combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,196
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,196
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
APMM Tahan Dua Kapal Korek Bawa Muatan Pasir Lebih Had
Kredit: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang menahan dua kapal korek selepas dikesan membawa muatan pasir melebihi had dibenarkan di kedudukan kira-kira 2.7 batu nautika barat daya Pulau Rimau, dekat sini semalam.
Pengarahnya Kepten Maritim Muhammad Sufi Mohd Ramli berkata kedua-dua kapal terbabit ditahan bot ronda APMM yang melaksanakan rondaan rutin di perairan itu.
"Hasil pemeriksaan mendapati setiap kapal dikendalikan oleh 14 kru warga asing terdiri daripada lima warga Indonesia dan sembilan warga China.
“Nakhoda pula warga Indonesia berusia 28 dan 31 tahun,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata keseluruhan nilai rampasan melibatkan kedua-dua kapal berserta muatan pasir dianggarkan RM400 juta manakala tiga kru daripada setiap kapal dibawa ke Ibu Pejabat APMM Pulau Pinang untuk membantu siasatan mengikut Ordinan Perkapalan Saudagar 1952.
Loading…
www.bernama.com