BTC USD 83,712.8 Gold USD 4,286.54
Time now: Jun 1, 12:00 AM

berapa % keyakinan kita pada Allah SWT

hj_maikel

CG Top Poster Club
gem
Messages
29,952
Joined
May 19, 2010
Messages
29,952
Reaction score
2,471
Points
251
salam semua pembaca,

pendekkan citer, rata2 masyarakat hari ini yg lahir sbagai islam mengaku dirinya islam dan percaya pada Allah dan wujudnya Allah.. tetapi sejauh mana keyakinan kita terhadap Allah itu..

saya bukak thread ini bertujuan utk kita kongsikan apa2 pengetahuan serta ilmu pembaca disini utk sama2 kita rungkai kepercayaan kita pada Allah swt.. cuba kita tnya pada diri sendir adakah benar kita percaya pada allah 100% yakin atau kita ragu2...

jujur saya ckp saya percaya pada Allah 100% yakin tetapi kekadang akal boleh terbolak balik mencetuskan keraguan bila timbul logik.. dimana akal tidak boleh mencapai apa yg hati boleh tercapai.. inilah konflik yg berlaku pada kebanyakan manusia hari ini..

cth:
kita percaya rezki allah yg bg (hati) tapi mana nk dpt rezki kalau tak cari (akal).

kita percaya anak adalah rezki kurniaan allah (hati) tetapi berapa ramai yg diluar sana berhabis ribuan ringgit utk mendapatkan seorang anak..

benarkah kita yakin pada allah sebenarnya atau ragu2.. cuba kita tnya betul2 pada diri ini sejauh mana sebenarnya kita yakin dan percaya pada allah..

p/s: saya tggalkan thread dlm mcm ni dulu nnti saya akan update.. by the way kongsikan perasaan dilubuk hati anda disini supaya kita benar2 faham dan tau kita nyer level..


salam,

ok rata-rata disini kalau saya perlihat sepastinya kita akan ckp 100% yakin tapi bila kurang dari tu maka akan jatuh kafir atau sewaktu dgnnya..

hmmm.. adil ker bg yg kurang yakin itu jatuh kafir sedang dia masih ada 1% keyakinan dlm diri mereka Allah itu wujud..??

atau

boleh tak kita klasifikasikan atau diperbetulkan kefahaman kita keyakinan kita pada Allah itu tidak boleh dinilaikan dlm erti kata infinity.. tetapi tahap iman kita padaNya boleh dinilai/diukur, siapa iman nya mantap lulus ujian dariNya A+ mana yg rapuh mgkin C atau D atau E..

sbb semua org mengaku beriman tapi tahap iman/kepercayaan kita pada yg Esa tu yg menjadi ukuran

atau bolehkah kita mengaku "aku sudah beriman sedang kita pun tak tahu sama ada kita sudah lulus ujian dari Allah"

kalau ikut firman Allah dlm surahNya

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Q:69:2

Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.Q:69:3

so mari kita renung2kan.. layakkah kita mengaku beriman kpd Allah 100%

p/s : jika ada kesilapan atau kesalahan sila tegur saya, anda adalah cermin yg baik bg diri saya :)

saya sediakan thread ini juga kerana saya kerap terbayang seandainya kita diuji sperti masyarakant islam disebelah timur iraq, syiria, mesir, palestine.. agak2 boleh ke menanganinya...

kalau tidak melibat pihak ke-2 mgkin kita bisa menannginya/tahan tetapi jika melibat anak, isteri, ibu atau ayah.. mereka diseksa diperkosa dibunuh didpn mata.. astagfirullah al azim.. tk tahu aku nk bygkan... macam mana lah agaknya tahap keimanan kita pada waktu itu.. <-- ini bentuk ujian yg susah..

skrg kita semua sedang diuji dlm bentuk ujian nikmat kesenangan.. mintak itu dapat mintak ini dapat.. bila tk dpt mulalah nk marah, tk puas hati etc.. ok kita sama2 muhasabbah diri balik..

adakah kita sudah bersedia..????


terima kasih, pendapat yg baik.. boleh dijadikan pesanan utk diri dan kluarga sendiri supaya tidak meninggalkan solat.. kita tggu pendapat org2 lain..

org islam yg tidak bersolat apakah beriman pada Allah..??


satu lagi perkara yg betul2 menguji keimanan manusia yg dah berkahwin..

rata2 kini dah biasa telinga mendengar kahwin tapi belum ada rezki mendapat anak.. saya lihat sekeliling saya ramai gak ler..

saya turut simpati kekadang ada yg siap berhabis ribuan ringgit utk mendapatkan seorang anak itu pun kekdang masih tak berhasil..

yg sedihnya ada diantara mereka terpaksa merujuk pada khidmat bomoh semata2 utk mendapat anak..

tapi bila kita lihat pada kisah maryam beliau tidak bersuami tetapi boleh mengandung.. kisah nabi ibrahim yg isteri sudah uzur dan mandul tapi still boleh mengandung..

jadi, dimanakah kita pada waktu itu...?? mahu berfikir logik atau tidak..??

nnti ada ckp TT tak kena boleh lerr sembang..

FYI, saya dah kena delay dkt 2 tahun.. mcm2 sindirin ejekan terkena.. pedass.. tapi sabor je lerr.. tips aku pada waktu itu aku berpegang pada 2 kisah tersebut.. kalau Allah boleh bagi anak pada yg tk cukup sifat/lengkap mengapa aku Allah tak boleh nk bagi sedang aku lengkap bersuami isteri..??

kalau Allah nk bagi pasti Dia akan beri.. tapi kalau Allah tk bagi buat le camana memang takder.. skrg alhamdulillah sudah ada 3 org tapi sorang no2 dah reserve..


sudahkah kita bersedia utk menghadapi ujian sebegini..??

http://www.youtube.com/watch?v=kwtM0w1GgR0


Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?
(Al-'Ankabuut 29:2)

Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.
(Al-'Ankabuut 29:3)

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".
(Al-Baqarah 2:286)

Kita semua hanyalah manusia yang lemah, tidak berdaya dan sentiasa mengharapkan pertolongan Allah swt. Ya Allah tetapkanlah iman kami!



sedih bukan.. kalau kita renung dalam maksud ayat terjemahan diatas siapalah kita ni..

tapi pada hari ini semua mengaku dia beriman.. tetapi sejauh mana sebenarnya iman kita.. adakah kita mennyangka kita sudah beriman dengan sebenar2 iman..

lihatlah pada diri sendiri tak usah pandang org lain..
lebih dikesali mudah sgt kita jatuhkan sipolan2 itu sesat..
sedih bukan..

adakah kita ini sudah benar berada dijln yg lurus dan benar2 selamat..?

apa sbenarnya sudah jadi ni..?

soalan ini perlu tahu akan hukum akal dulu...bagai mana nak yakin/ percaya/ beriman kalau hukum akal itu sendiri kita tak kenal, bagai mana kita nak kenal Allah SWT...dan bagai mana kita nak yakin pada yang tidak kita kenal...kebanyakkan kita lebih mengenaliNya hanya dengan fikir-fikiran dan khayal- khayalan tentangNya... melalui ajaran-ajaran mereka yang terdahulu...tapi bila ditanya bagai mana wujudNya, QidamNya, BaqaNya Allah SWT...kita jadi blur...di mana yang dikata "iktiqad jazam yang putus, tanpa syak, dzam dan waham serta tahu keluar dalil" yang menjadi asas kepada pengenalannya...."Tak Kenal, maka Tak Cinta"...

Dengan "kenal" yang kita gambar2kan, khayal2kan inilah maka timbul mereka yang kata yakin tapi tidak solat....kerana yakin mereka itu hanyalah reka-rekaan yang tidak bersifat atas diri "Yakin"...

Kesimpulan kawe, tuntutlah ilmu mengenali Allah SWT, barulah kita mengenaliNya dan MenyintaiNya

"Kuntu kanzan makhfuyyan fa ahbabtu an a'rufa fa khalaqtu al-khalqa fabi'arafuni,"

"Wujudnya aku dalam perbendaharaan yang tersembunyi, sayangi Aku,Kenalilah akan Aku, maka Kuciptakanlah makhluk maka melalui Aku mereka kenal Aku."

Wallahualam....

saya rasa perkara ini kena KIV dulu sbb terlalu tinggi utk level pemahamannya.. sbb bagi seorang yg baru masuk islam konteks pemahaman mereka adalah melalui kepercayaan.. kemudian barulah beriman.. dari permulaan keimanan itulah kita mencari utk lebih ketahap yg lebih mantap keimanan tersebut..

so dari sini mengikut kefahaman saya iman itu ada level, utk memudahkan pemahaman level

tahap 0 - 0 lansung tak beriman/hanya percaya
tahap 1 - basic atau permulaan (baby)
tahap 2 - merangkak
tahap 3 - berdiri dan bertatih
tahap 4 - berjalan, berlari, melompat (kanak2)
tahap 5 - berjalan berlari melompat (belia/remaja/separa matang)
tahap 6 - berjalan slow & stedy/cool (matang sepenuhnya)

bagi tahap 0 sekadar percaya tapi tak beriman
bagi tahap 1-3 sudah pasti adalah golongan yg perlu dipimpin..
bagi tahap 4 masih perlu diawasi dan dipimpin..
bagi tahap 5 dah bleh bawak diri sendiri & agresif..
bagi tahap 6 tahap yg tidak boleh digoyah..

utk tanya dimanakah tahap level kita kena kita perlu merungkai soalan dibawah

1. berimankah org tidak mengerjakan solat..
2. percaya allah adakah semestinya beriman..

p/s : diatas adalah pendapat peribadi aku melihat sendiri bagaimana manusia itu sendiri dan lumrah sesuatu peringkat kejadian perjalanan kitaran.. jika ada kesilapan dan perlu diperbetulkan sila tegur saya..:)

forumer yg bijak sana amatlah diperlukan bg memperbetulkan apa silap.

satu perkongsian yg baik.. kredit to tuan dibawah..

maaf tn hj....apa setakat yg dapat sy cerna dr apa yg telah sy terima, level2 yg dirungkai di atas sebenarnya tidak ada sama sekali, ia hanyalah diada-adakan kerana dah menjadi adat kita dr kecil begitulah kita diajar...hakikatnya telah diberitahu "awaluddin ma'rifatullah"....seawal agama itu ialah mengnal Allah SWT...dari tahap 0 hingga tahap 6 sperti di atas...di mana umur yg dikatakan mulanya 0....di mana umur mulanya 6?

sebenarnya kanak-kanak yang kecik waima pun jika sentiasa dipupuk dengan menganl akan hukum akal, dan disulam dengan tahap mengenal akan sifat-sifat Allah SWT pasti akan dapat keyakinan dalam hati seperti mana para sahabat- sahabat terdahulu...sedangkan mua'alaf yg baru mengenal pun hanya yakin dengan Islam dengan mengenali walau samar-samar akan kebenaran Allah SWT itu sendiri...jika dilihat sekarang ramai mua'alaf yang lebih utuh imannya daripada kita yang rata-rata "islam keturunan"...maaf kata haji....

Sebenarnya, kehendak kita untuk mengenal Allah SWT itu yang selalunya "hangat-hangat tahi ayam" yang menjadikan timbul persoalan dan fi'il ini telah di bawa berzaman dalam budaya kita, kita bangga dengan anak-anak yang boleh membaca ABC dari mereka mengenal akan sifat 20 Allah Ta'ala...

Persoalan di bawah ini tidak sepatutnya dibincang sama sekali

"1. berimankah org tidak mengerjakan solat..
2. percaya allah adakah semestinya beriman.."

Kerana jika kita mengenal dengan yakin akan KeujudanNya mana mungkin kita mengingkari perintahnya....Jika dah kenal, mana mungkin kita tak Cinta....pokok pangkalnya "ketauhidan" kita yang menjadi punca...jika terdiri nya kita sbg "alif" scr lumrah azali tidak mungkin timbul dua persoalan yang bagi saya amatlah tidak patut diperbincangkan sama sekali kerana sifat pada soalan itu dalah amatlah "melemahkan" sifat kamala' bagi Allah SWT...maaf kata haji...

cuba saya bertanya,

"Sayang tak pada ibu, jika tidak berbakti pada nya"
"Kenal akan ibu, x semestinya sayang padanya"

manakan ada anak yang waras yang sanggup berfikiran seperti di atas....na'uzubillah....

Kata-kata syariat dari hadis yg soheh:

"Di antara seorang lelaki dan kekufuran ialah
meninggalkan sembahyang." Muslim, Abu Daud, Tirmizi,
Ibnu Majah dan Ahmad

"Janji (perbezaan) di antara kita (orang Islam) dan
mereka (orang kafir) ialah meninggalkan sembahyang.
Sesiapa yang meniggalkan sembahyang, bererti dia telah
kafir." Ahmad dan Ashabus Sunan)

wallahualam....

Bak kato tok guru ambo

"Minyok dok capur nge air"

antara sebab aku bukak thread ini juga supaya semua pembaca terutama umat islam yg beragama islam dan mengaku aku beriman pada Allah didlm dirinya sama faham berapa nilai keimanan kita pada Allah SWT..

beriman tapi tak solat

beriman tapi suka mempertikaikan sesuatu keadaan yg berlaku secara berlebihan hingga terlupa pada sang khaliq.

beriman tetapi perasaan khuatir resah gelisah melebihi tahap iman (takut bencana yg akan menimpa tapi tak tau lagi jadi ke tak).

beriman tetapi suka memperagakan diri secara berlebih2han sbb takut org mengata.. tak nak jatuh maruah/stended manusia..

so dimanakah iman kita sebenarnya..??

spt yg diberitahu. :D

kita semua nmpak tak cth yg dibawa oleh saudara only1, apa yg saya nmpak disini ialah masaalah KETAGIH dan KEBERGANTUNGAN (kena pada idung sendiri ni sbenarnya)

siapa disini ada masaalah ketagih dan kebergantungan mcm saya :D

ketagih ubat, rokok, arak, air nescafe, internet, youtube, tv, musik atau apa2 shj yg dimana dlm satu hari kalau tk kena boleh jd runsing atau something wrong somewhere..

kita biasa dgr unkapan2 spt ini ditelinga bahkan terkeluar dari mulut kita sendiri.. ;

"aku kalau tk pekena rokok satu hari boleh jammed, gila, tk tenteram, senang etc"
"aku tak bolehlah kalau bawak kreta tak dgr musik, mesti nk dgr kalau tak boring mengantuk etc"
"aku mesti kena amik ubat ni kalau tak sakit sana sakit sini"
"tak pekena kopi satu hari mesti tak sah"

dan sebenarnya bermcm2 lagi yg biasa kita dgr... apa sudah jadi ni sebenarnya.. betul ke atau boleh ke kita berckp sedemikian rupa..?

kalau apa yg cuba diterangkan oleh saudara only1 ianya sudah jatuh kedlm syirik..!!

ahhh sudah..!!! astagfirullah al azim.. berdosa besar tu bahkan tidak diampunkan dosa tersebut jika tidak bertaubat..!!

memang benar, ketagih adalah perkara bila tuan punya badan tk pekena memang ada benda yg tk kena pada diri tu mcm saya.. menggunakan rokok sebagai asbab atau alasan diri utk mengurangkan tekanan atau mengawal emosi amarah.. saya dah tk pnggil rokok saya tukar jd ubat.. :D
mcm org sakit gitu, tk pekena ubat dia yg kena dimkn setiap hari mulalah naik darah, naik gula dan mcm2 naik...

mcm mana ni....??

"skrg kalau takder hp susah..!! apa pun tak boleh buat.. (aptb)"

apa sudah jadi... boleh ker mcm ni..?

update!!

salah satu janji Allah untuk layak dapat syurga

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal shaleh, bagi mereka adalah surga Firdaus menjadi tempat tinggal. Mereka kekal di dalamnya, mereka tidak ingin berpindah dari padanya. " (AI-Kahfi: 107-108)

Siapa orang yg beriman dan beramal soleh.. antaraNya :

mereka yang beriman dan melakukan amal saleh (Surat Al-Baqarah: 25),

mereka yang selalu takut (taqwa) kepada Allah (Surat Ali ‘Imran: 15),

mereka yang menahan amarahnya (Surat Ali ‘Imran: 134),

mereka yang tidak meneruskan perbuatan kejinya (Surat Ali ‘Imran: 135),

mereka yang menta’ati Allah dan RasulNya (Surat an-Nisa: 13),

mereka yang tetap mendirikan shalat dan menunaikan zakat serta beriman kepada Rasul-rasul Allah dan membantunya (Surat Al-Ma‘idah: 12),

mereka yang sungguh-sungguh dalam berbuat kebenaran (Surat Al-Ma‘idah: 119),

mereka yang beramal baik (Surat Yunus: 26),

mereka yang merendahkan dirinya di hadapan Tuhannya (Surat Hud: 23),

mereka yang bertaubat (Surat Maryam: 60),

mereka yang memelihara amanat dan janjinya (Surat Al-Muminun: 8),

mereka yang tetap melaksanakan shalat (Surat Al-Muminun: 9),

mereka yang berlomba-lomba dalam kebaikan (Surah Fatir: 32),

mereka yang kembali kepada Allah dengan taubat yang tulus (Surat Qaf: 32),

mereka yang takut kepada Tuhan Yang Maha Pemurah meskipun Dia tidak kelihatan, dan datang dengan hati yang taubat. (Surah Qaf: 33).

Allah mengiginkan kita memilih kehidupan yg Kekal..
 
Last edited:
cakap boley la senang..bila berlaku EMERGENCY..masa tu boleh nampak..
 
wah.. hebatnya percaya 100%.. :D
ragu 1% = kafir :-?

sbb itu semua kata yakin 100% disbbkan khuatir kan ragu yg satu % tapi adakah benar2 kita yakin.. adakah Allah tidak menguji setiap hamba2nya utk mengesahkan keyakinan tersebut..??

jgn takut, mari kita sama2 kluarkan.. aku pernah bertanya pada org secara personaly dia kata tk 100% bukan takder yer.. ada..

selalunya perkara mcm org pompuan mudah konflik.. tak caya lihat sekeliling anda dalam rumah anda.. perhatikan baik2.. bukan senang tau nak bentuk..
 
bile berlaku (bercanggah dengan akal), istigfar banyak2...
 
hidup aku kerana allah...mati aku kerana allah...sekelian pergerakkan aku atas izin allah...takbir!
 
bile berlaku (bercanggah dengan akal), istigfar banyak2...

yup betul.. istigfar.. tapi kadang2 benda yg diucapkan tk menusuk dlm hati sipembaca.. sbb itu ramai yg masih meroyan bila ujian yg berat itu dibebankan.. mcm mana nk atasinya..
 
Back
Top
Log in Register