BTC USD 84,140.3 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PRN Sabah: Perang Bendera Mula Rancak

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,534
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,534
Reaction score
347
Points
141
870fc56b0009b903d3ee26f2e3cbe59a69199f23d9bbb

f9070a7772b72bdb3336964d9f5683046919a072d0a75

b32dd672c8b2b8f94766b8a0a80d6d0f6919a03123610

29d10843ea6854a97294fe13c6288e4169199fed30ebf

PERANG BENDERA…Bendera parti-parti politik sudah menghiasi jalan raya bagi memeriahkan tempoh berkempen sempena Pilihan Raya Negeri Sabah (PRN) ke-17 hari ini. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh pengundian awal bagi PRN Sabah pada 25 Nov dan hari pengundian pada 29 Nov.

Baru memasuki hari kedua kempen, namun bahang dan kemeriahan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 sudah dapat dirasai di bandar raya ini menerusi perang bendera antara parti politik bertanding.

Tinjauan Bernama di sekitar Parlimen Kota Kinabalu yang mempunyai tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), iaitu Luyang, Likas dan Api-Api mendapati bendera-bendera parti sudah banyak dipasang di lokasi strategik termasuk di bulatan dan jejantas, selain di sepanjang jalan utama.

Bendera parti terutama Pakatan Harapan (PH), Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Parti Warisan (Warisan) dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) kini menghiasi pemandangan antaranya di sepanjang Jalan KK Bypass, Jalan Kemajuan dan Jalan Tun Fuad Stephens, menandakan persaingan bagi menawan hati pengundi.

Tidak ketinggalan, di Jalan Lintas menuju ke Inanam, bendera PH dan GRS turut berkibar megah manakala bendera Barisan Nasional (BN) pula memenuhi sepanjang jalan dari Lok Kawi, Putatan hingga ke Kota Kinabalu.

Pada PRN kali ini, calon-calon PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) menggunakan logo PH.

Selain itu, poster dan sepanduk calon turut memenuhi persimpangan jalan serta premis-premis persendirian, ibarat menghulurkan 'senyuman' kepada pengundi dalam usaha mendekati dan memperkenalkan diri.

Petugas logistik PH bagi DUN Api-Api Hassim Sulaiman berkata pihaknya akan memasang 6,000 bendera dalam tempoh beberapa hari ini, sebelum terlibat dengan program pengedaran risalah di pasar-pasar tamu minggu depan.

“Pasukan kami yang terdiri daripada lima petugas mula melakukan pemasangan sejak 7 pagi tadi dan akan berlarutan hingga lewat malam ini.

 
mane bendera DAPig
 
Back
Top
Log in Register