BTC USD 85,282.3 Gold USD 4,130.97
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Belanjawan 2020

Astro AWANI
2 jam ·
Jelas Guan Eng, institusi pendidikan sepatutnya bebas daripada sebarang kawalan parti politik. #AWANInews #AWANI745

'Mahu lebih peruntukan? MCA, sila lepaskan UTAR, TAR UC' - Guan Eng
Astro Awani |
Diterbitkan pada
Oktober 12, 2019 18:02 MYT

81570783216_limguaneng.jpg

Gesaan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng itu dibuat sehari selepas membentangkan Belanjawan 2020 yang menyaksikan UTAR yang dimiliki MCA itu hanya menerima RM1 juta. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Lembaga pemegang amanah Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) dan Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (TAR UC) digesa untuk melepaskan jawatan jika mahu peruntukan kerajaan yang lebih tinggi.

Gesaan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng itu dibuat sehari selepas membentangkan Belanjawan 2020 yang menyaksikan UTAR yang dimiliki oleh MCA itu hanya menerima RM1 juta.

Ujarnya, institusi pendidikan sepatutnya bebas daripada sebarang kawalan parti politik.

"Hanya 10 pemegang amanah (MCA). Adakah mereka lebih penting daripada ribuan pelajar?

"Waktu anda (pemegang amanah) telah berakhir. Tiba masa untuk golongan profesional, bekas pelajar untuk mentadbir UTAR," katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

Malah, tegasnya UMNO dan MIC juga tidak menerima sebarang peruntukan.

Jelasnya, tindakan itu seiring hasrat Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad supaya peruntukan awam perlu diasingkan daripada politik.

Pada masa sama, Guan Eng turut menegaskan bahawa selain institusi pendidikan, media juga tidak harus dipegang oleh parti politik.

jgn lupa orang kuat DAP ada saham kat new era college kan?? tahun ni bnyk juga dapat.
orang lain buat tak boleh, geng sendiri buat tak pe kan?
 
Najib razak

Dalam Bajet 2020 semalam, Guan Eng umumkan bahawa caj tol akan turun (bukan dimansuhkan seperti dijanji) setelah:

1. Kerajaan beli lebuhraya dari pihak swasta. Oleh itu, tol akan turun.
2. Kerajaan jual lebuhraya kepada pihak swasta. Oleh itu, tol akan turun.
Ya. Saya tak tipu atau buat lawak tentang isu ini.
Memang benar itu yang Guan Eng umumkan semalam.

𝗡𝗢𝗠𝗕𝗢𝗥 𝟭. Kerajaan sudah luluskan untuk membeli empat Lebuhraya dari syarikat Gamuda dengan syarikat swasta lain dengan harga RM6.2 bilion.
Dengan itu, caj tol akan dijenamakan kepada caj kesesakan dan Rakyat akan menikmati diskaun 30% kadar tol masa bukan puncak dan tol percuma pada waktu malam dari 11 malam hingga 5 pagi.
Kerajaan PH akan terbitkan bon pinjaman RM6.2 bilion untuk pembelian ini dan bayaran balik pinjaman akan dibiayai oleh kutipan caj kesesakan.
Pakar percaya bahawa kerajaan terlebih bayar RM2.82 bilion dan ini digelar mereka sebagai durian runtuh untuk Gamuda dan pemegang saham lebuhraya-lebuhraya itu.
Ramai penganalisis (termasuk saya) juga telah mengira cara pembiayaan ini dan memutuskan bahawa pinjaman RM6.2 bilion itu tidak mungkin dapat dilangsaikan sepenuhnya masa konsesi tol tamat.
https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10156189347125952
Oleh itu, caj kesesakan ini akan dikutip untuk selama-lamanya selepas konsesi tol tamat (seperti apa yang Guan Eng pernah mengaku) ataupun kerajaan masa depan selepas PH tumbang perlu menggunakan duit kerajaan untuk melangsaikan hutang RM6.3 bilion ini apabila konsesi tol tamat.

𝗡𝗢𝗠𝗕𝗢𝗥 𝟮. Kerajaan akan menurunkan kadar tol untuk lebuhraya PLUS sebanyak 18% apabila mereka membuat keputusan tentang tawaran dari pihak swasta untuk membeli PLUS.
Selepas syarikat swasta membeli PLUS, mereka mampu mengurangkan kadar tol PLUS, kata Guan Eng.
Oleh itu, ramai sudah beratur:
7 Okt 2019: KWSP mungkin jual kepentingan PLUS jika dapat tawaran sesuai - CEO
7 Okt 2019: RRJ Capital dari Hong Kong nak beli PLUS
9 Okt 2019: Maju Group nak beli PLUS
10 Okt 2019: Widad Business Group (WBG) nak beli PLUS
Soalan saya ialah kenapa pulak kerajaan tak boleh kurangkan kadar tol PLUS.
Kenapa perlu bergantung kepada pihak swasta untuk membelinya sedangkan kerajaan serta KWSP yang memilik PLUS dengan sepenuhnya?
Kerajaan BN masa saya PM yang membeli PLUS dari tangan swasta pada tahun 2010 supaya PLUS menjadi milik penuh Kerajaan (51%) dan KWSP (49%).
Sekarang PH mahu jual balik kepada syarikat swasta pulak.

Jika syarikat swasta beli dari kerajaan dan KWSP dengan berjanji untuk mengurangkan tol, sudah tentu pendapatan masa depan mereka akan terjejas.
Adakah mereka akan membuat tawaran yang tinggi kepada kerajaan sedangkan pendapatan masa depan mereka terjejas?
Adakah pencarum KWSP turut menjadi mangsa apabila tawarannya rendah dan pendapatan jangka masa panjang dari PLUS akan lesap?
Sudah tentu bahawa syarikat swasta yang akhirnya berjaya membeli PLUS akan menanggung pinjaman yang besar untuk membiayai pembelian ini.
Dan jika syarikat swasta ini yang akhirnya berjaya membelinya dengan segala jaminan-jaminan kurangkan tol mengalami masalah kewangan pada masa depan akibat beban pinjaman yang besar itu, adakah kerajaan masa depan selepas PH tumbang akan membiarkan sahaja Lebuhraya PLUS untuk bankrap?
PH bukan kurang bijak.

Beli tinggi, jual murah. Berbilion-bilion bunyinya.

Barulah kroni-kroni dapat cari sesuap nasi untuk makan.
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, tersenyum, cermin mata dan teks

@shah_ae xnak baca ni ke??

dalam kepala tu xkan ada 2.6biliun je??
 
Lega rasanya ramai sedar tipu daya Lim. Totok Bersatu dan Amanah boleh la tertipu. Jgn tgk jumlah peruntukan, tapi tgk data demografik golongan sasar.
 
Back
Top
Log in Register