BTC USD 60,506.0 Gold USD 4,335.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bengkel tipu pelanggan

apa kata kita listkan kedai menipu nih kat CG nih, sekurang2 nya dapat kawan2 kita aware...
 
pergi shell service centre je ada kat setiap stesen minyak...tapi aku biasa dgn member aku kat usj 2.. yang lain2 tak tau la...lagi2 yang jenis bengkel macha...kuat penipunya...
 
kena pandai pilih bengkel.
 
HULU BERNAM – Pengguna dinasihatkan berwaspada ketika menghantar kenderaan ke bengkel.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Daerah, Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Kuala Kubu Bharu, Mispari Jaafar berkata, terdapat beberapa kes melibatkan pengguna yang menjadi mangsa pengusaha bengkel tidak bertanggungjawab yang cuba mengaut keuntungan dengan menipu pelanggan.

“Terdapat pengusaha bengkel yang licik menipu pelanggannya dan keadaan ini semakin serius kerana sudah ramai yang menjadi mangsa.

“Mereka menipu dengan mengisytiharkan komponen pada kenderaan pelanggan rosak sedangkan masih baik dan mengambilnya untuk dijual pada harga tinggi sementara alat ganti rosak diletakkan pada kenderaan tersebut,” katanya ketika ditemui pada Program Kepenggunaan Bestari di Taman Bernam Jaya di sini.

Menurutnya, kebanyakan pengguna tidak menyedari keadaan ini sehingga ada yang tertipu dan tanpa ragu-ragu menghantar semula kenderaan mereka di bengkel sama.

Kesannya kata beliau, pengguna berterusan tertipu dan menanggung kerugian berganda.

Mispari berkata, sebagai langkah penyelesaian PPDNKK telah melaksanakan beberapa tindakan termasuk membuat pemeriksaan premis dan mengarahkan pemilik premis meletakkan notis yang memaparkan anggaran harga untuk pelanggan.

“Sebelum membaiki kenderaan, pengusaha perlu memberitahu jenis kerosakan dan anggaran harga bagi mengelak penipuan.

“Jika pengusaha gagal berbuat demikian mereka boleh dikenakan tindakan sementara pelanggan yang merasa tertipu boleh membuat aduan di pejabat PPDNKK,” katanya.

Menurutnya, PPDNKK akan mengambil tindakan menggunakan Peraturan-Peraturan Bengkel di bawah Akta Perihal Dagangan 1972 (Pindaan 2011).

Beliau berkata, pihaknya juga mempunyai kaedah penyelesaian bagi kes tersebut seperti, penyelesaian antara tiga pihak atau membuat tuntutan pada Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia.


sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/bengkel-tipu-pelanggan-1.38059

bahaya ni..kena berhati2..:-?
 
Kat seberang jalan atas bukit berhadapan dengan skudai parade jb.
Ada satu bengkel melayu aku bikin tali altenator putus tapi bila sampai rumah keesokkan harinya tak boleh nak start. Rupanya dia pergi tukar bateri keter aku.
Aku perasan sebab bateri keter aku baru tukar sebulan.
 
jiran aku buat bisnes towtruck. ada satu hari kete jiran yang lain rosak mintak la jiran aku tolong tarik kete pi masuk worksop. alih2 tang bila jiran towtruck ni tuka gear box ori member ni pun tak tahu la. kantoi sebab kete ada problem. hal besar jugak la kat kejiranan aku tu.

so jiran pun takleh caya sekarang ni
 
ak baiki motor..rasa mcm kena tipu..dia repair jer engine, padahal ak suruh tukar barang..yela, nak cek mana tahu nak buka engin moto tu...cina mmg kuat menipu..fikir nak cepat jer time tu..siot jer

satu lagi kes hantar kereta wira gi cat kereta..siot je, habis barang dia suka2 tukar ganti..bateri kereta ak pun dia tuka..nak tudug tak blh..mmg dah tak ingat..silap tak tangkap gmbr enjin sebelum gi hantar hari tu..
...
 
Last edited:
kalo aku nk service kete ke ape aku bawak laki aku.. kang kalo pompan je kang kompom kena
 
amik gambo letak kt cg ni bior padan ngang muka depa
 
Xtau la kes camnie byk mane tapi aku service kt satu w/shop nie mmg x tipu, lgpun aku tnye dulu kt proton svce centre dulu kalo nak cnfirmation..mamt nie pun ex proton svce cntre..cina yang ok dulu cikai skrng dh manager sbb die bisnes jujur.. sape2 duk ampang@cheras aku ley recommend kan...sume kete die ley watkan
 
Back
Top
Log in Register