BTC USD 62,082.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Beli pelincir dapat pewangi

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
Johor Bahru: Pengguna di Johor, Melaka dan Negeri Sembilan berpeluang untuk membawa pulang pewangi kenderaan jenama Little Trees secara percuma dengan setiap pembelian minyak pelincir Shell Helix.

Pengurus Rangkaian Wilayah Selatannya Jasme Mohd Johan berkata, pihaknya berbesar hati dapat bekerjasama dengan Little Trees dalam promosi berkenaan yang berlangsung daripada 15 September hingga 23 November ini.

“Dengan setiap pembelian Shell Helix Ultra (empat liter (4L)), pelanggan akan menerima cenderahati iaitu sebuah kotak yang mengandungi tiga produk Little Trees.

“Bagi pembelian Shell Helix HX 7 (4L) atau Shell Helix HX7E (4L) atau Shell Helix HX7 Diesel pula akan menerima cenderahati berupa sebuah kotak yang mengandungi dua produk Little Trees.

“Untuk pembelian Shell Helix HX 5 (4L) dan (3L) selain HX5E (4L), penguna akan menerima sebuah kotak mengandungi satu produk pewangi Little Trees,” katanya.

Jasme berkata demikian pada pelancaran Kempen Shell Helix & Little Trees di Stesen Minyak Shell Jalan Sutera Danga, Taman Sutera di sini, semalam.

Hadir sama Pengarah Urusan Little Trees Trading Mohd Fadzli Ishak.

Menurut Jasme, objektif kempen yang dianjurkan itu adalah untuk meraikan masa berharga bersama pelanggan setia Shell dengan rangkaian produk pintar dan inovatif daripada kedua-dua syarikat.

“Inisiatif Bergerak Pintar Shell menumpukan untuk membangunkan lebih banyak minyak dan pelincir cekap tenaga selain melabur dalam alternatif merendahkan karbon,” katanya.



http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/BelipelincirShelldapatpewangi/Article/index_html
 
Back
Top
Log in Register