BTC USD 63,968.8 Gold USD 4,495.85
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bendera China pada replika Naga

zackpenang

Banned
gem
Messages
7,236
Joined
Jan 9, 2010
Messages
7,236
Reaction score
1,891
Points
151
IMG_20250119_192828.jpg



 
Ni dah jadi satu provokasi dah nie

Sengaja

Tak peduli kang, lama2 jadi terbiasa, jadi normalisasi

Kalau respond kang, lain pulak jadinya

Yg polis, pemerintah sepatutnya bertindak, jadi sengal bowdoh apa myah
 
Bendera China ketika perarakan naga, polis siasat penganjur


Muar: Tiga kertas siasatan dibuka susulan terdapat bendera China yang dipamerkan pada replika naga ketika perarakan kebudayaan di bandar ini hingga tular di media sosial.

Dalam perarakan sempena ulang tahun ke-20 gabungan persatuan Tionghua daerah itu, ia mempersembahkan tarian singa dan replika naga terpanjang di Malaysia di beberapa jalan utama.

Namun, terdapat bendera China selain Jalur Gemilang dikesan pada replika naga terbabit sebelum ditularkan di media sosial.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, bendera itu dikesan ketika pemantauan polis semasa perarakan berlangsung pada jam 6.10 petang semalam.

Beliau berkata, pihaknya mendapati replika naga dihias dengan Jalur Gemilang di sebelah kanan manakala bendera China diletakkan sebelah kiri badan naga terbabit.

"Rakaman video dan gambar mengenai perarakan itu turut dikesan dan tular di beberapa platform media sosial sejak semalam.

"Susulan itu, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar mengambil tindakan proaktif dengan membuka kertas siasatan pada hari sama kejadian dilaporkan.

"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan; Seksyen 6 (2) Akta Perhimpunan Aman 2021 dan Seksyen 3 (1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Raiz berkata, pihak penganjur program dan saksi kejadian juga dipanggil untuk rakaman percakapan bagi membantu siasatan.

Pada masa sama, katanya, polis meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi bagi menjamin keselamatan dan ketenteraman awam.

Kejadian ini adalah kedua dalam tempoh kurang sebulan selepas perkara sama berlaku ketika festival lampu LED di Bukit Gambir, Tangkak, hujung bulan lalu.

Bendera China dikesan pada replika roket selepas aduan penduduk dengan dua kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.


Artikel Harian Metro


 
Ni dah jadi satu provokasi dah nie

Sengaja

Tak peduli kang, lama2 jadi terbiasa, jadi normalisasi

Kalau respond kang, lain pulak jadinya

Yg polis, pemerintah sepatutnya bertindak, jadi sengal bowdoh apa myah
Apa papa kata nie bendera saja apa mau takut
 
2a4ea8d2d2e75e576b4a7de761113bc3.png

EN

BM


Replika naga dihiasi bendera China, polis buka kertas siasatan​

Bernama
19/01/2025 23:19 MYT
Replika naga dihiasi bendera China, polis buka kertas siasatan

Polis telah membuka kertas siasatan berhubung video dan gambar yang tular di media sosial mengenai replika naga yang dihiasi dengan bendera negara China dalam satu program perarakan di sekitar daerah Muar, semalam. - Foto media sosial/Sinar Harian


MUAR: Polis telah membuka kertas siasatan berhubung video dan gambar yang tular di media sosial mengenai replika naga yang dihiasi dengan bendera negara China dalam satu program perarakan di sekitar daerah Muar, semalam.
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata perarakan tersebut diadakan sempena program seni dan kebudayaan bersempena ulang tahun ke-20 gabungan Persatuan Tiong Hua daerah Muar.

"Sekitar pukul 6.10 petang, sambutan bermula dan semasa sambutan tersebut, terdapat perarakan dan tarian singa serta replika naga yang dikatakan terpanjang di Malaysia yang melalui beberapa jalan utama di sekitar bandar Muar.

"Pemantauan polis semasa perarakan berlangsung mendapati replika naga itu dihiasi dengan Jalur Gemilang di bahagian badan sebelah kanan, manakala di sebelah kiri dihiasi dengan bendera China.
"Susulan tularnya video dan gambar mengenai perarakan itu sejak semalam, Ibu Pejabat Polis Daerah Muar telah mengambil tindakan proaktif dengan membuka kertas siasatan pada hari yang sama kejadian dilaporkan.

"Pihak polis juga telah memanggil penganjur perarakan dan saksi kejadian untuk dirakam percakapan bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 505(B) Kanun Keseksaan, Seksyen 6(2) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
Raiz menyeru orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi sementara siasatan polis masih berjalan.
"Sebarang maklumat berkaitan kejadian boleh menghubungi hotline 06-9526001," katanya.
-- BERNAMA
 
Back
Top
Log in Register