BTC USD 76,222.4 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

APMM Tahan Dua Kapal Korek Bawa Muatan Pasir Lebih Had

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,186
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,186
Reaction score
346
Points
141

APMM Tahan Dua Kapal Korek Bawa Muatan Pasir Lebih Had​

f9cc06919a706f036ff50c62a41600ec6a65e83a578a7

Kredit: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang menahan dua kapal korek selepas dikesan membawa muatan pasir melebihi had dibenarkan di kedudukan kira-kira 2.7 batu nautika barat daya Pulau Rimau, dekat sini semalam.

Pengarahnya Kepten Maritim Muhammad Sufi Mohd Ramli berkata kedua-dua kapal terbabit ditahan bot ronda APMM yang melaksanakan rondaan rutin di perairan itu.

"Hasil pemeriksaan mendapati setiap kapal dikendalikan oleh 14 kru warga asing terdiri daripada lima warga Indonesia dan sembilan warga China.

“Nakhoda pula warga Indonesia berusia 28 dan 31 tahun,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata keseluruhan nilai rampasan melibatkan kedua-dua kapal berserta muatan pasir dianggarkan RM400 juta manakala tiga kru daripada setiap kapal dibawa ke Ibu Pejabat APMM Pulau Pinang untuk membantu siasatan mengikut Ordinan Perkapalan Saudagar 1952.

 
Back
Top
Log in Register