BTC USD 63,592.8 Gold USD 4,461.81
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bentley milik Datuk Seri ditemui semula

feer6452

Super Active Member
Messages
8,855
Joined
Apr 23, 2011
Messages
8,855
Reaction score
26
Points
70
image.jpg

Anggota dan pegawai forensik poliis sedang melakukan pemeriksaan dan siasatan terhadap kereta Honda CRV yang dipercayai ditinggalkan suspek. Gambar kecil: Kai Yew

image.jpg



IPOH – Seorang lelaki berpangkat Datuk Seri nyaris maut dirempuh kereta mewah jenis Bentley miliknya ketika cuba menghalang penjenayah daripada melarikan keretanya itu dalam kejadian samun di sebuah banglo mewah di Jalan Watson berhampiran Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz (Padang Polo) di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, mangsa berusia 60-an itu melepaskan tiga das tembakan amaran kepada dua penjenayah terbabit.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Anuar Othman berkata, mangsa berada di tingkat atas rumahnya terdengar bunyi bising, sebelum turun memeriksa ruang tamu rumahnya.

“Mangsa turut membawa sepucuk pistol sebagai perlindungan diri ketika turun dan memerhatikan seorang suspek bertopeng sedang menggeledah rumahnya. Mangsa mengikut pergerakannya dari jauh.

“Suspek yang menemui gugusan kunci pelbagai kereta mewah miliknya sebelum melarikan kereta Bentley yang dianggarkan bernilai RM1.2 juta,” katanya ketika dihubungi di sini.

Menurutnya, walaupun tiga das tembakan amaran dilepaskan, suspek terus memecut kereta terbabit dan cuba merempuh mangsa.

“Bagaimanapun, mangsa sempat mengelak. Pada masa sama, seorang lagi suspek dipercayai rakannya telah melarikan diri dengan memanjat pagar selepas terkejut terdengar bunyi tembakan terbabit.

“Suspek yang melarikan kereta mewah terbabit terus memecut dan merempuh pintu pagar rumahnya dan meninggalkan kawasan kediaman terbabit. Dalam kejadian itu, tiada sebarang kecederaan dilaporkan,” katanya.

Anuar berkata, hasil siasatan menemui sebuah kereta jenis Honda CRV di hadapan rumah mangsa dipercayai ditinggalkan suspek.

“Hasil siasatan terbabit, kereta terbabit dilaporkan hilang di Kampung Rapat, Khamis lalu,” katanya.

Susulan kejadian itu, operasi memburu kedua-dua suspek berhasil apabila berjaya menemui kereta mewah terbabit di sebuah bengkel di Menglembu kira-kira jam 3.30 petang

“Kita juga berjaya menahan seorang lelaki berusia 30 tahun. Kes berjaya diselesaikan dalam masa 12 jam dan polis masih memburu saki baki kumpulan ini yang menggunakan modus operandi yang sama ketika melakukan samun.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana samun di kediaman dan Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cubaan membunuh,” katanya Anuar.

Bagaimanapun, polis meminta seorang lelaki dikenali sebagai Woon Kai Yew, 31, untuk tampil bagi membantu siasatan berhubung kes terbabit.​
 
Fuuu...yg mana satu gangster,Datuk Sri tu ke Penjenayah tu..:o
 
Datuk Seri punya kes..xsampai 24 jam dan settle...
apa2pun tahniah pdrm...
 
ingatkan bentley datuk AC dh td..
 
ptot masa dlm rumah tu tembak je..dh dlm kereta baru nak tembak mmgla die pecut..xkan expect die bukak pintu pstu lari haha
 
kereta mewah biasa nya dah pasang GPS tracker.. kalau nak samun biarkan dia samun... tak kemana kereta tu..pasti dapat semula..
 
bentley hilang Datuk punye senang je jumpe,kejap btoi..

cerr proton wira rakyat marhein punye,kalo x seminggu,setahun pn blm tentu dpt dol..
 
caya la datuk............
otai tetap berbisa.......
 
Back
Top
Log in Register