BTC USD 64,916.1 Gold USD 4,448.98
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bengkel tipu pelanggan

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
HULU BERNAM – Pengguna dinasihatkan berwaspada ketika menghantar kenderaan ke bengkel.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Daerah, Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Kuala Kubu Bharu, Mispari Jaafar berkata, terdapat beberapa kes melibatkan pengguna yang menjadi mangsa pengusaha bengkel tidak bertanggungjawab yang cuba mengaut keuntungan dengan menipu pelanggan.

“Terdapat pengusaha bengkel yang licik menipu pelanggannya dan keadaan ini semakin serius kerana sudah ramai yang menjadi mangsa.

“Mereka menipu dengan mengisytiharkan komponen pada kenderaan pelanggan rosak sedangkan masih baik dan mengambilnya untuk dijual pada harga tinggi sementara alat ganti rosak diletakkan pada kenderaan tersebut,” katanya ketika ditemui pada Program Kepenggunaan Bestari di Taman Bernam Jaya di sini.

Menurutnya, kebanyakan pengguna tidak menyedari keadaan ini sehingga ada yang tertipu dan tanpa ragu-ragu menghantar semula kenderaan mereka di bengkel sama.

Kesannya kata beliau, pengguna berterusan tertipu dan menanggung kerugian berganda.

Mispari berkata, sebagai langkah penyelesaian PPDNKK telah melaksanakan beberapa tindakan termasuk membuat pemeriksaan premis dan mengarahkan pemilik premis meletakkan notis yang memaparkan anggaran harga untuk pelanggan.

“Sebelum membaiki kenderaan, pengusaha perlu memberitahu jenis kerosakan dan anggaran harga bagi mengelak penipuan.

“Jika pengusaha gagal berbuat demikian mereka boleh dikenakan tindakan sementara pelanggan yang merasa tertipu boleh membuat aduan di pejabat PPDNKK,” katanya.

Menurutnya, PPDNKK akan mengambil tindakan menggunakan Peraturan-Peraturan Bengkel di bawah Akta Perihal Dagangan 1972 (Pindaan 2011).

Beliau berkata, pihaknya juga mempunyai kaedah penyelesaian bagi kes tersebut seperti, penyelesaian antara tiga pihak atau membuat tuntutan pada Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia.


sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/bengkel-tipu-pelanggan-1.38059
 
adoii..cmna nak taw die tipu ke x nih??
baru ingat nak pi servis keta....alaahaaiiii
 
adoii..cmna nak taw die tipu ke x nih??
baru ingat nak pi servis keta....alaahaaiiii

pegi service center... mahal sket pn takpe... dah ramai orang2 kite yg ditipu kat bengkel cina ni... ade yg sedar, ade yg tak sedar... kerosakkan kecik jer, die bantai harga ikut suke je... so, hati2 ler...
 
bakar je bengkel2 yg menipu ni
baru ada akai skit:mad:
 
olang cha mcm tulah...itu losak ini losak..adusss..
 
tapi aku anto kat bengkel melayu..sama gak..camne tu..rosak macam2 walhal hantar unt 1 barang aje..dapat balik dgn berganda2 masalah..
bila complaint, soh anto balik ke bengkel dia..tapi cost sendiri mau ingat aa..
 
masalah cmni klu dh btol kena tipu bukan susah..molotov cocktail ja kedai tu..
 
kedai sbk paling besar kat aloq setaq nu pun hangpa jaga2 la...bar-ua punya tokey janji mcm ta-ik, sembelih x hengat...mula2 sembang ayat manis ja tp bila dah dpt duit mula layan customer mcm syial...pengalaman aku sendiri & aku blacklist terus kedai tu...
 
cam aku naik LC tiap kali tuko EO OF local ckp ori cam haram, pakai baru 200km da bengkok2 OF tu....skang nak tak nak beli kat HLY or kat porem lagi murah dr local kedai
 
kat rumah aku ni bengkel cina berlagak betul....cakap mahal sikit jer
dia kata lu cari kedai lain lah...memang ***** tul cinapeng ni
 
Back
Top
Log in Register