BTC USD 63,955.6 Gold USD 4,467.91
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bendera parti kena khianat

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg

Bendera Pas diconteng dengan lakaran tidak sepatutnya.


image.jpg

Pas membuat laporan di Balai Polis Bandar Tun Razak bagi menyatakan kekesalan terhadap tindakan pihak tidak bertanggungjawab.

BANDAR TUN RAZAK – Seramai 20 ahli Pas membuat laporan polis selepas bendera parti itu di sekitar Bandar Tun Razak, Keratong 3 dan Keratong 5, dipatahkan dan diconteng dengan pelbagai lakaran menggunakan cat hitam.

Setiausaha Pas Kawasan Rompin, Ramli Awang Ahmad berkata, kejadian awal pagi semalam itu dipercayai dilakukan pihak yang terdesak kerana sanggup menggunakan politik kotor menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Menurutnya, Pas terpaksa membuat laporan polis setelah mendapati 10 bendera parti itu yang dipasang di sekitar bandar ini dan Felda Keratong 3 diconteng dengan pelbagai lakaran tidak sepatutnya.

“Perbuatan ini dipercayai bermotifkan politik kerana pihak berkenaan sanggup melakukan perbuatan tidak sepatutnya yang jelas mencemarkan proses demokrasi di negara ini,” katanya.

Ramli berkata, lebih mendukacitakan apabila bendera parti itu yang dipasang di simpang masuk Bandar Tun Razak, diconteng dengan lakaran yang boleh menimbulkan tanggapan negatif sekali gus mengganggu sensitiviti masyarakat Islam.

Menurutnya, perbuatan itu kali kedua berlaku selepas pihak berkenaan menggantung botol arak pada tali bendera parti itu sebelum pembubaran Parlimen lalu.

“Kami tidak tahu apakah motif sebenar gambar itu diconteng. Apatah lagi lukisan itu menggambarkan bentuk haiwan yang boleh menimbulkan kemarahan masyarakat khususnya umat Islam.

“Sebelum ini, kita tidak membuat laporan polis. Tetapi apabila kita biarkan, ia semakin menjadi-jadi seperti mahu mencabar kami dengan tindakan tersebut,” katanya.

Dalam pada itu, Ramli berkata, sebanyak 13 bendera Pas turut dipatahkan dan dibiarkan berselerak di Felda Keratong 5 hingga mengecewakan ahli serta penduduk setempat.
“Perbuatan ini dianggap biadab dan tidak menggambarkan politik bersih. Kita mahu polis jalankan siasatan dan ambil tindakan terhadap pihak terbabit,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang ketika dihubungi Sinar Harian, enggan mengulas lanjut dan akan memaklumkan perkara tersebut hari ini



sumber:http://www.sinarharian.com.my/bendera-parti-kena-khianat-1.151677
 
jarang di ketemu kes2 mcm ni ...sejak pru 13 mcm2 jadik.. agak nye betul kot rase nye ramalan tok shiekh kasaf tu selepas pru 13 ni
 
apalah dia orang ni dengki sangat sampai sanggup rosakkan bendera parti lain.
 
kreatif tak bertempat la pulak...
 
bese r tu.ni pn org2 sblh sna tu ttup mata je.hurm.
 
kat tmn den, tgh2 bulat tu diorg buat tanda salib...
 
Back
Top
Log in Register