BTC USD 64,266.9 Gold USD 4,463.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Belum dapat wang tunai

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

Anhar (kanan) dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Seri Mendapat, Lanchang, Lembah Kesang dan Paya Buluh, Daud Mekesat menunjukkan plak serta salinan surat jumlah wang kemenangan yang diperoleh bagi Anugerah PIBG Cemerlang peringkat daerah negeri dan kebangsaan.​

SERI MENDAPAT - Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Mendapat, dekat sini, melahirkan rasa terkilan apabila belum menerima hadiah wang tunai bagi Augerah PIBC Cemerlang yang dimenangi sejak dua tahun lalu.

Yang Dipertuanya, Anhar Bolak, 47, berkata, PIBG sekolah berkenaan mendapat johan bagi Anugerah Cemerlang kategori daerah pada 2013 yang menerima wang tunai RM1,000, manakala johan peringkat negeri sebanyak RM5,000, selain hadiah sagu hati RM1,000 bagi peringkat kebangsaan.

Anhar berkata, lebih setahun menunggu hadiah tersebut seperti dijanjikan Jabatan Pendidikan Negeri namun sehingga kini pihaknya masih menanti maklum balas daripada jabatan tersebut.

"Kami hanya diberikan plak serta sijil penghargaan sahaja. Bukan kami tidak sabar, namun sudah lebih setahun kami menunggu. Dan jawapan diberikan tetap sama," katanya.

Jelas Anhar, beliau tidak dapat menerima alasan diberikan di mana Jabatan Pendidikan Negeri menyatakan tiada peruntukkan, sedangkan dalam masa sama SK Seri Mendapat perlukan dana bagi kerja-kerja keceriaan sekolah termasuk mengerakkan aktiviti PIBG.

Katanya, selain memanjangkan masalah tersebut ke Jabatan Pendidikan Negeri, beliau turut ke Pejabat Pelajaran Daerah, namun jawapan diberikan tetap sama.

"Saya harap Jabatan Pendidikan dapat memulangkan wang itu dalam masa terdekat. Ramai ibu bapa juga mempersoalkan wang tersebut dan kita juga kecewa dengan perkara ini.

"Kita juga berharap tiada pihak yang mempersoalkan lagi ke mana wang terbabit disalurkan kerana PIBG sehingga sekarang tidak menerimanya," katanya
 
Back
Top
Log in Register