BTC USD 63,489.3 Gold USD 4,475.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Belasah isteri mabuk

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
KUALA LUMPUR: Kedegilan seorang isteri meminum minuman keras membawa padah apabila dia dibelasah suaminya di hadapan pejabat lelaki berkenaan di Subang Jaya, di sini, kelmarin.
Lelaki berusia awal 30-an itu hilang kawalan apabila menemui isterinya yang tidak pulang semalaman dalam keadaan separuh bogel tidur dalam kereta miliknya di hadapan pejabatnya itu.


Malah, kemarahan lelaki terbabit tidak dapat dibendung apabila dia mengetahui isterinya yang berusia 23 tahun itu turut berasmara dengan dua lelaki yang baru dikenalinya di kelab malam selepas gagal mengawal dirinya kerana mabuk.


Wanita terbabit berbuat demikian sebagai protes kepada tindakan suaminya yang melarangnya meminum arak.


Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, sebaik tiba di pejabat, lelaki terbabit terkejut apabila mendapati kereta miliknya berada di hadapan pejabat sebelum melihat isterinya dalam keadaan separuh bogel menyebabkannya marah.


Menurut sumber, semuanya bermula sejak malam sebelum kejadian apabila pasangan terbabit bertengkar apabila lelaki terbabit melarang isterinya itu daripada meminum arak.


“Wanita terbabit meninggalkan rumahnya jam 11 malam dan tidak pulang selepas itu,” katanya.


Sumber berkata, ketika berada di kelab malam berkenaan, wanita terbabit bertemu dengan dua lelaki berusia awal 30-an dan dikatakan berasmara dengan mereka selepas gagal mengawal dirinya akibat terlalu mabuk.


“Selepas bercumbu dan bermesra dengan mereka, wanita berkenaan memandu kereta ke pejabat suaminya di Subang Jaya sebelum tertidur dalam kereta itu dengan hanya memakai baju,” katanya.
 
cerai aje...habis cerita buat apa nak simpan bini macam ni..tapi tang belasah tu tak macho la..
 
siap kasi romen lagi 2 laki.fuh.mmg betul2 memberontak takde akal ni
 
ape punye isteri daa..
buang je, tak elok simpan2 kalau da degil sangat tu.
 
Back
Top
Log in Register