BTC USD 84,993.4 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Belanjawan 2020

The fund was distributed based on needs, not based on racial profile. If the chinese skool admins make proper and detail paperwork for more fund, why not?
Stop picking on this issue.

Moderator shud close and delete this thread. Case closed. Move on

this is my thread.
if you ever feel buttherted please leave. thanks.
 
Ad.-1080-x-566-Budget-2020-1--960x503.jpg

AGENDABERITA UTAMANASIONALPILIHAN MINGGUAN

Belanjawan Selangor 2020 dibentang Jumaat ini
by Afix RedzuanOktober 29, 2019 1:13 pm

SHAH ALAM, 29 OKT: Belanjawan Selangor 2020 akan dibentangkan pada, 1 November ini di Dewan Negeri Selangor bermula jam 4 petang.
Pejabat Menteri Besar Selangor dalam kenyataan memaklumkan, belanjawan ini merupakan kesinambungan kepada dua pendekatan besar yang diperkenalkan tahun lalu iaitu dasar klusterisasi serta penjajaran.

“Kerajaan Negeri telah melaksanakan lima sesi konsultasi libat urus bersama dengan semua pemegang taruh berkaitan, selaras dengan fokus Belanjawan Selangor 2020 kepada lima teras utama iaitu pemberdayaan ekonomi, pendidikan, keselamatan dan kesihatan serta aspek sosial.

“Ini juga bertepatan dengan dapatan kaji selidik kehendak awam yang mahukan Kerajaan Negeri memberi fokus pertamanya kepada perumahan, diikuti pendidikan, keselamatan dan kesihatan,” katanya.

Rakyat Negeri Selangor boleh mengikuti pembentangan Belanjawan Selangor 2020 pada Jumaat ini menerusi laman sesawang amirudinshari.com manakala pengamal media boleh memuat turun logo Belanjawan Selangor 2020 mulai hari ini di laman sesawang sama.

Teks ucapan penuh Belanjawan Selangor 2020 boleh dimuat turun di laman sesawang amirudinshari.com bermula jam 5 petang pada hari pembentangan.

Orang ramai juga boleh melayari pembentangan belanjawan itu menerusi www.selangortv.my atau laporan berita melalui portal www.selangorkini.my .

Berita dan perbincangan di internet mengenai peruntukan tahunan itu juga boleh dilakukan dengan menggunakan tanda pagar #Selangor2020.

sumber - https://selangorkini.my/2019/10/belanjawan-selangor-2020-dibentang-jumaat-ini/
 
Cadangan Wujud Laluan Khas Motosikal Dalam RMK12

29.10.2019 - Kuala Lumpur, Cadangan untuk mewujudkan laluan khas khusus untuk motosikal adalah antara perkara yang akan dikemukakan dalam Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12), persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata laluan khas itu akan diwujudkan di kawasan-kawasan yang berbahaya kepada motosikal serta daerah yang banyak terlibat dengan kemalangan jalan raya.

"Kementerian Pengangkutan bersama-sama Miros dan JKJR menggalakkan supaya kita dapat ke arah di mana ada laluan khas untuk motosikal tetapi ia memakan perbelanjaan besar kalau nak diwujudkan satu laluan motosikal saja. Namun begitu cadangan tersebut akan dikemukakan dalam RMK12," katanya dalam sesi soal jawab lisan.

Loke berkata kementerian menggalakkan usaha ke arah penggunaan motosikal elektrik yang lebih rendah had laju, namun belum ada dasar yang menghalang penggunaan motosikal kapcai memandangkan hampir 16 juta motosikal berdaftar adalah dalam kategori berkenaan.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Fadillah Yusof (GPS-Petra Jaya) tentang pendirian kementerian sama ada bercadang menggantikan penggunaan motosikal kapcai dengan kenderaan yang lebih selamat dalam usaha mengurangkan kes kemalangan maut.

Dalam perkembangan berkaitan, Loke berkata Laporan Perangkaan kemalangan Jalan Raya PDRM menunjukkan golongan belia berumur antara 16 hingga 30 tahun adalah yang paling ramai terkorban dalam nahas jalan raya.

"Pada 2016, bilangan belia yang terkorban mencecah 2,818 orang dan bilangan ini menurun kepada 2,693 pada 2017. Pada 2018, bilangan belia yang terkorban adalah sebanyak 2,449 orang," katanya.

Loke berkata daripada 2,693 kematian akibat nahas jalan raya yang melibatkan golongan belia pada 2017, sebanyak 72 peratus daripadanya maut ketika menunggang atau membonceng motosikal.

Beliau menjawab soalan asal Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil (PH-Lembah Pantai) berhubung data jumlah belia berusia 30 tahun ke bawah yang terkorban dalam kemalangan jalan raya antara 2016 hingga 2018, dan adakah kemalangan jalan raya merupakan sebab kematian utama golongan itu.

Bagi menangani masalah itu, Loke berkata MIROS menjalankan program dan aktiviti bagi meningkatkan tahap keselamatan jalan raya pengguna motosikal, antaranya seperti program intervensi iaitu Program My Safe Road, Commuting Support Safety Programme (CSSP) dan Motorcycle Safety and Technology Symposium.

Kepada soalan tambahan Ahmad Fahmi mengenai perancangan kementerian khusus untuk belia yang terlibat dalam ekonomi gig iaitu perkhidmatan penghantaran makanan, Loke berkata Kementerian Pengangkutan merangka garis panduan untuk mengawal selia industri itu dan beliau akan membentangkan memorandum Jemaah Menteri dalam mesyuarat kabinet pada minggu ini.

8d1bebec7ffc46f7495e37a391e161f0.jpg=s660


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/497752
 


Belanjawan 2020: Selangor bakal umum beberapa usaha baharu
by Zareef MuzammilOktober 27, 2019 12:08 pm

SHAH ALAM, 27 OKT: Kerajaan Negeri akan mengumumkan beberapa usaha baharu yang dapat membawa kebaikan kepada rakyat, termasuk masyarakat India sempena Belanjawan 2020 yang bakal dibentangkan Jumaat ini, kata Amirudin Shari.

Dato’ Menteri Besar berkata, sejak dari awal pentadbiran Pakatan Harapan (PAKATAN), penduduk di Selangor sebelum ini menikmati manfaat usaha dan inisiatif yang memartabatkan pelbagai aspek.
Katanya, aspek berkenaan termasuk pendidikan, keusahawan, kesihatan dan taraf sosial rakyat di negeri itu.

“Dasar PAKATAN yang bersifat jangka panjang ini bertujuan menjaga kemaslahatan rakyat dan kemampanan fiskal ekonomi negeri serta negara. Perubahan ini hanya dapat disaksikan kejayaannya setelah beberapa tempoh masa berlalu.

“Matlamat pentadbiran ini adalah untuk menaikkan taraf hidup rakyat, sama ada yang berpendapatan rendah mahupun tinggi, termasuk golongan miskin desa juga kota supaya dapat diberi pengupayaan sewajarnya,” katanya dalam satu kenyataan media sempena sambutan Hari Deepavali, hari ini.

Amirudin berkata, pengorbanan dan keberanian masyarakat India pada 2007 memberikan nafas baharu pada perjuangan rakyat
Malah, katanya, usaha bersama masyarakat Melayu, Cina dan anak semua bangsa selama 11 tahun kebelakangan ini membuka lembaran baharu dalam politik Malaysia.

“Sejarah ini wajar kita hargai supaya matlamat asal perjuangan seluruh warga Malaysia, yakni kepentingan rakyat akan sentiasa diutamakan dalam apa jua keadaan.

“Apabila kebajikan rakyat terbela, akan hadirlah keamanan dan perpaduan yang kemudiannya akan membawa pula kepada kemakmuran buat semua. Inilah yang kita dapat amati dan nikmati di Selangor sejak 2008,” katanya.

Pada masa sama, beliau berharap perayaan Deepavali disambut masyarakat beragama Hindu dan Sikh dapat mengeratkan silaturahim antara rakan taulan serta sanak keluarga.

sumber - https://selangorkini.my/2019/10/belanjawan-2020-selangor-bakal-umum-beberapa-usaha-baharu/
 
Back
Top
Log in Register