sedang kita buat dan hadap..? apakah kita mempunyai amalan yg tidak putus..? kalau hati berasa simpati pada tuan dlm kubur tu sedekahkan lah sikit duit kat masjid atau anak yatim niatkan utk ahli kubur yg kita pinjam utk muhasabah diri tu.. untung2 org dlm kubur tu lega sikit..
Kalau tiada masa utk berbuat 2 kaedah diatas dibawah adalah keadah paling mudah, ringkas dan bila2 masa.. iaitu;
3) Menulis surat wasiat
Ada dikisah kan seorang Imam (imam apa aku tk ingat) kaedah beliau pula dgn mengamalkan menulis surat wasiat dan sentiasa memperbaharuinya selagi belum smpai ajal..
Mari kita lihat berkenaan wasiat didlm quran..
Wahai orang-orang yang beriman! Apabila salah seorang di antara kamu hampir mati, ketika (ia mahu) berwasiat, hendaklah wasiatnya itu disaksikan oleh dua orang yang adil di antara kamu, atau dua orang lain (yang bukan seugama) dengan kamu. ( Q:5:106)
Pernah kita buat dan amal tk perkara ni dlm kehidupan kita atau sepanjang kita hidup..?
Cuba baca balik dan renungkan ayat tersebut disitu diberitahu “wahai orang2 yg beriman”.. kalau rasa2 beriman ikut lah seruan Allah tu.. kalau takut2 atau tk nk buat sendiri mau ingatlah tahap keimanan dan keyakinan kita kepada Allah mcm mana... spt yg saya maklum mati itu dtg secara tiba2 dgn sangat hampir, mgkin mlm nnti menjemput, esok, lusa atau pada bila2 masa kita tidak tahu...
Cth surat wasiat ( saya ambil dari tulisan anggota keselamatan yg gugur).
"Wahai isteriku, maafkan abang seandainya abang tersalah cakap mahupun terkasar perbuatan... Jagalah dan didiklah anak-anak kita menjadi orang yang berguna."
"Wahai anak-anakku, maafkan ayah kerana acap kali ayah tiada di saat anak-anak ayah memerlukan kasih sayang seorang ayah."
"Wahai mak dan abah, ampunkan anakmu dari hujung rambut hingga hujung kaki. Sesungguhnya, mak dan abah telah mendidik aku menjadi insan yang berguna pada Negara."
"Wahai ibu dan ayah mertuaku, maafkan anakanda kerana memilih kerjaya yang memungkinkan anak ibu dan ayah menjadi balu sebelum usia."
"Oh Malaysiaku, maafkan aku andai aku gugur di medan perang. Demi Allah aku telah berusaha sedaya upaya."
Kalau kita lihat disitu, ada ruang khas utk org2 yg ingin cuba disampaikan itu yg penting spt isteri/suami, ayah ibu, anak2, adik bradik rakan2 atau sesiapa shj, content pula ikut suka penulis..
kalau ada hutang kena maklum supaya senang pewaris mencari pemiutang..
Sebaiknya dalam surat tersebut tuliskan seorang wakil bg mewakili surat tersebut cth isteri/suami/ayah etc
Setelah siap karangan wasiat siap carilah wakil yg boleh dipercayai utk menyampaikan amanah tersebut utk diserahkan kpd wakil yg kita letakkan didlm surat tersebut.
Upacara biar secara mcm akad nikah “ saya sipolan2 mewakilkan kamu polan bin polan utk menyampai wasiat ini jika ada perkara2 yg tidak diingini berlaku pada diri saya.”
Dlm surat tersebut jgn lupa bubuh nama, tarikh dan hari surat dibuat dan tanda tangan pengesahan.. dan sebaiknya surat wasiat ditulis dgn tangan...
Sesiapa yg merasakan dia beriman dan yakin pada Allah 100% try lah amalkan.... bila lagi nk uji...
Selamat Beramal...
http://www.youtube.com/watch?v=luxBQnAXsOc
Wahai tuhan,
Aku tak layak masuk syurgamu,
Namun tak pula aku sanggup ke nerakamu
Ampunkan dosa dan terimalah taubatku,
Sesungguhnya engkaulah pengampun dosa-dosa besar
Dosa-dosaku bagaikan pepasir dipantai
Dengan rahmatmu ampunkan daku m
Oh tuhanku
Wahai tuhan,
Selamatkan kami ini,
Dari segala kejahatan dan kecelakaan
Kami takut kami harap kepadamu,
Suburkanlah cinta kami kepadamu,
Kamilah hamba yang berharap belas darimu
Dan (tiap-tiap) makhluk yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, iaitu ketetapan (ajal) yang tertentu masanya (yang telah ditetapkan oleh Allah). Dan (dengan yang demikian) sesiapa yang menghendaki balasan dunia, kami berikan bahagiannya dari balasan dunia itu, dan sesiapa yang menghendaki balasan akhirat, kami berikan behagiannya dari balasan akhirat itu; dan Kami pula akan beri balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur. Q:3:145
Dan tidak ada gunanya taubat itu kepada orang-orang yang selalu melakukan kejahatan, hingga apabila salah seorang dari mereka hampir mati, berkatalah ia: "Sesungguhnya aku bertaubat sekarang ini," (sedang taubatnya itu sudah terlambat), dan (demikian juga halnya) orang-orang yang mati sedang mereka tetap kafir. Orang-orang yang demikian, Kami telah sediakan bagi mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya. Q:4:18