BTC USD 86,505.9 Gold USD 4,350.75
Time now: Jun 1, 12:00 AM

berapa % keyakinan kita pada Allah SWT

Siapa boleh confirmkan...

Kalau hidup sentiasa diuji Allah akan lebih peluang ke syurga?

Senang atau mudah untuk dapatkan syurga?

Senang ke jadi orang islam?

Best ke tak jadi orang islam?
 
dugaan dan musibah adalah penebus / kaffarah dosa bg org islam (bdasarkan hadis dr shahih bukhari).... jd, logik akal, bila dosa kurang dari pahala, kebarangkalian utk dpt rahmat Allah, sekaligus dikurniakan syurga dariNya, adalah lebih tinggi.

maka, doalah byk2 kepada Allah, afdhal di sepertiga malam terakhir, agar dikurniakan kekuatan utk sabar menghadapi segala dugaan dan musibah yg telah Dia tetapkan.
 
tergadai tu nnti bergantung pada brape % keyakinan pada Allah waktu perang tu nnti kalau malaysia kene tempias. hehe

offtopic jap. dah takde ke thread haji yang cara mengingati mati tu:-?

dlm sebuah hadis, (maaf saya tak ingat detail) : ditanya baginda SAW siapakah manusia yg paling cerdik..? maka baginda menjawab iaitu "org yg suka mengingati mati".

Ya Allah.. berkali2 aku menarik nafas.. bila nk bercerita ttg mati mengigil tgn ni nak menaip, ibarat kata sbelum kita nk tarbiyah org lain kita tarbiyah diri kita dulu..
sebelum saya berceritakan kaedah2 utk mengingati mati saya copy pastekan bberapa ayat2 quran ttg kematian utk direnungkan..

mati itu pasti dan tiba2..

Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati. Q:3:185

Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan. Q:21:35

Tiap-tiap diri (sudah tetap) akan merasai mati, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Kami (untuk menerima balasan). Q:29:57

Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan mati, dan sesungguhnya mereka juga akan mati. Q:39:30

Kemudian sudah tentu Kami akan memutuskan tali jantungnya (supaya ia mati dengan serta-merta). Q:69:46

Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);
Q:67:2

diatas adalah beberapa ayat quran yg saya kongsikan ttg kematian.. ianya menunjukkan setiap jiwa yg hidup pasti akan merasai mati.. hanya setiap jiwa itu tidak tahu bilakah waktu dtgnya matinya dan bagaimanakah cara matinya dan apakah nasibnya.. (hnya org yg kena hukum bunuh jer tahu bila waktu dia tapi tidak tahu apakah nasibnya)

mengingati mati ini bagus bg sesiapa yg ingin merebut pahala membuat kebajikan dan meninggalkan laranggan diatas muka bumi ini sementara bernyawa, sbb secara tk lansung persoalan2 ini akan bermain2 didlm jiwa dan minda..

apakah amalan yang dibawa bekal selepas mati.. byk dosa atau pahala..? :(
apakah dosa2 kita pada Allah akan terampun..?

apakah aku telah menyakiti kedua org tua ku..? :(
sudahkah aku meminta ampun pada mereka..?

apakah aku telah ingkar kpd suami ku..? :(
sudahkah aku meminta ampun pada mereka..?

apakah aku telah menyakiti jiran2 tetangga, rakan, sahabat kluar dll..?:(
sudahkah aku meminta ampun pada mereka..?

bagaimana pula aku dgn majikan ku..?
apakah aku mempunyai hutang2 kerana tidak memikul amanah dgn baik..? sedang aku dibayar setiap bulan.. (bg yg makan gaji):(

(selebihnya boleh fikir sendiri mengikut diri masing2..)

sambil2 ingat2 mati sambil memikirkan kisah2 lampau dan perlakuan diri yg byk melanggar perintah Allah.. cth mudah meninggalkan solat.. meninggalkan solat adalah termasuk didlmm hukum berdosa besar.. terpikulkah tertanggungkah..?:( Astagfirullah Al Azim...

baru cerita tinggal solat, dosa2 lain yg tnpa disedari.. dgn Allah SWT kita boleh minta ampuan padaNya bila2 masa.. itu pun kalau Allah nk Ampunkan, kalau worst...? nauzubillah... ampunkanlah dosa ku, sesungguhnya tiada yg boleh mengampunkan dosa2 ku melainkan Enkau Ya Allah....
dan bagaimanapula jika sesama makhluk..??? silap ari bulan ada batu besar dlm mulut nk ucapkan "saya minta maaf dan ampun sbb saya bersalah".. maka pikul dan tanggunglah diakhirat kelak..

bersambung...........
 
Nasib mati kita macama mana..?

Saya letakkan pesanan ayat2 quran utk kita renungkan mati yg kita mahukan..

"Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih ugama (Islam) ini menjadi ikutan kamu, maka janganlah kamu mati melainkan kamu dalam keadaan Islam". Q:2:132

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Q:3:102

Wahai Tuhan yang menciptakan langit dan bumi Engkau Penguasa dan Pelindungku di dunia dan di akhirat; sempurnakanlah ajalku (ketika mati) dalam keadaan Islam, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh". Q:12:101

Ada ke seorang bernama muslim yg mahu matinya diluar islam..? kalau ada tak tau ler..
Mati didlm islam adalah keinginan dan ibarat sesuatu yg didambakan oleh jiwa2 mukmin... ibarat kata kalau tk dpt mati mcm org2 solehin, syuhada dll peringkat yg tertinggi, mati dlm islam pun jadilah... sbb setiap jiwa mukmin tahu kebenaran agama islam..

Jadi mcm mana nk mencapainya..? byk2kanlah mengingati mati... pasangkan azam dan kekuatan.. yg penting bila dlm mengingati mati jgn nk perasan diri tu mcm konfirm “ aku ok, iman aku hebat, aku org yg bertaqwa”. Sila renung2 ayat dibawah.

janganlah kamu memuji-muji diri kamu (bahawa kamu suci bersih dari dosa). Dia lah sahaja yang lebih mengetahui akan orang-orang yang bertaqwa. Q:53:32.

Hanya Allah shj yg lebih tahu ttg keimanan dan ketaqwaan diri kita.

Bersambung...............
 
Cara2 mati dan serba sedikit kisah pengalaman mati.

Q:96: 83-92

83 Maka alangkah eloknya kalau semasa (roh seseorang dari kamu yang hampir mati) sampai ke kerongkongnya;
84 Sedang kamu pada masa itu (berada di sekelilingnya) menyaksikan keadaannya, -
85 Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada kamu, tetapi kamu tidak melihat,
86 Maka bukankah elok kalau kamu orang-orang yang tidak dikuasai (dan tidak tunduk kepada kekuasaan Kami);
87 Kamu kembalikan roh itu (kepada keadaan sebelumnya) jika betul kamu orang-orang yang benar?
88 Kesudahannya: Jika dia (yang mati itu) dari orang-orang "Muqarrabiin",
89 Maka (dia akan beroleh) rehat kesenangan dan rahmat kesegaran, serta Syurga kenikmatan.
90 Dan jika dia dari puak kanan,
91 Maka (akan dikatakan kepadanya): Selamat sejahtera kepadamu, (kerana engkau) dari puak kanan.
92 Dan jika dia dari (puak kiri) yang mendustakan (Rasulnya), lagi sesat,

Q:69: 44-47
44 Dan kalaulah (Nabi Muhammad yang menyampaikan Al-Quran itu) mengatakan atas nama Kami secara dusta - sebarang kata-kata rekaan, -
45 Sudah tentu Kami akan menyentapnya, dengan kekuasaan Kami, -
46 Kemudian sudah tentu Kami akan memutuskan tali jantungnya (supaya dia mati dengan serta-merta);
47 Maka tidak ada seorangpun di antara kamu yang dapat menghalang (tindakan Kami itu) daripada menimpanya.

Saya selitkan bberapa kisah yg saya terbaca dan terdengar ttg sakitnya mati, (maaf detail saya tk ingat sbb saya ambil intinya shja).

Kisah kewafatan baginda SAW, dan pandangan Ulamak2
Dimana ketika baginda sedang menghadapinya diberitakan sakitnya seperti dicucuk dgn 80 btg pedang!!
Berpeluh2 dahi baginda utk merasakanya, sedang pada ketika itu malaikat maut melakukan dgn cara yg paling halusssssss.. sbb baginda adalah kekasih Allah.. “Allah humma A’laina fi sakaratil maut” berulang2 baginda menyebutnya... kita ni macam mana pulak..???
Ada juga saya terbaca utk membayangkan sakitnya mati mengibaratkan menarik keluar dahan yg penuh duri didlm kapas, bygkanlah habis terobek kapas2 tu..
Ada juga mengibaratkan menarik kluar batang besi yg panas merah membara dari salutan daging yg mentah...
Fikirlah sendiri dan bayangkan ketika roh kita dicabut dlm keadaan sedemikian rupa... toksah lah nk berangan mati aku senang jerr....

Nk menceritakkan ttg sakitnya mati ada yg mati smpai terbeliak biji mata.. dan tak kurang juga sampai terbalik anak matanya dan mengeletar tubuh disebbkan kesakitan dan perinya.. disbbkan kan kesakitan yg amat belakang pinggang simati boleh melepek ke lantai.. kalau normal ada ruang utk selitkan tgn, sbb itu ada pendapat mengatakan kalau pinggang tu dah melepek dan tidak boleh dimasukkan tgn itu dah dekat lah tu... kalau masih ada ruang masih ada umur utk nya insyaallah..

Kalau anda rujuk pada surah Q:69: 45 “Sudah tentu Kami akan menyentapnya, dengan kekuasaan Kami,”

Kalau lah nasib kita kena mcm tu... aduihhhh..... ibarat dahan berduri/ besi yg panas merah disentap...

YA Allah... “Allah humma A’laina fi sakaratil maut, Allah humma A’laina fi sakaratil maut, Allah humma A’laina fi sakaratil maut” jauh2kanlah..

Dlm utk menghadapi mati, wajib kita ingat janji syaitan pada Allah mereka tidak akan berputus asa utk menyesatkan manusia sehingga manusia itu menemui ajalnya.. lagi org tu nk mati lagi kuat usaha dia utk mengkufurkan kita.. inilah yg paling bahaya, last minit breath.. hnya amalan soleh dan ketaqwaan yg boleh membantu kita.. kalau hidup penuh dgn maksiat, mulut suka caci maki berlumur dgn dosa setiap hari camana nk menghadapi mati..? tu syaitan, iblis keliling menemani kita masa tgh azab... nauzubillah...

mcm org kapiaq dah nk mati mulut dia sebut “F word” itu lah diulang2nya.. nk ker...?
Saya bg contoh video.. askar kafir yg terselamat dari tembakan, dgrkan apa yg disebut....
http://www.youtube.com/watch?v=rLHU-_OhT8g

ingat2 lah Allah, ringan2kan lah berzikir supaya mati pun dlm keadaan sedang berzikir dan sentiasa mengingati Allah supaya mati kita dlm keadaan pengakhiran yg baik(Sila rujuk balik Q:96:83-92 diatas, haluan manakah kita?) – left or right or “muqorrabin”

Cara mati manusia pula ada bermacam2, tgh tidor, makan, solat, eksiden, sakit, dll, ini semua berlaku secara tiba2 tanpa kita jangka....

bersambungggg.............................
 
Last edited:
Cara dan kaedah utk mengingati mati

Baginda SAW telah mengajarkan kita bagaimana cara utk mengingati mati ;

1) Menziarahi kubur sambil baca2 quran
2) Menziarahi org yg sakit.

Apa sebab baginda suruh buat sedemikian rupa.. kita pergi kita tengok cth menziarahi org yg sakit.. kita duduk sebelahnya.. kita pegang dahinya.. bayangkan yg sedang sakit itu adalah diri kita.. lihat kelilingnya.. siapa disebelahnya, isteri, suami, anak, cucu saudara mara etc.. apa yg mereka buat, main2 gurau senda gelak ketawa..? atau membincangkan tgh harta dan lihat pula siapa yg membacakan yasin ketika itu.. (baca yasin utk org yg sakit ni bagus, tidak semestinya dikhaskan utk org yg nak mati jer, yg sakit kalau dgr sejuk hati.. kalau panas tak tau ler..” oii ingat aku dah nk mati ker..?” itu aku tak tau, kalau sesiapa sakit terlantar mintak2kan ler org yg melawat tu bacakan yasin sambil mendoakan kesihatan, jumpa perkataan “mubin” berhenti dan doakan). Ibarat kata “pandanglah dgn pandangan mengatakan yg sakit itu adalah kita”

Begitu juga dgn menziarahi kubur.. pilih satu kubur lihat sekeling siapakah yg menemani org dlm kubur tersebut.. dan bygkanlah dlm kubur itu adalah diri kita, agak2 apakah yg sedang kita buat dan hadap..? apakah kita mempunyai amalan yg tidak putus..? kalau hati berasa simpati pada tuan dlm kubur tu sedekahkan lah sikit duit kat masjid atau anak yatim niatkan utk ahli kubur yg kita pinjam utk muhasabah diri tu.. untung2 org dlm kubur tu lega sikit..

Kalau tiada masa utk berbuat 2 kaedah diatas dibawah adalah keadah paling mudah, ringkas dan bila2 masa.. iaitu;

3) Menulis surat wasiat

Ada dikisah kan seorang Imam (imam apa aku tk ingat) kaedah beliau pula dgn mengamalkan menulis surat wasiat dan sentiasa memperbaharuinya selagi belum smpai ajal..

Mari kita lihat berkenaan wasiat didlm quran..

Wahai orang-orang yang beriman! Apabila salah seorang di antara kamu hampir mati, ketika (ia mahu) berwasiat, hendaklah wasiatnya itu disaksikan oleh dua orang yang adil di antara kamu, atau dua orang lain (yang bukan seugama) dengan kamu. ( Q:5:106)

Pernah kita buat dan amal tk perkara ni dlm kehidupan kita atau sepanjang kita hidup..?

Cuba baca balik dan renungkan ayat tersebut disitu diberitahu “wahai orang2 yg beriman”.. kalau rasa2 beriman ikut lah seruan Allah tu.. kalau takut2 atau tk nk buat sendiri mau ingatlah tahap keimanan dan keyakinan kita kepada Allah mcm mana... spt yg saya maklum mati itu dtg secara tiba2 dgn sangat hampir, mgkin mlm nnti menjemput, esok, lusa atau pada bila2 masa kita tidak tahu...

Cth surat wasiat ( saya ambil dari tulisan anggota keselamatan yg gugur).

"Wahai isteriku, maafkan abang seandainya abang tersalah cakap mahupun terkasar perbuatan... Jagalah dan didiklah anak-anak kita menjadi orang yang berguna."

"Wahai anak-anakku, maafkan ayah kerana acap kali ayah tiada di saat anak-anak ayah memerlukan kasih sayang seorang ayah."

"Wahai mak dan abah, ampunkan anakmu dari hujung rambut hingga hujung kaki. Sesungguhnya, mak dan abah telah mendidik aku menjadi insan yang berguna pada Negara."

"Wahai ibu dan ayah mertuaku, maafkan anakanda kerana memilih kerjaya yang memungkinkan anak ibu dan ayah menjadi balu sebelum usia."

"Oh Malaysiaku, maafkan aku andai aku gugur di medan perang. Demi Allah aku telah berusaha sedaya upaya."

Kalau kita lihat disitu, ada ruang khas utk org2 yg ingin cuba disampaikan itu yg penting spt isteri/suami, ayah ibu, anak2, adik bradik rakan2 atau sesiapa shj, content pula ikut suka penulis..
kalau ada hutang kena maklum supaya senang pewaris mencari pemiutang..

Sebaiknya dalam surat tersebut tuliskan seorang wakil bg mewakili surat tersebut cth isteri/suami/ayah etc
Setelah siap karangan wasiat siap carilah wakil yg boleh dipercayai utk menyampaikan amanah tersebut utk diserahkan kpd wakil yg kita letakkan didlm surat tersebut.

Upacara biar secara mcm akad nikah “ saya sipolan2 mewakilkan kamu polan bin polan utk menyampai wasiat ini jika ada perkara2 yg tidak diingini berlaku pada diri saya.”

Dlm surat tersebut jgn lupa bubuh nama, tarikh dan hari surat dibuat dan tanda tangan pengesahan.. dan sebaiknya surat wasiat ditulis dgn tangan...

Sesiapa yg merasakan dia beriman dan yakin pada Allah 100% try lah amalkan.... bila lagi nk uji...

Selamat Beramal...

http://www.youtube.com/watch?v=luxBQnAXsOc


Wahai tuhan,
Aku tak layak masuk syurgamu,
Namun tak pula aku sanggup ke nerakamu

Ampunkan dosa dan terimalah taubatku,
Sesungguhnya engkaulah pengampun dosa-dosa besar

Dosa-dosaku bagaikan pepasir dipantai
Dengan rahmatmu ampunkan daku m
Oh tuhanku

Wahai tuhan,
Selamatkan kami ini,
Dari segala kejahatan dan kecelakaan

Kami takut kami harap kepadamu,
Suburkanlah cinta kami kepadamu,
Kamilah hamba yang berharap belas darimu
:(

Dan (tiap-tiap) makhluk yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, iaitu ketetapan (ajal) yang tertentu masanya (yang telah ditetapkan oleh Allah). Dan (dengan yang demikian) sesiapa yang menghendaki balasan dunia, kami berikan bahagiannya dari balasan dunia itu, dan sesiapa yang menghendaki balasan akhirat, kami berikan behagiannya dari balasan akhirat itu; dan Kami pula akan beri balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur. Q:3:145

Dan tidak ada gunanya taubat itu kepada orang-orang yang selalu melakukan kejahatan, hingga apabila salah seorang dari mereka hampir mati, berkatalah ia: "Sesungguhnya aku bertaubat sekarang ini," (sedang taubatnya itu sudah terlambat), dan (demikian juga halnya) orang-orang yang mati sedang mereka tetap kafir. Orang-orang yang demikian, Kami telah sediakan bagi mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya. Q:4:18
 
Last edited:
kalau sakit, kita kata mcm ni ke atau mcm ni?

"Memang Allah bagi sembuh, TAPI kita kena makan ubat"

ATAUPUN kita cakap mcm ni:

"Memang kita kena makan ubat, TAPI Allah yg bagi sembun semata2.."

dua perkataan berbeza yg boleh menunjukkan iman kita pada Allah di tahap mana, dan berapa percent...
 
kalau sakit, kita kata mcm ni ke atau mcm ni?

"Memang Allah bagi sembuh, TAPI kita kena makan ubat"

ATAUPUN kita cakap mcm ni:

"Memang kita kena makan ubat, TAPI Allah yg bagi sembun semata2.."

dua perkataan berbeza yg boleh menunjukkan iman kita pada Allah di tahap mana, dan berapa percent...

kalau sakit dan nk mkn ubat jgn lupa baca, "bismillahirrahminirrahim" itu yg penting sbb kita ingat dia Allah dulu... ubat sekadar asbab..:)
 
Betul iman ada ukuran jugak....... Sebab pernah dengar satu hadis, "Walau sebesar biji sawi iman kita, tetap akan ke syurga" , tapi kalau dosa bnyk mungkin dah kena celup neraka 'nauzubillah' dulu kot......
 
Back
Top
Log in Register