BTC USD 76,311.8 Gold USD 4,324.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

AKPS Tahan Pemandu Lori Bawa Wang Tunai Lebih RM70,000

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,183
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,183
Reaction score
346
Points
141
7eaf6bd3f184e0d444c23f1f2403897f6964d5e41295e


Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) berjaya merampas wang tunai berjumlah RM78,180 selepas menahan sebuah lori dipandu lelaki tempatan berusia 35 tahun di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang semalam.

Timbalan Komander AKPS Rantau Panjang Bakri Sulaiman berkata lelaki berkenaan ditahan kira-kira 9.50 malam ketika dua anggota AKPS menjalankan pemeriksaan ke atas kenderaan yang memasuki negara ini melalui pintu masuk berkenaan.

“Hasil pemeriksaan ke atas lori terbabit, anggota menemukan satu plastik kecil berwarna hijau yang diletakkan di bahagian kaki penumpang sebelah hadapan. Pemeriksaan lanjut mendapati plastik itu mengandungi wang tunai RM78,180,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Bakri berkata pemandu lori itu didapati gagal mengisytiharkan wang tunai berkenaan kepada pihak berkuasa seperti yang ditetapkan, namun dibebaskan hari ini dengan jaminan sementara siasatan lanjut dijalankan.

Beliau berkata kes itu diserahkan kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 135(a) Akta Kastam 1967.

“Rampasan wang tunai itu adalah kes pertama direkodkan AKPS Rantau Panjang tahun ini. Siasatan awal ke atas pemandu lori itu mendapati wang berkenaan dipercayai milik majikannya yang menjalankan perniagaan runcit di pekan Sungai Golok, Thailand,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register